Friday, December 16, 2011

Agoogooogoo~

Edit Posted by Anonymous with No comments
Assalamu'alaikum and a very good day to everyone! Yeeeehaaa~ *cowgirl mood but I don't have any cow*

Okay, first of all aku nak express yang aku TERLALU LEGA setelah present latihan industri (LI) kepada pensyarah yang datang melawat. Kawasan sekitar tempat aku LI ni telah dipertanggungjawabkan kepada Dr. Tuty Asmawaty binti Abdul Kadir. Memang santai, tak berat, and happy je masa present, but nervous still ada, tak tengok buku log + draft report sebab kena hantar selepas tamat LI. Aku yang jadi terlalu lega ni sebab:

1) aku belum siap report + buku log ada lagi yang tak diisi..hehehe..

2) a few days before presentation day aku sangat serabut dalam urusan mencari kerja. Maka aku stop, take a break untuk fokus kepada presentation day nanti. But, of course lah mood fokus aku hilang kan sebab I still want to continue hunting jobs! Feeling masa tu upset.

Tu lah rasanya jadi penyebab kenapa rasa lapang dada dan lega gila. Alhamdulillah, presentation berjalan lancar =) habis saja presentation, aku hantar Dr. Tuty ke Kelana Jaya stesen sebab beliau nak pergi ke KL Sentral melawat orang sakit kat mana aku pun tak pasti. Memandangkan hujan, jadi beliau terus nak pulang ke hotel di KLCC. Naik dari Kelana Jaya stesen juga. Okay, tamat.

On the way back to Bandar Utama, I called my housemate Cik Nadzirah mengenai ayahnya yang sakit sebab jam 5 pagi 14 Disember 2011 dia bergegas dengan adik dia ke Hospital Ampang. Ayahnya sesak nafas. Katanya dalam pukul 8, 9 pagi sudah stabil. Alhamdulillah.. Tapi aku suruh dia stay situ sampai ayahnya betul-betul okay. Ayahnya still needs oxygen support.

Masa aku tengah isi minyak kat Petronas, masuk saja kereta aku dapat SMS Cik Nadzirah kata ayahnya dah tak ada. Terkejut! Innalillahiwainnailahiroji'un.. Then, setelah pakat-pakat dengan housemate lagi satu + our chinese friends, Miss Chen Ning and Miss Abigail kitaorang decide nak terus saja pergi ke Kajang, rumah nenek Cik Nad sebab semua berkumpul situ. Sementara nak ambil budak-budak ni kat rumah dan ofis, traffic jam teruk gila! Sebab hujan I guess. Dah makan masa di situ.

Sampai Kajang, peluk Cik Nad, adiknya Cik Sara menangis kedua-duanya. Kami sebagai kawan-kawan hanya mampu memujuk sekejap hati-hati mereka yang baru kehilangan satu nikmat Allah. Ya, ayah adalah satu nikmat Allah untuk anak-anak yang tidak ternilai harganya. Ayahlah yang menjaga, melindung, memberi, mendidik, menyayangi, mengasihi dan berbagai-bagai 'me' lagi lah. Dan aku tak terbayang macam mana kalau aku yang berada di tempat mereka... Marilah sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah buat ayah housemate aku, Cik Nadzirah. Al-Fatihah....

Pulang saja dari Kajang, dah pukul 12++ tengah malam. Esoknya aku ada interview di Menara TM pukul 2 petang. Park kereta kat Kelana Jaya stesen dan naik LRT ke Kerinchi. Tunggu punya tunggu, pukul 4 jugalah baru interview sebab ramai dan lama. Jumpa kawan-kawan UMP yang apply sekali sebab kami pakat bersama. Hehehe.. Ada Cik Dhiya, Cik Farah Abdullah, Cik Athirah, Faris yang memang pergi sekali dengan aku dari awal, sebab kitaorang dari tempat yang sama.

Alhamdulillah, semua berjalan lancar. Agak sempoi dan santai semua interviewer. Tak apalah, harapan aku tak tinggi tapi aku bersyukur kalau ini rezeki aku walaupun leasing. Balik saja interview, ambil laptop kat ofis, terus balik rumah. Solat Asar, Maghrib, dan terus bersiap untuk ke majlis tahlil rumah Cik Nadzirah. Makan dia, perrghhh.. tip top! Kelas kata ku~ sedap =)

Dalam hampir pukul 11 baru bertolak semula ke Bandar Utama. On the way back, traffic jam dekat Bangsar. Kitaorang yang ada dalam kereta musykil kenapa sesak waktu macam ni. Sekali kau, bila dah tahu kenapa sesak memang nak maki sesaja. Yalah, mana taknya, nak repair jalan punyalah jauh ke depan lagi, tapi dah sekat jalan dari awal. Kalau ikut yang dia sekat tu, orang tak berpeluang pun nak masuk ke Kerinchi Link. Tapi aku masuk celah-celah kon tu. Sebab aku tak suka nak lalu jalan bawah sebab memang confirm sesak sebab memang aku selalu nampak sesak setiap kali lalu situ dan sebab-sebab lain yang munsabah.

