Tuesday, April 7, 2009

Malunya..... Ngehehehehe

Edit Posted by Anonymous with 4 comments

Assalamu'alaikum dan salam sejahtera...

Semalam, 6 April 2009, ada lab Data Communication & Networking, kelas En. Ipin... Huhuhu.. Malam yang sangat memalukan bagi aku, dan malam yang lucu bagi aku dan kawan-kawan C16 yang lain. Uwaaaaaaaa... 

Masa En. Ipin sampai ke lab, Cik Marissa Norfis kata "Eh, baju En. Ipin sama dengan Ikhmal laaa"... Aku pun tengok. Ya, memang sama, warna biru cerah dan dark blue, cuma bezanya Ikhmal long-sleeved (tidak berkolar) dan En. Ipin short-sleeved (berkolar). Okay, fine.

Malam tu, kami belajar untuk configure router. Setiap router 3 orang. Aku sekumpulan dengan Cik Wani, dan Cik Azreen. Untuk configure, kami hanya guna 1 komputer dahulu. Lepas sahaja kami bertiga berjaya configure router, kami perlu pasang cable pada switch pula supaya komputer yang lain pun boleh connect. Kami pasang cable yang lain di switch-router dan ubah cable yang pertama dari console port ke port FA0/0. Kesilapan kami adalah tidak connect cable dengan port komputer yang kami mahu connect. Huhuhuhu... 

Semasa semua sedang kalut memasang cable itu dan ini (ramai sebab semua serbu), tiba-tiba aku terlihat 1 daripada cable kami dicabut seseorang. Aku marah, dan aku tampar lengan atas dekat dengan bahu orang itu tanpa melihat mukanya kerana sangkakan Ikhmal yang mencabut, sambil berkata, "Eh, kenapa cabut kitaorang punya?" .. Sekali aku tengok saja muka empunya badan, En. Ipin laaaa... Wuhuhuhuhu.. Alamak! Aku tampar pengajar aku sendiri! Selambanya aku..... Masa tu aku tengok muka Cik Farah Abdullah, Cik Backia, macam tergamam.. Di situ aku sedikit kaget. Masa aku baru sedar tu, hanya Allah saja yang tahu betapa MALUNYA aku ketika itu. Dan, kawan-kawan yang menjadi saksi gelak gila-gila pada aku. En. Ipin hanya senyum... dan sengih.. MALUUUU!!! Aku pun turut ketawa sekali... Aduyaii... Malu sey! Rasa nak tampal saja muka aku kat dinding dan cat semula.. 

Kemudian, aku minta maaf pada En. Ipin. Menurut En. Ipin, tujuan dia cabut cable kami untuk menunjukkan pada kawan aku yang kumpulan lain, jika masuk cable di router orang lain, tidak boleh connect. Aduiihh.. Malu..Malu.. Berkali-kali aku mohon maaf pada En. Ipin, dan setiap kali En. Ipin hanya senyum. I'm sorry En. Ipin.. tak sengaja.. Huhuhuhuhu... Bila aku jumpa Ikhmal, aku balas dendam! Ngehehehehe..

Semasa jalan pulang, kawan-kawan yang tidak menjadi saksi mahu tahu apa yang berlaku dan aku menceritakan. Lagi sekali aku diketawakan. Huhuhuhu.. Cik Sofie mengingatkan aku kejadian yang lebih kurang sama berlaku antara aku dan Puan Suryanti dulu. Huhuhuhu.. Kes tu berlaku semasa lab Data Structure & Algorithms. Puan Suryanti duduk di tempat Cik Hana untuk melihat dan trace coding yang dibuat Cik Hana. Dan, Cik Hana pula ketika itu duduk di atas lantai bersebelahan Puan Suryanti yang di atas kerusi. 

Ada satu part aku tak tahu bagaimana mahu buat codingnya dan pergi ke tempat Cik Hana untuk bertanyakan hal itu. Tanpa melihat orang yang di atas kerusi tersebut, aku terus bertanya sambil bermain dengan kotak penselnya, "Hana, macam mana ni?" Aku sedikit hairan kerana Cik Hana tidak jawab soalan aku. Bila aku pandang empunya diri yang duduk di atas kerusi, "Eh, Puan!" Lepas tu aku gelak sebab terlalu terkejut, Puan Suryanti selamba sahaja dan senyum. Yang Cik Hana di sebelah memang gelak guling-guling dekat aku. Cik Siti yang menjadi saksi pun sama, riuh lab. Aku sambung, "Sorry Puan, tak sengaja. Tak sedar Puan duduk sini. Puan kecik sangat, comel sangat". Puan Suryanti balas, "Dah tu, saya memang kecik macam ni dah tak boleh besar, nak buat macam mana" dan Puan masih senyum. Hehehehehe... Memang susah cam Puan, sebab saiz lebih kurang pelajar-pelajar lain. Maaf ya Puan.. Takpe, tu menunjukkan Puan masih muda.. hikhikhik...

Itulah pengalaman aku yang memalukan, dan melucukan. Tapi, dengan En. Ipin lagi maluuuu... Uwaaaaaa.... Pengajaran : Sebelum buat apa-apa, mahu tegur atau apa saja, tengok muka orang dahulu.. Huhuhuhu... 


4 comments:

sH@h @nDy said...

padan muke ko... haha.. lawak sey...

master_red_lion said...

org terengganu kate, perangai solor bolor... XD

~fiQ~ said...

heheh.. x sedo.. huhuhu...

Aisyah said...

tu dia.. gopoh nya adek oii~
haha! lenkali buat lagi nooo..
hehehe