Sunday, September 26, 2010

Seindah-indah kejadianNya.. =)

Edit Posted by Anonymous with 1 comment

Assalamu'alaikum dan salam sejahtera..


Aku sekadar berkongsi apa yang aku telah baca. Para wanita, enjoy it!


Sumber : http://www.facebook.com/note.php?note_id=152509431450048&id=100000621085374&ref=mf


Perempuan begitu penting dalam kehidupan seorang lelaki. Jika tidak, Allah tidak akan menjadikan Siti Hawa a.s dari tulang rusuk Nabi Adam a.s sendiri untuk memenuhi rasa sunyinya yang keseorang di dalam syurga.

Perempuan begitu bererti bagi seorang lelaki, kerana tanpa perempuan:

1. hidup seorang lelaki tidak akan sempurna.

2. tidak akan bertambah zuriat di muka bumi.

3. tidak akan bergelar seorang suami.

4. tidak akan menjadi pemimpin dalam rumahtangga.

5. tidak teman untuk bergurau senda.

Kejadian perempuan adalah lemah kerana dijadikan dari tulang rusuk yang bengkok. Ini menyebabkan ada kalanya ia sukar dibentuk kecuali dengan hikmah dan kebijaksanaan yang tinggi oleh lelaki yang dapat membimbingnya ke arah kebaikan.

Perempuan tidak boleh :

1. menjadi wali

2. menjadi rasul atau nabi

3. memberi talak

Tetapi dua per tiga daripada perempuan menjadi penghuni neraka.


Keadilan Allah kepada perempuan :

1. kelonggaran dalam soal-soal ibadah kerana kedatangan haid dan nifas.

2. tidak perlu berjemaah di masjid atau di surau.

3. tidak wajib menunaikan solat Jumaat.

4. tidak disentuh api neraka,jika ikhlas berkhidmat untuk suami dan keluarganya serta memelihara kehormatan diri dan suaminya.

Banyak lagi kebaikan dan keistimewaan yang Allah beri kepada perempuan yang tidak diberi kepada lelaki ,ini membuktikan betapa kasihnya Allah swt kepada hambanya yang bergelar perempuan, wanita, gadis, isteri, ibu atau nenek ini.


KEDUDUKAN DAN KEMULIAAN PEREMPUAN

Allah telah menetapkan kedudukan perempuan adalah di belakang lelaki sebagaimana firmanNya dalam surah an-Nisaa ' , ayat 34 yang bermaksud:


"Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka atas sebahagian yang lain dan kerana mereka telah menafkahkan sebahagian daripada harta mereka."


Sebab itu wanita solehah ialah yang taat kepada Allah dan memelihara diri ketika ketiadaan suami sebagaimana yang Allah tetapkan. Namun tidak bermakna perempuan hanya menjadi pak turut tanpa ada kuasa menyatakan pendirian, pegangan, pendapat atau lain-lain. Jauh tersembunyi, perempuan sebenarnya dianugerahkan dengan kuasa pengaruh yang jika digunakan dengan tepat, lelaki bersedia menurut kehendaknya dan memberi segala haknya. Hal ini ditegaskan oleh Allah dalam firmannya, surah Aali-Imran, ayat 14 yang bermaksud :


"Dihiasi dunia itu (pada pandangan manusia) dengan kecintaan kepada perempuan".

Sabda Rasulullah saw tentang besarnya peranan perempuan ini ialah :

"Perempuan itu tiang negara, jika baik perempuan di sesuatu negara itu, maka baiklah negara itu, begitulah sebaliknya."

KUASA PUJUKAN PEREMPUAN

Kehebatan perempuan dalam pujuk rayu tidak dapat disangkal lagi. Tidak ada perempuan yang tidak mahir dalam seni ini. Kaum lelaki boleh dipujuk dan dirayu untuk melakukan apa sahaja mengikut kehendaknya.