Lepas tu dia sekat dengan kon from 4 lanes jadi 1 lane. Macam mana la tak jadi bottleneck dah kalau macam itu. Memang bengong gila! From what I observe, yang nak repair jalan kat tengah, secoet je tempatnya, tapi ruang yang dia ambil tu besar gila! Tak padan dengan kawasan kerja dia. Orang macam ni lah nak kata bengong tak bengong. Tak pasal-pasal sesak, masa orang lain terbuang. Aku dah mengantuk sangat dah ni. Haissshhh~ bengang aku! 

Pukul 12 tengah malam juga lah sampai rumah. Mengantukkkkkk. Pagi ni nak pergi kerja rasa malas gila. Macam nak rehat saja kat rumah. Tapi petang ni ada pula interview kat Wisma BU8, saja nak mencuba nasib kat pelbagai tempat. Masih tak putus asa lagi. Hehehe.. Sebab malas benor, pukul 9.21 pagi aku sampai ofis. Penat semalam masih terasa. Huhuhu..

Next Monday ada lagi 1 interview kat Grand Season Avenue. Apa-apa pun, doakan saya ya kawan-kawan agar berjaya mana-mana dan menjadi rezeki saya. Terima kasih.... ^___^

Sekarang aku - malas, penat, mengantuk.

Haa.. macam inilah aku. Chomey kan? Ihiks~ Gemok macam ni gak ;D
Sekian. Daaa~

Friday, December 9, 2011

What a Day!

Edit Posted by Anonymous with No comments
Salam Jumaat bertarikh 9 Disember 2011 and a very good day to everyone!

Okay, hari ni tetiba mood aku datang untuk ber-blog. Sebab apa? Aku tak pasti. Tapi..... masalahnya tak ada idea nak ber-blog apa ni. Ish. Takpelah, aku cerita je lah apa jadi kat aku hari ni.

Pagi-pagi bangun macam biasa, siap-siap, pakai baju kemeja baru beli *beli kat Jusco tu tau! Tu pun tengah tersedak-sedak duit aku*, seluar slack hitam dan tudung hitam lama. Make up sikit apa yang termampu, bawa fail, barang-barang peribadi e.g. purse, handphone, and then sumbat segala-galanya dalam beg besar yang talinya berat kepunyaan rakan rumah aku, Cik Nadzirah a.k.a beg pinjam. Hehe.. aku tak ada beg jalan yang sesuai untuk travel. Masih tak berkemampuan. Huhuh.. sedih je rasa ;(

Ni la baju baru ceq. 39 hengget ja.. kopak.. kopak..
Okay, sambung. Eh, aku nak pergi mana ni? Bawa fail bagai.. Oooohh, aku nak pergi interview rupanya. Hohoho~ Interview di HP Tower, Damansara Heights. Secara terus terangnya, mental aku tidaklah begitu bersedia nak menghadapi interview ni. Sebab, aku tanya pada orang yang arrange interview ni untuk aku, Cik/Puan Sri Indah namanya *unik kan nama beliau?* yang interview ni untuk position apa. Tersedak eden bila dia cakap Project Manager. When the hell lah pula aku apply untuk Project Manager ni? Hish. Gusarlah juga kan.. Faris, kawan UMP dan juga kawan se-LI aku, cakap pergi je. Cuba. Mana tahu nak jadi rezeki.. Hurm..

Ikut rasa hati memang tak mahu je pergi. Tapi masalahnya, aku dah RSVP yang aku akan datang *tu sebelum aku dapat tanya pasal position apa*. Dalam hati aku, tak apalah, pergi sajalah. Cuba nasib. Tak apalah lari bidang pun, yang aku fikirkan sekarang ni kalau dia bagi gaji 3K memang aku ambil. Yes, aku mata duitan! Hahaha.. tapi aku ada reason sendiri la, yang mana lebih kepada family =)

Aku cerita pada si dia yang ku chenta ni. Dia kata kalau dia, dia tak pergi dah sebab bukan apa yang dia nak. Tapi aku cakap, mungkin Cik/Puan Sri Indah tu silap ke.. who knows.. kan kan kan? Tapi dia kata then tak apalah, pergilah. Tak salah mencuba. Cuma rugi minyak je la. Hehe..

