Wednesday, July 3, 2013

National Volunteer Week

Edit Posted by ~ f i Q ~ with No comments
Assalamu'alaikum and good day to semua..

Referring to the above title, alkisahnya kawan aku yg cun ni namanya Farah, suka buat kerja volunteer ni. So, Farah pun ajak la semua members group Skype yg Daus created ; Ajib, Daus, Alqaf, Shah, Shafiqah, Nadzirah, Farah, and aku ; utk ke program National Volunteer Week ni pada 29 Jun 2013 (Sabtu). Hanya Nadzirah je tak berapa nak cakna isu-isu dlm Skype sebab dia jarang online. Kami registered under Yayasan Salam.

Ada 4 activities yg disenaraikan. At first kitaorg chose aktiviti menaip utk tolong org-org buta which then will be converted to Braille. Tapi kami cancel aktiviti ni bila dpt tau kena datang awal a week before the official date utk ambil bahan in advance. Tersasarlah sikit expectation kami semua yg thought the activity akan diadakan hanya pada hari kejadian and bukannya kena bawa balik rumah buat macam homework. Plus, utk ambil bahan tersebut agak tidak convenience for some of us atas faktor jarak dan waktu.

Maka kami changed plan tukar activity lain iaitu tanam pokok kat Hutan Pendidikan Bukit Gasing.. sudahnya yg dpt attend activity hanya 5 org dari kami ; aku, Farah, Daus, Alqaf, Shah. Shafiqah tak tahu apa cerita sbb dalam Skype discussion hari-hari terakhir sebelum hari kejadian, dia senyap saja.

Soooo.. here we go ! PIC Yayasan Salam yg selalu contact kitaorg namanya Choki. Okay, he said kat Yayasan Salam, pukul 7 pagi. Aku bangun 5.30 pagi tau ! Haaa.. jangan main2. Aku yg beriya pesan budak2 ni suruh tidur awal hari Jumaat tu, tapi aku tidur lambat juga. Hahahaha.. Sebabnya, mula-mula ingat nak prepare barang2 pagi nanti je e.g. baju salin, kasut salin, sebab diaorg dah pesan suruh bawa manalah tahu nak jalan-jalan lepas program. Tapi aku rasa tak sedap hati, so aku bangun dari pembaringan and siapkan malam tu juga. Selambat-lambat aku tidur pun, bebudak ni lagi lambat ! Hampesss~ Shah takpe la dimahapkan, sebab tunggu Alqaf sampai ke rumah dia. Alqaf bertolak dari Johor kot ! Semangat gila ~ Hahaha

Okay, 5.30 pagi bangun, mandi, siap2, dalam 6.15 pagi keluar rumah bertolak fetch Daus dulu. Sampai depan rumah dia dalam pukul 6.40, 6.45 pagi. Ikutkan takde la jauh sangat, tapi sebab aku bergantung pada Waze semata-mata, mata melilau kiri kanan tengok landmark. Haih..

Okay, bagi Daus drive pulak, dia bawa ikut jalan MRR2, yg sah-sah aku tak familiar langsung. Landmark yg aku cakap aku nak, cuma "tiang pelik" kat Taman Connaught. Aku nak kami lalu situ.. tapi at last miscommunication aku dgn Daus, terpaksa u-turn pulak kan. Nak sampai Yayasan Salam tu, berapa kali u-turn daaa.. Aku penunjuk jalan pun bengong. Ahahaha. Sekali Waze point kat area rumah orang. Memang !@#$%^&*()_+ la kan. Jumpa Shah and Alqaf kat point yg sama.. tak lama lepas tu, Farah pulak sampai. Point yg sama juga ! Nampak tak permainan Waze kat situ ? Herrrmmmmmm..