Beberapa contoh keruntuhan empayar yang dibina oleh lelaki disebabkan daya pujukan wanita :

1. Napoleon Bonarparte dan Josephine.

2. Anthony dan Cleopatra

3. Hitler dan Matahari

4. Samson dan Delila

5. Abu Lahab dan Hendon


Beberapa contoh wanita yang menjadi kekuatan kepada kepimpinan seorang lelaki sehingga berjaya mengatasi segala ujian dan cabaran tanpa melemahkan semangat juang mereka dalam menegakkan kebenaran dan kekuatan agama :

1. Nabi Muhammad saw dan Siti Khadijah serta isteri-isteri beginda yang lain.

2. Nabi Ayub dan Siti Rahmah.

3. Nabi Ibrahim dan Siti Sarah serta Siti Hajar.

4. dan banyak contoh lagi orang-orang muslim yang lain.


KUASA KEJELITAAN PEREMPUAN

Hal ini diketahui oleh semua orang. Kejelitaan perempuan boleh menumbangkan ramai lelaki hingga banyak yang terarah melakukan perkara-perkara yang tidak wajar. Sebaliknya kuasa jelita yang ada pada kaum muslimah boleh menimbulkan kecintaan yang tinggi terhadap Allah di mana seorang isteri boleh mempengaruhi suami dalam hal-hal yang diredhai Allah.

KUASA LAYANAN PEREMPUAN

Kaum lelaki mudah goyah dan alah dengan layanan yang baik, apa lagi dari perempuan yang sangat dikasihi seperti isteri dan ibu. Layanan baik yang disalurkan kepada orang yang berhak menerimanya, bukan sahaja mendatangkan keredhaan Allah tetapi memungkinkan apa yang diminta akan dipenuhi dengan mudah.


KUASA DOA PEREMPUAN

Doa perempuan lebih makbul dari lelaki kerana sifat penyayangnya lebih kuat dari lelaki. Sebagaimana hadis Rasulullah saw :


"Doa ibu itu lebih cepat makbul." Orang bertanya :" Kenapa ya Rasulllah ?" Jawab baginda :" Ibu lebih penyayang dari bapa dan doa dari orang yang penyayang tidak akan sia-sia."


KUASA TAKWA PEREMPUAN

Ketakwaan adalah kuasa paling sempurna dan terbaik dalam menangani apa jua masalah. Orang yang paling bertakwa adalah orang yang paling dikasihi Allah. Allah tidak akan membiarkan orang yang dikasihiNya melainkan dipelihara serta sentiasa dirahmatiNya.


Kuasa takwa lebih mudah diperolehi oleh perempuan berbanding lelaki kerana kehalusan budi yang ada pada perempuan adalah merupakan penjara daripada melakukan hal-hal yang mendatangkan dosa. Berbanding lelaki yang sebahagian hidupnya berada di luar rumah serta terdedah kepada pelbagai godaan, cubaan dan ujian.


Kekuasaan takwa ini pula oleh kemuliaan yang diberikan oleh Allah swt sehingga setiap lelaki pasti memerlukan perempuan untuk menghirupkan udara ini atau dalam perkataan lain setiap lelaki pasti dilahirkan oleh perempuan kecuali Nabi Adam a.s. Sekuat-kuat lelaki, kuat lagi perempuan kerana lelaki itu sendirinya datang dari perut perempuan yang menghamilkannya dan melahirkannya ke dunia, kemudian menatih, mendidik,memelihara dari kecil hingga dewasa.


Kemuliaan perempuan akan lebih nyata, jika ditambah dengan ketaatan kepada kaum lelaki yang berhak atasnya sebagaimana maksud hadis Rasulullah saw :

"Perempuan yang taat kepada suaminya, semua burung diudara, ikan di air, malaikat di langit, matahari dan bulan : semuanya beristighfar baginya (isteri) selagi mana ia masih taat kepada suaminya dan diredhainya (serta menjaga solat dan puasanya)."


KEKALKAN KEMULIAAN PEREMPUAN

Kalau demikian tinggi dan hebat kemuliaan dan kedudukan perempuan,wajiblah dipelihara dengan sebaik-baiknya kerana jika Allah mencabut kemuliaan itu, perempuan akan menjadi amat hina hingga tiadalah tempat lain yang lebih berhak baginya kecuali neraka. Maka berdoalah kamu..