Maka aku pun memandu kereta Iswara putih aku yang dah tak basuh berbulan-bulan dan jelas kotorannya, pergi ke Damansara Heights a.k.a Bukit Damansara. Mula-mula aku a little bit confuse jalan dia. Bersimpang siur sudah semestinya.. Kalau tak banyak simpang, bukan KL lah tu namanya. Aku pusing jaauuuuuuuhhhh sikit bila dah sampai Pusat Bandar Damansara. Bawa slow dari biasa. Pemandu yang hon aku pun banyak, atas sebab-sebab tertentu, contohnya jalan yang ada 3 lanes, aku stay on left lane, sekali terjumpa sign board yang memerlukan aku masuk simpang kanan. Terus signal terus masuk. Memang punca hon lah kan. Rasa nak jerit, "Woi ! Aku nak cari tempat la. Kecoh je" tapi tak terkeluar. Dalam hati saja. Cari HP Tower saja pun dah penat. Haishh.. sabar sajalah.

Interview pukul 10. Dalam 9.46 pagi aku sampai HP Tower. Parking pula nak cari. Dengan silap parking kat lot yang dah di-reserved. Fuh, keluar kereta berpeluh sikit. Okay, dah settle register apa semua, dah bersalam dengan Cik/Puan Sri Indah, maka pergilah interview.

Pasal interview session ni, alhamdulillah, jangkaan aku tepat. Bukan untuk Project Manager. Dan juga bukan untuk positions yang aku apply kepada HP. Positions yang aku applied; IT Developer dan Cisco Network Engineer. Tapi sesi tu untuk position Junior Technology Specialist. At least bagi aku, tak lari lah bidang pun. Sepanjang interview berjalan, aku tak rasa aku doing well sebab ada banyak part yang aku "mmmmm" and mumble entah hape-hape entah. Aku tak tahulah apa aku mengarut dan aku rasa macam tak dapat je. Sedih kan? =(  Nervous you! Jammed otak I.. Tak apalah, Allah lebih mengetahui dan lebih mendengar. Kalau ditakdirkan ini rezeki aku, alhamdulillah.. Kalau bukan, redha dan pasrah saja.

Habis saja interview, terus balik ke ofis ni ha, kat Damansara Perdana. LI kat sini. Penat memang terasa. Lepas tu tak sempat bontot aku nak panas, ada orang masuk tanya, "Sapa kereta nombor 2713?" Aku blur. Terus jawab, "Bukan 2713, 7213". Dia cakap cepat suruh alihkan kereta *aku buat double parking. Iyalah, waktu-waktu pukul 11 pagi confirmlah takde parking kosong. Sini hotspot woo* sebab polis nak saman. Haish, bergegas pula turun alihkan kereta. Ofis tingkat 3 kau! Fuh. Penatnya lagi.. Adey. Thanks to uncle kedai kereta kat bawah ofis yang maklumkan hal ni. Kalau tak, melayang lagi duit-duit meninggalkan aku nak membayar saman polis tu pula. Pusing punya pusing, barulah jumpa satu parking lot kosong. Cuma kena jalan jauh sikit. Tu takpe dah, alhamdulillah.. nasib baik ada juga kosong. Pasal bayar parking aku tak perlu risau sebab aku ada pas bulanan. Huhu..

Naik ofis, panggil Cik Aziah, budak LI juga kat ofis aku tapi dari UTHM *skandal si Faris. Ahihihi* untuk pergi beli makan. Niat asal nak menalipon je kat bawah masa jalan balik dari parking tu. Tapi bateri kong pula.. so kena naik atas balik. Penat lagi. Aduh.. What a day betul la!

Aku laparrrr... tapi mengantuk, tapi tak terasa nak makan nasi. Sudahnya beli buah jambu uncle lori putih tu sudeyyy~ Penat masih tak hilang. Nak tidur pula tak boleh. Maybe there's something bothering me, but tak sure apakah ia.

Okay, tu je lah aku ber-blog hari ni. Tata. Take care guys~

Teettt... teeet.. teeet.. *Phone engage*

Tuesday, November 15, 2011

Mampu ke aku jadi macam ni ?

Edit Posted by Anonymous with No comments
Dia duduk menghadap laptop di hadapannya. Langsung tidak menghiraukan si dia yang tengah menonton televisyen – ceramah bersama Dato Masyitah. Siaran OASIS astro itu telah pun bertukar kepada Indahnya Iman yang bermaksud akan masuk waktu solat. Tiba-tiba, si dia bangun dan memandang dia yang tengah khusyuk membelek laptop di hadapan.

“abang, maghrib dah nak masuk. Kita jemaah ya.” Si dia yang duduk di hadapan laptop itu senyap. Tersentak sebenarnya. Mana pernah solat. Nak jadi imam? Huh,lawak antarabangsa betul. Macam mana dia boleh kahwin dengan ustazah ini pun tak tahu lah.

