Monday, April 27, 2009

Selamat Ulang Tahun ke-20 Adeq Abang!

Edit Posted by ~ f i Q ~ with 2 comments
Assalamu'alaikum dan salam muhibah.

Hari ini, kala hening pagi ini, aku mahu bercerita mengenai apa yang aku alami pada awal hari 27/4/2009. Heheheh...

Jam sudah menunjukkan 12.10 pagi. "Mana ni?", hati aku bertanya. Tadi dah rancang dah. Tak jadi ke? Aku musykil. Aku menanti Mok cik (Cik Wan Zulaisa Amira) memanggil aku dengan mengetuk pintu bilik aku bertalu-talu. "Ish... lambatnya. Nak pergi ke ha bilik diaorang?", aku hampir buat keputusan. Aku sudah pun keluar bilik ingin ke bilik air untuk melihat persediaan yang dilakukan Mok cik. Tidak sempat masuk bilik air, aku sudah dengar bunyi bising dari bilik Cik Farah.

"Alamak, diaorang dah nak keluar. Cepat2!", hati aku mengarah. Aku ter'lost' seketika sama ada nak bersembunyi dalam bilik air atau terpaksa 'kantoi'kan diri depan Cik Adeq Abang. Huhuhu... At last, aku berjaya lari semula ke bilik dengan kelam kabut membuka pintu. Aku pun menanti orang mengetuk bilik aku... Itu signalnya. Aku segera keluar. Cik Farah menanti aku, katanya suruh pergi biliknya, get ready dengan Mok cik untuk acara yang telah dirancang saat akhir.

Mok cik keluar. Dalam kelam kabut, Mok cik mencapai gayung orang bilik depan dan kami berdua terus meluru ke bilik air. Aku lihat tersedia 2 baldi dan 1 gayung kuning (gayung aku tu.. hahaha). Aku memegang gayung yang dicapai Mok cik dan gayung aku yang sudah berisi air dan menanti di bilik mandi pertama. Mok cik pula bersedia di luar pintu memegang 1 baldi berisi air. Bersembunyi.

Cik Adeq Abang dalam bilik air. Kami harus menanti sementara dia menyelesaikan 'hajat'nya. Heheheh... Sementara itu, aku, Mok cik, Cik Farah, Cik Afifah merancang macam mana hendak tahu bila waktu yang sesuai untuk acara itu. Aku mencadangkan agar Cik Farah mengetuk dinding. Kemudian, Cik Afifah pula cadangkan, katanya dia akan jalan dahulu, kemudian belakangnya Cik Adeq Abang. Semasa itulah, acara akan dijalankan. Hikhikhik.. =p

Aku sabar menanti dalam bilik mandi. Mok cik menjirus sikit lantai dengan air. Bersembunyi lagi. Adoi... lamanya Cik Adeq Abang ni! Tiba-tiba, dengar bunyi orang sembang semakin hampir. Aku berdebar-debar. Tangan semakin berat ni. Cik Afifah lalu... Nampak saja kelibat kedua (of courselah Cik Adeq Abang), aku terus simbah air. Beliau 'tekuzut'! Dari belakang Mok cik pula simbah. Riuh seketika dalam bilik air. Yieeeeehaaaaa.... Ahahahaha. Kami bersorak sambil menyanyikan lagu Happy Birthday buat Cik Adeq Abang yang sudah berganjak ke 20 tahun. Kasihan Cik Adeq Abang, tualanya basah sekali. Terus mandi tengah malam. Hahahahaha... Aku simbahkan baki air yang lebih dalam baldi kedua. Habis semua... Kami bergambar dalam bilik air. Balik bilik pun bergambar lagi. Selesai mandi, Cik Adeq Abang menatap pula kad yang diberikan oleh roommatenya, Cik Farah dan Mok cik. Hahaha.. Maaflah Cik Adeq Abang, aku tak ada kad yang mahu diberi, sebab aku lambat tahu mengenai hari ulang tahun kau dan tak bersedia. Cuma meraikan bersama dan wish saja dengan Cik Farah, Mok cik, Cik Afifah. Last but not least, sesi temuramah bersama Cik Adeq Abang mengenai acara ini. Interviewernya Cik Afifah dan jurukamera Cik Farah. Hehehehe... Khas buat Cik Adeq Abang :

Selamat Hari Lahir ke-20...
Semoga di bawah lindungan rahmat-Nya,
Sentiasa gembira dan tenang,
Di murahkan rezki selalu,
Dan berjaya dalam apa-apa bidang yang diredhai Allah S.W.T selalu....
Kalau terjatuh, cepat-cepat bangun
Adeq Abang kuat! Yeaahhh... hahahaha...
Kau dah tua tau.. walaupun aku lagi tua dari kau, hikhikhik =p
Jaga diri baik-baik
Rock tu rock juga, tapi awak tu perempuan tau.. hehehe
Akhir kata, selamat menempuh alam 20-an!

Buat semua rakan-rakan seperjuangan yang akan menduduki peperiksaan hari ini, 27/4/09 (Isnin), selamat menempuh ujian dan semoga berjaya. Harap-harap, sepanjang kita menduduki ujian, Allah S.W.T mengingatkan semula apa yang kita lupa.. Mempermudahkan urusan. Ameen...



Sekian, wassalam.








2 comments:

Adeq Abang said...

huhu... kuang hajaq!!!! terkezut haku... tapi thanks huh... wei, esok exam lagi la wei... hahaha...

~ f i Q ~ said...

hahahaha... dan ker... =p

as long surprise menjadi pun dh kira okey.. kalu ikut ati aku nk buat lagi dasat sampai ko nangeh.. tp x sampei ati.. muahahahha