"Ya Allah, kekallah kami sebagai perempuan yang penuh dengan kemuliaan dan berkedudukan tinggi di sisiMu dan peliharalah kami dari ujian yang tidak mampu kami lakukan dan kami memohon kepadaMu agar diberikan kekuatan dalam melaksanakan kebaikan kepada meraka yang berada di sekeliling kami. Amin ya rabbal ' alamin."


PANDUAN UMUM AL-QURAN DAN AS-SUNNAH TERHADAP KEDUDUKAN WANITA

Wanita dan lelaki adalah sama dari segi kemanusiaan. Mempunyai hak dan kewajiban yang sama dalam melaksanakan tugas-tugas agama.

- Islam menghapuskan tuduhan yang dilemparkan oleh ahli-ahli agama sebelum Islam yang merendahkan kedudukan wanita.

- Islam memerintahkan manusia supaya memuliakan wanita sebagai anak kecil, isteri dan ibu.

KEDUDUKAN WANITA DALAM SYARIAT ISLAM

Islam menganjurkan supaya wanita diberi peluang untuk mendapatkan pendidikan/pelajaran yang sama dengan kaum lelaki. Islam menetapkan asas-asas institusi keluarga yang menjamin kepentingan wanita.

TANGGUNGJAWAB DAN KEWAJIBAN WANITA MENURUT SYARIAT ISLAM

- Tanggungjawab sebagai hamba Allah

- Tanggungjawab sebagai isteri

- Tanggungjawab sebagai pemimpin yang membantu suami dalam urusan rumahtangga

- Tanggungjawab sebagai pendidik generasi akan datang.


Wallahu'alam. Semoga kita sentiasa berusaha untuk jadi wanita yang terbaik dalam menggapai redha Allah... InsyaAllah.



Thursday, September 2, 2010

Pintu Masuk Syaitan ke Dalam Hati Manusia~

Edit Posted by Anonymous with No comments

Assalamu'alaikum dan salam sejahtera kalian yang sudi menjenguk blog usang aku..

Sekadar perkongsian kepada semua, sebab aku baru alami salah satu yang disenaraikan di bawah. Huhuhu.. *peringatan untuk diri sendiri sebenarnya*

Anyway, jika all of you ada yang berminat nak tahu, silakanlah.. I memang suka sharing2 ni. Tapi bukansharing suami tau.. No No Nooo~~ *gedix tak hengat dunia* ;D


Pintu Masuk Syaitan Ke Dalam Hati Manusia


1. Kebodohan.

2. Amarah.Kerana amarah merupakan bara dari api neraka,dan ini merupakan kesempatan bagi Syaitan untuk mengganggu.

3. Cinta keduniaan,sebab ia merupakan pangkal segala kesalahan.

4. Angan-angan yang manis,sebab ia merupakan gambaran kekerasan hati,tipuan terhadap harga diri,dan sasarannya tentu kesenangan duniawi.

5. Bercita-cita besar (gelojoh),kerana ia melahirkan perasaan tamak dan menimbulkan kerakusan.

6. Kikir/Kedekut/Bakhil - Kerana ianya merupakan pintu kerosakan.

7. Kibr (Takbur) - Kerana di dalamnya terdapat kesombongan terhadap nikmat Allah.

8. Suka dipuji,kerana ia merupakan pintu tipu daya.

9. Riak,kerana ia adalah watak asli kemunafikan.

10. Ujub dan kesombongan.

11. Mengeluh dan tidak sabar,yang bererti merupakan kelemahan iman.

12. Mengikuti hawa nafsu,kerana ia menyeret kepada nafsu syahwat dan tunduk kepadanya.

13. Bersangka buruk,kerana ia dapat menimbulkan keretakan hubungan dan segala sesuatu hanya didasarkan kepada prasangka belaka.

14. Meremehkan orang lain,kerana ia merupakan kebun kedengkian dan pintu kebencian.

15. Menganggap enteng dosa,kerana ia menimbulkan sikap acuh tak acuhterhadap dosa itu,meremehkan dosa kecil dan akhirnya menyeretnya kepada dosa besar.

16. Merasa aman dari ancaman Allah.

17. Putus asa dari rahmat Allah.Ini merupakan bencana paling besar yang mendorongnya terus-menerus berbuat derhaka kepada Allah dan menganggap sempit dunia yang luas terbentang ini.