Salah abahlah ni, pandai-pandai nak tentukan jodoh orang. Cari yang stok tudung labuh pulak tu. Okay,salah aku juga sebab pergi teguk kencing syaitan tu sapa suruh. Okay,salah aku lagi, angkut entah mana-mana perempuan untuk hiburan. Okay,salah lagi sebab selalu je aku balik lepas subuh sebab pergi kelab dan balik mabuk. Okay, salah aku lagi, duit syarikat abah habis aku joli kan. Banyaknya salah aku. Jadinya,abah kahwinkan aku dengan Siti Syahirah binti Hj. Amran ni. Bukan itu je, abah hantar aku dengan dia duduk dekat Kepala Batas, Pulau Pinang ni. Itu okay lagi, abah ambil kereta sport aku – dan aku kena guna kereta isteri aku ni. Abah suruh aku uruskan syarikat dia dekat ceruk ni. Nak enjoy pun tak boleh, sebab ini Pulau Pinang bukan Kuala Lumpur.

Enjoylah aku dengan laptop ni. Baru sehari duduk rumah ni, aku dah nak gila. Belum seminggu lagi. Kalau sebulan? Huh.

“abang dengar tak?”. Macam cakap dengan laptop tu je.

“hm,saya sembahyang dekat surau.” Ek, macam mana ayat tu keluar. Huh,surau pun aku tak tahu dekat mana. Nak lari dari jadi imam sebenarnya.

“saya ikut. Jap saya siap.” Si isteri telah pun hilang di pandangan mata. Aiman tersentak. Aduh,dia nak ikut pulak. Laptop di matikan. Dia duduk di sofa sementara menanti si isteri bersiap. Fikiran ligat memikir dekat mana surau.?

“abang, dah siap.” Aiman memandang isterinya yang lengkap bertudung labuh saiz 60 dengan t-shirt muslimah dan seluar track-suit. Cantik!

“abang..?” Aiman tersedar. “jom.” Kunci kereta di atas meja di capai. “saya bawa kereta awak, tak kisah?” tanya Aiman ragu-ragu. Syahirah senyum. “harta saya harta abang juga.” Aiman hanya mengangguk.

Dalam kereta – hanya dengar radio – hot fm refleksi. Aiman dah tak tentu arah. Syahirah yang dari tadi perhatikan itu macam nak ketawa . Rasanya asyik ulang-ulang je jalan ni. “abang,surau belok kiri tu.” Aiman hanya diam. Malu. Kereta di belokkan pada arah yang diberitahu isterinya. Mereka telah pun tiba di hadapan surau As-Syakirin. Aiman masih tidak mematikan enjin. Syahirah pun tidak keluar lagi dari kereta. Aiman melihat dirinya yang hanya ber-t-shirt dan seluar track-suit. Aduh,mana bawak kopiah ke? Songkok ke?

“err,Ira..” Syahirah menoleh. Mana ada orang pernah panggil dia Ira. Pertama kali dengar.

“ya?” “okay ke saya pakai macam ni? mana tahu kene halau ke nanti?” Syahirah senyum.

“jangan risau yang menilai itu Allah bukan manusia. Kalau niat kita kerana-NYA,insyaAllah. Pakaian abang ni dah okay dah ni.” Aiman terdiam. Tak pernah sebelum ini dia bercakap dengan orang masuk bab-bab agama.

“jom.” Ajak Syahirah. “hmm.” Enjin kereta di matikan.

_________________________________

Malam itu Aiman duduk di ruang tamu menonton televisyen. Teringat tadi imam itu bagi ceramah tentang solat.

“solat itu tiang agama, kalau tak solat umpama kita meruntuhkan agama.” Teringat diari isterinya yang dia jumpa tadi. Ter-baca.

“saya nak suami yang soleh! Ya Allah makbulkan doa hamba.” Aku tak adalah baik sangat. Kenapalah kau kahwin dengan aku. Kesian kau dapat aku jadi suami. Aku jahil agama! aku dah jauh terpesong! Seperti ada suara yang datang dalam fikirannya ‘tapi kau boleh berubah. Allah Maha Pengampun.!’ Televisyen di hadapannya itu di pandang kosong. Berubah? Teringat juga dia amaran abang iparnya.

“aku bagi amaran dekat kau, jangan sesekali berani angkat tangan kau ni dekat adik aku, lagi, jangan pernah kau buat dia menangis.”

Aiman hanya mendengar amaran keras Shahir sewaktu mereka berduaan di dalam kereta sebelum ke rumah mertuanya.

“..ingat! aku dapat tahu hidup adik aku sengsara, hidup kau jugak sengsara! Jangan kau buat perangai buruk kau tu . aku dapat tahu. Aku terus pergi Kepala Batas tu. Kau faham tak?” Aiman hanya mengangguk.

Huh,garang! Syahirah memandang suaminya yang duduk di sofa itu. Dia senyum. Dia ke belakang Aiman dan menutup mata Aiman dengan tangannya.