Okay, bila dah 3 kereta, nak mencari Yayasan Salam 1 hal. Call Choki, bagi direction entah hape-hape je. Sampai aku termarah beliau lah ! Mahap la.. sesungguhnya arahan dia agak tak logik. Dia suruh jadikan AmCorp Mall sebelah kiri kami. Lepas tu nak belok entah mana-mana, cakap akan jumpa roundabout. Aku cakap jumpa simpang empat. Arghhh. Stress aku cakap dgn dia ni ! Berapa banyak kali dah nak u-turn. Tapi at last dgn bantuan dia juga, kami jumpa gak tempat tu. Alhamdulillah..

Dah sampai Yayasan Salam, kami ni kiranya dah lambat la. So kami park tepi jalan, naik semuanya dalam 1 kereta, Myvi Alqaf. Nak pergi Hutan Pendidikan Bukit Gasing tu. Kami follow Choki. Ni lagi satu hal. Ber u-turn lagi kami cari hutan tu, sebabnya si Choki ni tak sure jalan walaupun dah banyak kali pegi. Serious aku confuse ! Last-last kami decide ikut signboard Hutan Pendidikan Bukit Gasing je, dah tak follow si Choki sebab rasa macam mengarut. Dalam cerita aku ni nak sampai destinasi memang banyak u-turn je. Dari aku fetch Daus, sampai nak ke hutan tu. Huh.

Jalan lorong nak naik ke hutan tu, memang la jalan tar. Keliling rumah org pun ada. Tapiiiii... kereta berderet-deret buat jalan jadi sempit ! Memang tempat rekreasi ni.. Aku tak pernah lagi sampai sini, even aku tak pernah dengar pun nama hutan ni dulu. Hehehe.. So, after parking, memula macam lost sikit sebab banyak orang. Rupanya volunteering activity ni bukan Yayasan Salam je yg ada, ada group lain juga e.g. Starbuck and MBPJ.

Sebelum activity start, organizer provide light breakfast dulu kuih-muih + air minum. Then baru briefing, after that angkat cangkul, angkat pokok yg dalam plastik hitam tu and mula panjat. Mula-mula panjat ok la.. Baru tak sampai tengah, dah semput ! Perghhhh penat, mengah, peluh semua ada. Aku punya pokok asyik tersangkut je kat pokok lain, tinggi sangat. Sampai orang belakang aku yg tolong lepaskan setiap kali jadi. Eeeee

Group 1 and Group 2 kena tanam kat menara, kami ni Group 2. So memang panjat lama lah sikit. Dah jumpa point yg ditanda, aku, Farah, Alqaf stop and start tanam. Yg perempuan perhati je, lelaki pulak yg mengcangkul and tanam. Hehehe.. kawasan tu agak bahaya and curam, so Alqaf and a few lelaki lain yg turun. Sementara tu, Shah and Daus dah lepas ke depan dah. Diaorg punya point lagi atas daa..

Okay, settle kat point kami kami meneruskan panjatan sampai ke menara. Jumpa Shah and Daus kat sana. Diaorg pun dah settle. Dekat dengan menara tu ada para kayu yg luas. So semua duduk bertenggek kat situ, lepas penat lelah, ada juga panjat tangga kat menara tu. Kami stay dalam kami berlima je, tak campur dengan group lain pun. Segannnnn ceq. So kami sembang and tangkap-tangkap gambar. Lepas tu organizer dari Yayasan Salam ajak kami pergi kat tempat Spastic Children punya centre sebab sana volunteer tak cukup manpower. Kami sebenarnya plan nak ke tempat lain lepas aktiviti, tapi takpe lah, ikutkan aje ke tempat budak-budak spastik tu. Bukan jauh pun. Plus, follow je diaorg. Turun je bukit, organizer provide nasi lemak. Sedap ! Kitaorg berlima berpicnic atas jalan tar depan rumah org. Memang style habis~ Kat bawah khemah organizer, ramai sgt org.