Jadi, sama-samalah kita memperbaiki diri & saling mengingati antara satu sama lain. Sudah menjadi tanggungjawab sesama Muslim untuk saling mengingati. Yang baik datang dari Allah S.W.T, dan yang buruk itu juga datang dari-Nya tetapi disebabkan kelemahan dan kelalaian kita sendiri.. Wallahu'alam.

Wassalam.


Sumber :


Malam Hantu C4-GF-09

Edit Posted by Anonymous with No comments
Assalamu'alaikum dan salam sejahtera..

Hehehe.. curious nak tahu hantu kat mana muncul? Bila? Bagaimana? Actually, malam hantu ni terjadi kat bilik aku, C4-GF-09 semestinya di Kolej Kediaman Pelajar 4 UMP yang terindah. Cuak kan? Haaa.. aku dan rumet-rumet yang lain merasa lagilah takut. Huhuhu... Bila? Waktu tengah malam, I'm positive! Bagaimana? Di laptop Cik Suriyai (rumet aku).. Hehehe..

Dah beberapa malam kami ramai-ramai tengok cerita hantu yang Cik Suriyai buka. Bertapaklah kami kat atas katil cun beliau dengan Cik Afifah sebab katil kedua-duanya bersebelahan. Berhimpit-himpit.. rapat, kalau kentut senyap boleh bau, tapi tak sesak. Dan yang penting, jauh bangat dari skrin laptop, duduk pun hujung katil. Muahahaha.. sebab apa? Masing-masing takut terkezut dan menjerit. Weeee~~ Itu part yang best aku rasa... Ngeh3.. Mulalah yang menutup telinga.. mata. Tak kurang juga aku, tapi aku relax je *bajet sekejap*

Macam-macam cerita, terutamanya cerita Thai. Filem-filem negara Thai ni memang dikenali suka buat cerita seram. Ada yang mengancam, sampai terbayang-bayang bawa ke tidur dan menghantui hari-hari si penonton. Ada yang buhsan nak mampus! Tak seram langsung.. Aku nak bagi contoh tajuk filem seram Thai pun aku tak hengat, sebab aku jenis tak hengat tajuk. Tengok cerita sudeyyy~~

Malam ni tengok lagi. Entah apa tajuknya, tapi aku tak join dari mula. Sebab baru bangun tidur... Ngantuk lerh! Petang tadi baru Skill-based Exam.. Penat dari semalam mentelaah lab manual WAN Technology baru terasa. Alhamdulillah, berbaloilah markah aku dengan usaha aku yang last minute ni. Sejarah lama tidak lagi berulang. Syukur~

Eh! Terlari tajuk pula... Inilah dia, buat aku lupa perkara asal. Hehehe.. Berbalik kepada malam ini, Cik Fifa, Cik Suriyai, Cik Ainy, Cik Wani mulalah bertapak ramai-ramai kat katil nun indah di situ.. tengok cerita hantu. Aku yang baru bangun tidur, terus ke laptop aku mencari 'si dia'. Tapi tak jumpa.. tidur juga kot. Huhuhu... Sedang leka melayan Encik Facebook, aku terkejut dengar jeritan yang aku kira agak kuat dari biasa keempat-empat mereka. Heh. Kus semangat! Wahhh.. ini yang hati membuak-buak nak join ni! Aku pun ikut di saat-saat akhir, part yang dah buhsan. Huhuhu.. tak sampai 5 minit, aku chow kit road sebab cerita tu aku dah tengok. Tak suka betul aku cerita yang torture2 orang nih... nak bunuh tak payah la torture. Habiskan terus riwayat mangsa tu. Hish! Geram. Hehehe.. tapi takpe, itu kreativiti si pengarah filem. Baru terkesan di jiwa penonton!

Anyway, apa yang sebenarnya aku cuba nak sampaikan adalah, aku suka moment yang macam ni.. bersama-sama dalam banyak perkara, mencipta kenangan beramai-ramai dengan rumet Tahun 3 aku di UMP; Cik Arniati, Cik Suriyai, Cik Fifa, Cik Wani, dan Cik Ainy Suraya..


*Peace*