“cuba teka ini siapa?” kata Syahirah dengan suara yang di buat-buat macam suara lelaki. Aiman yang tengah berfikir itu terkejut tiba-tiba pandangannya gelap. Lama. Senyumnya terukir apabila mendengar suara Syahirah.

“hmmm, Tom Cruise..” main-main Aiman.

“salah! Tom Cruise tak reti cakap melayu!” Aiman ketawa.

“hm,Hj. Amran.” Syahirah pula ketawa. “salah! Hj.Amran dekat Johor.”

“ha! Tahu..tahu..Syah!” Syahirah kerut dahi.

“Syah mana?”

“Syahirah.” Aiman menarik tangan isterinya agar duduk di sebelahnya. Cepat sungguh si Syahirah ni mesra. Ingat kan stok yang pendiam. Terkejut juga tiba-tiba si isteri ini nak beramah mesra tapi saudara-mara dia ada kata yang Syahirah ini jenis yang ceria dan dia pula jenis yang boleh je ‘masuk’.

“abang buat apa?”

“tak ada apa-apa. Saya nak tanya awaklah..”

“tanya apa?”

“er..kenapa awak terima lamaran abah untuk kahwin dengan saya?”

“sebab Allah.” Aiman diam sebentar.

“tak faham.”

“saya buat solat istiharah. Minta petunjuk dari-Nya.” Aiman senyap. Rasanya tak ada apa yang hendak di katakan lagi. Sebak tiba-tiba.

Seminggu berlalu….

“Abang,saya tak reti masak” kata Syahirah yang tengah bercekak pinggang di dapur itu. Terkejut juga Aiman.Nak makan apa kalau isterinya ini tak reti masak – hari-hari makan kedai bankruplah. Dah lah abah tak bagi duit banyak. Nak berkata sesuatu tetapi tak terluah sebab teringat ayat dalam diari isterinya.

“lelaki bising perempuan tak reti masak! Habis, kalau lelaki tak reti jadi imam itu!” Walaupun ayat itu di tulis dalam diari dan bertarikh sebelum mereka bernikah lagi tetapi amat terkesan dalam hati Aiman.

“macam mana ni abang?” kata Syahirah sayu. Aiman menggaru kepala. Tak tahu nak jawab apa.

“tak apalah, lepas ni kita sama-sama belajar masak.”

“maaf ya abang..” Aiman senyum.

“tak apa.” Aiman keluar dari dapur. Syahirah rasa bersalah. Itulah! Umi selalu suruh masuk dapur belajar masak. Buat malu je. Sedang Syahirah berfikir di bar dapur itu Aiman masuk dengan membawa laptop.

“abang nak buat apa bawa laptop ke dapur?”

“belajar masak guna internet.” Aiman senyum dan mengangkat kening. Syahirah senyum.

_____________________________________

“huish masin.” Komen Syahirah. Aiman mengambil gulai di hadapan isterinya itu.

“abangkan yang masak ni.” Kata Syahirah lagi. Aiman rasa dan ketawa.

“okay lah ni. ha,awak punya sayur campur ni tawar! Tak rasa apa-apa..” komen Aiman pula. “okay apa..” “is okay. Gulai itu banyak garam, sayur awak tak rasa apa-apa. Campur je semua. Gulai sayur.”

“boleh ke macam itu?”

“boleh je.”

“okay..” “dah makan cepat. Nanti tak sempat nak siap pergi surau.” Aiman langsung tak sedar apa yang dia cakap. Ajak orang pergi surau? Ajak isterinya?

Huh,sejak bila jadi geng surau ni. Syahirah senyum. Dah ada perubahanlah abah !

_________________________________

“ustaz.” Panggil Aiman pada insan yang baru selesai mengimami solat Maghrib itu. Ustaz itu menoleh.

“ya?”

“saya nak…”

“nak apa?” Aiman malu untuk berkata. Tapi sedaya upaya dia cuba luahkan. “anak nak apa?”

“saya nak belajar agama.” Terluah juga. Ustaz itu senyum.

“mari.” Selesai solat Isyak tadi Syahirah terus keluar dari surau. Lama dia menunggu Aiman di kereta. Senyum terukir apabila melihat Aiman menghampiri bersama seorang lelaki separuh umur.

“ustaz kenalkan isteri saya.” Aiman kenalkan Syahirah pada lelaki itu. Syahirah hanya senyum dan mengangguk.

“baguslah. Muda-muda kahwin sama-sama pergi surau.” Aiman sentak. Walau apapun senyum paksa di beri.

“Alhamdulillah ustaz, Allah beri suami yang soleh macam Aiman ni.” kata-kata Syahirah membuatkan Aiman terdiam.

“Alhamdulillah, semoga kalian berbahagia hingga ke syurga.”