Okay, kumpul dulu kat Yayasan Salam. Kami baru je keluar kereta, baru je duduk kat laman Yayasan Salam tu, dah nak gerak ke tempat tu. Aiii.. tak sempat nak panas bontot pun. Then kami start kereta masing-masing, Shah+Alqaf, Daus+aku, Farah. Follow punya nak follow.. perghhhh.. org yg sepatutnya kami follow ni bawa kereta tak macam nak drift pulak kan ! Farah try follow laju-laju, Daus apa lagi, ikut gak si Farah ni follow laju-laju, Shah je yg tertinggal. Dah hilang bayangan Myvi purple Alqaf. Last-last lesap dah semuanya...................tinggal asap je....... Farah berhenti tepi jalan followed by Daus, and decide ok dah, dah lost, jom pergi IKEA. Hahahaha.. bagus tak bagusnya kitaorg. heh. Takde pun kitaorg call Choki tu direction nak ke tempat tu. Yelah, kami semua ni tak berapa nak familiar jalan PJ. Haishh so anggap halal je la. Kitaorg proceed dgn plan kitaorg. Apa lagi... mari berjimba ! Yeahhh~ on the way ke Pantai Dalam (cari tempat nak mandi oi.. ketiak hangit), si Choki call tanya mana kitaorg. Setelah di explain yg kitaorg lost and tak boleh catch up, si Daus hasut aku cakap kitaorg pergi kenduri Nadzirah kat Kajang =,=' eh by the way, memang Nadzirah ada jemput pun. Hohoho~

Since Alqaf+Shah dah hilang dari pandangan, so set je la jumpa kat Petronas NPE Pantai Dalam. Daus+aku pulak follow Farah sebab dia yg tau jalan. Rupanya dia pakai Waze jugekkkkk.. hampess! Masa kami follow Farah ni, nasib baik je tak jadi tragedi. Farah lane kiri, Daus+aku lane kanan. And we just right behind Farah je, cuma lane sebelah. Dah la belakang Farah (lane kiri) ada kereta lain. You know what, Farah belok kiri tak bagi signal ! Daus apa lagi, belok gila laaaa. Potong habis. Gamble tak hengat. Dah belok tu, Daus tersasar sikit ke lane bertentangan. And you know what, depan kami lori ! Nasib baik Daus sempat masuk balik lane yg betul. Perasaan aku masa tu pada Farah saat dia belok tak bagi signal macam ni : !@#$%^&*()_+  haaaa macam tu la.

Sampai Petronas, bebudak lelaki ni tak berkenan pulak dah nak mandi situ. So follow Farah pergi masjid berdekatan. Sekali lagi Daus+aku and Alqaf+Shah lost Farah. Bak kata Daus, Farah tak boleh jadi lead. Nasib baik Shah+Alqaf dapat jumpa balik Farah ni. Kitaorg gamble je la mandi kat masjid. Haaa freshhhh.

Sampai IKEA, makan meatball dulu. Setel lunch, pegi e@curve kitaorg tengok movie White House Down, seriously best ! Berdebar and kelakar. Saya suka saya suka ! *muka bajet Mei Mei* lepas tu dinner kat Restoran Vicchuda. Setel solat Maghrib kat Masjid Kuning Kota Damansara tuh, baru la kami berpisah semuanya. Dari hari gelap sampai hari gelap semula baru la kami balik.. memang penat. Tapi best ! Banyak je benda mengarut-mengarut and funny jadi.. hahaha

Ini lah hasil jimba kami dari subuh sampai isya'. Haaa tengok dengan mata terbuntang luas tau !


Masih kat Hutan Pendidikan Bukit Gasing
Gambar atas kiri : Daus
Gambar bawah kiri : Alqaf, aku, Daus
Gambar atas kanan : Shah, Farah




Kat Hutan Pendidikan Bukit Gasing + The Curve
Gambar atas kiri : Kami berlima =)
Gambar atas kanan : Farah, aku
Gambar tengah : Daus senget berdoa dlm hutan
Gambar bawah kiri : Alqaf, Shah

Sekian, adiossss =)

Hope boleh gather lagi dengan korang.

Daaaaa, take care !

p/s : roadtax kereta aku dah mati, alhamdulillah tak jadi apa-apa sepanjang kejadian tak diingini. Hahaha


Yang gembira,
Nur Syafiqah