“terima kasih ustaz.” Aiman bersuara. Ustaz itu menepuk bahu Aiman.

“baiklah, saya balik dulu. Assalammualaikum.”

“waalaikumsalam.” Jawab Syahirah dan Aiman serentak.

Aiman duduk di birai katil dengan mata memandang Syahirah yang tengah mengemas bajunya ke dalam bagasi.

“lamanya abang pergi..” Aiman tersedar.

“hmm,seminggu je.” Ya,dia kata dengan Syahirah ada urusan kerja sebenarnya dia mahu ke pondok agama untuk belajar agama dengan ustaz yang dia jumpa sewaktu di surau kelmarin. Rasanya dia perlu berubah. Sampai bila dia nak mengelak untuk menjadi imam dalam keluarganya. Sampai bila dia nak terus jahil. Sampai bila dia nak membiarkan isterinya keseorangan tanpa bimbingan seorang suami. Sampai bila dia nak terus hipoktrik mengikut Syahirah ke surau tetapi tak tahu apa-apa. Sudah tiba waktunya dia berubah.!

“seminggu tu lama tauu..” lirih Syahirah.

“pejam celik- pejam celik sekejap je tu..”

“kalau pejam tak celik- celik?” tersentak Aiman apabila mendengar ucapan isterinya itu. Sudah, rasa berat pula dia nak tinggalkan si Syahirah ni. Aiman memandang Syahirah.

“apa awak cakap ni..” lembut dan ada nada risau di situ. Syahirah ketawa halus.

“gurau je lah. Abang ni cepat betul sentap.” Aiman diam.

“tak yah lah kemas beriya-iya. Nanti yang lain saya kemas.” Isterinya tarik muncung.

“tak mau lah, nanti kurang pahala.”

__________________________________

Sudah dua hari Aiman di pondok agama itu. Memang air matanya di situ asyik mengalir sahaja. Teringat dosa lampau yang pernah di buat. Ya Allah… banyaknya dosa hamba. Selesai solat berjemaah dengan rakan-rakan di pondok, dia menelefon isterinya. Salam berbalas.

“awak sihat?” Aiman duduk di tangga surau papan itu. Syahirah bersuara riang.

“Alhamdulillah sihat. Abang tak rindu saya ke? Dah masuk hari kedua baru nak call? Abang tahu tak saya bosan duduk rumah sorang-sorang? Saya dah dua hari tak sembahyang jemaah tau? ” Aiman hanya senyum mendengar coleteh si isteri.

“..ha, lagi satu abah kata abang mana ada kerja luar, baik abang cakap abang pergi mana?” tiba-tiba suara Syahirah bertukar sebak.

“..saya tahu,saya bukan sapa-sapa dekat abang, tapi tak patut abang tipu saya..” air mata Syahirah mengalir. Aiman terdiam. Syahirah juga diam. Terkejut Aiman tiba-tiba terdengar esakkan.

“awak nangis ke?” Diam lagi. “awak, saya…”

Syahirah memintas. “tak apa. Saya faham.” Air matanya di seka. “ abang sihat tak?”

“Alhamdulillah sihat.” Diam.

“Abang jangan lupa sebelum tidur baca surah Al-Mulk” pesan Syahirah.

“baik sayang.” Terdiam Syahirah. Aiman senyum je.

“lagi?”

“er..abang jangan lupa baca doa tidur sebelum tidur..”  Aiman ketawa.

“next?”

“..kalau terjaga pukul dua tiga pagi, solat tahajut..” Aiman hanya mengangguk.

“lagi?”

“..selalu beristigfar”

“okay. Lagi?”

“..ingat Allah dalam setiap perbuatan.”

“alright, next?”

“sentiasa berselawat.”

“okay.”

“abang ni last.”

“apa dia tu?” soal Aiman lembut.

“doakan rumah tangga kita sampai syurga.”

Aiman senyap sekejap. “sure.”

Dari jauh Aiman telah nampak senyuman isterinya di hadapan pintu. Selesai membayar tambang teksi Aiman mengheret bagasi berodanya. Syahirah telah pun keluar menyambutnya siap bertudung. Mereka bersalaman.

“Assalammualaikum,awak.” Sapa Aiman.

“waalaikumsalam,abang.” Nada ceria. Syahirah bersalaman dengan Aiman.

Terpegun juga dia melihat Aiman yang hanya bert-shirt kolar dan berseluar slack serta berkopiah (mungkin Aiman tak perasan). Wajah Aiman seolah ada sinar keimanan. Sangat tenang! Aiman perasan isterinya memerhatikannya.

“er,,awak pandang apa?”

Syahirah tersentak. “eh, tak.. abang nampak lain.”

“apa yang lain?” Aiman memandang dirinya dan baru perasan akan kopiah di kepalanya.

“oh..” jawab Aiman dan menarik kopiahnya. “jom masuk.”

Mereka beriringan ke ruang tamu. Aiman telah pun duduk di sofa sementara Syahirah pergi membuat air di dapur. Mata Aiman menebar ke seluruh ruang tamu. Kemas dan bersih. Walaupun rumah itu kecil tetapi sangat selesa. Entah. Dulu tinggal dekat villa abah tak pernah rasa selesa dan tenang.

“abang nah..” lembut Syahirah menghulurkan gelas itu pada suaminya. Aiman menyambut.

“thanks.”

“abang, nak tahu tak?”dia duduk bawah melutut depan Aiman yang duduk di sofa itu.

“hmm?” Aiman merenung Syahirah. Dia sudah faham dengan sikap Syahirah yang peramah dan banyak cakap ini. Kadang-kadang macam budak-budak.

“ada sinetron baru tau.”

Berkerut dahi Aiman. “oh, apa benda tu?”

“apalah abang ni. itu cerita drama bersiri Indonesia. Tajuknya cinta fitri.”

“oh..” gelas di letak di atas meja. “kenapa dengan cerita tu?”

“best.”

Syahirah senyum hingga nampak lesung pipitnya. Comel! Walaupun penat Aiman masih lagi melayan.

“ apa yang best?”

“lagu.”

“oh.. jalan cerita tak best.?” sungguh, ini baru pertama kali dalam hidup Aiman berbual mengenai drama Indonesia.

“best jugak tapi sedih.”

“kenapa?”

“entah. Abang nak dengar lagu tema cerita tu.?”

“lagu apa?”

“tajuknya Cinta Kita nyanyian Teuku Wisnu dan Shireen Sungkar” Syahirah mengambil mp3nya di almari yang terletak di ruang tamu itu juga. Aiman hanya memerhati.

“ .. haa, nah..” dia menghulurkan earphone pada Aiman.

“hm, awak ambil satu..” kata Aiman dan menghulurkan sebelah lagi pada isterinya. “..er..kita dengar sesama..” teragap-gagap Aiman.

“ok.” Ceria Syahirah menyambut earphone itu. Aiman menarik tangan Syahirah agar duduk di sebelahnya. Mudah untuk dengar mp3 itu.

Inilah aku apa adanya Yang ingin membuatmu bahagia Maafkan bila ku tak sempurna Sesempurna cintaku padamu

“saya baru download tadi..” Syahirah senyum. Aiman turut senyum. Sungguh dia tak pernah buat benda luar alam untuk melayan lagu dari seberang.

Ini cintaku apa adanya Yang ingin selalu di sampingmu Ku tahu semua tiada yg sempurna Di bawah kolong langit ini

“Abang kita jadikan lagu kita nak?” Aiman diam seketika. Huh, lagu ni rasa macam nak nangis je Aiman dengar. Tak tahu kenapa.

“hmmm.”

Jalan kita masih panjang Ku ingin kau selalu disini Biar cinta kita tumbuh harum mewangi Dan dunia menjadi saksinya Untuk apa kita membuang-buang waktu Dengan kata kata perpisahan

Kedua-dua mereka melayan perasaan dengan lagu itu. Tanpa di sedari Aiman telah melatakkan tangannya di bahu sofa dan spontan menarik isterinya ke dalam pelukkannya. Khusyuk melayan lagu.

Demi cinta kita aku akan menjaga Cinta kita yg telah kita bina Walau hari terus berganti hari lagi Cinta kita abadi selamanya…

Aiman tersentak apabila terdengar azan. Pantas dia menarik earphone itu. Dia menoleh ke kiri. Syahirah dah tidur.

“eeerr.. awak…” Aiman cuba mengejutkan isterinya lagi. “awak…bangun. Dah azan Asar ni..”

Syahirah bangun dengan mengosok matanya. “abang saya ABC la. Abang solat lah..” Aiman pelik. Apa benda pula dia nak ABC ni.

“awak, dah Asar. Kalau nak makan ABC jap lagi kita keluar.” Syahirah memandang Aiman.

“Allah Bagi Cuti. Sakit perempuan.” Aiman teragak-agak.

“oh.. haa. Okay. Saya solat dulu.” Aiman telah pun bangun untuk menuju ke bilik.

“abang.” Langkah Aiman mati. Dia menoleh. “doakan rumah tangga kita sampai syurga.” Syahirah senyum dan gaya menadah tangan.

“sure.”

“abang,saya nak cari buku masak..” Aiman hanya mengangguk dengan tangannya yang ada dua beg kertas barang yang dia beli dan Syahirah beli tadi.

“..nanti jumpa abang dekat kaunter lah.” Kata Syahirah lagi dan terus berlalu. Aiman hanya senyum dan menghantar dengan pandangan mata. Aiman berjalan ke buku-buku Islamik. Terdetik hatinya tafsir Al-Quran. Aiman pergi ke kaunter pertanyaan dalam kedai buku itu.

“ada boleh saya bantu encik?”

“hm, ada tafsir tak? Hmm.tafsir Al-Quran?”

“maaf encik tiada stok.” Aiman senyum paksa.

“okay. Thanks.” Kenapa tiba-tiba rasa sebak ni. Tiba-tiba, Syahirah datang.

“ abang tak beli apa-apa?”

“tak. Awak dah jumpa buku?” Syahirah senyum dan menunjukkan buku itu pada Aiman.

“tadaaa… nanti kita try dekat rumah ok?”

“okay.” Aiman membayar buku itu. Sewaktu mereka telah keluar dari kedai buku itu. Pekerja kedai buku itu berbisik.

“wah,romantiknya mereka!”

“tahu tak apa. untungkan wanita itu dapat suami yang punya lah handsome dan baik!”

“mana kau tahu baik?”

“tadi dia nak beli tafsir Al-Quran.”

“oh, memang padanlah. Perempuan itu pun alim je.”

“sweet kan. Suami dia just pakai t-shirt berkolar dan seluar slack, isterinya just pakai baju kurung dengan tudung labuh. Baju dorang warna match. Jalan pegang tangan”

“superb! Romantic!”

“kan Allah S.W.T telah berfirman, “Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.” (an-Nur’:26)

“betul-betul.”

_________________________________________________

Aiman sibuk membuat kerjanya di ruang tamu. Lama dia bercuti selepas pergi ke pondok hari itu. Justeru, banyak kerja yang perlu di lakukan.

“abang..” sapa Syahirah manja. Aiman senyum.

“kenapa?”

“nah..” Syahirah menunjukkan sesuatu pada Aiman. Aiman mengambil dan berfikir.

“birthday saya rasanya belum lagi..”

“abang buka lah dulu. Saya dah ngantok. Jangan tidur lewat-lewat tau. Nanti dah masuk bilik tolong perlahankan air-cond. Nite abang. Assalammualaikum.” Syahirah nampak penat. Mana tidaknya sehari suntuk berjalan. Setelah Syahirah masuk ke bilik. Perlahan-lahan Aiman membuka balutan itu.

“subhanaALLAH, tafsir Al-Quran..” terasa macam nak mengalir air mata Aiman.

‘Al-Quran, the love letter from Allah’ – isterimu. 

Aiman turn off laptopnya. Kertas-kertas yang bertaburan di perkemaskan. Setelah selesai berkemas bahan-bahan kerjanya Aiman mengambil tafsir itu dan masuk ke bilik. Samar-samar. Hanya lampu di sisi katil sahaja yang menyala. Dia lihat Syahirah sudah lena tidur. Mungkin penat sangat. Aiman senyum. Dia meletakkan tafsir itu di atas meja make-up. Seluar di lipat. Aiman menuju ke tandas. Dia perlu melakukan sujud syukur kerana dia memang beriya-iya hendakkan tafsir Al-Quran itu. sewaktu pekerja kedai itu mengatakan sudah habis stok dia seakan kecewa teramat, entah. Tidak tahu kenapa perasaan itu timbul. Sungguhlah kemanisan iman itu sungguh manis.

“Aiman!! Kamu nak jadi apa ha ni!” tengking Dato Rahimi merangkap abahnya. Aiman hanya tunduk. Sejak menjadi suami Syahirah dia banyak sangat mendiamkan diri. Dia tak banyak cakap. Selepas pulang dari pondok agama hari dia tak cepat marah atau melenting. “kamu dengar tak ni?! hari tu kamu pergi mana? Kamu buat hal lagi ya? ni akaun syarikat kenapa jatuh teruk ni!” Dato Rahimi mencampak fail itu di meja pejabat Aiman.

“abah, ekonomi dekat sini buat masa ini tak stabil..” Dato Rahimi memandang sinis anaknya.

“bukan kamu joli kan semua duit tu?”

“Abah..”

“dah! Abah tak tahu kamu buat macam mana, abah nak kamu settle kan semua bil-bil ni! “

Tercengang Aiman mana dia ada duit banyak tu. “abah, saya tak da duit banyak tu.”

“abah tak peduli. Kamu buat apa yang patut!” Dato Rahimi terus keluar dari pejabat itu. Terduduk Aiman. Ya Allah… tiba-tiba telefon Aiman berbunyi. Shahir. Ada apa abang iparnya ini telefon.

“Assalammualaikum.” Lemah Aiman menjawab.

“waalaikumsalam, weh Aiman. Kau balik rumah kau sekarang.!”

“er, kenapa along?”

“kau balik je!” Tersentap Aiman tatkala talian di matikan. Tak tahu pula dia yang abang iparnya ini datang Kepala Batas. Ada apa ya? Aiman mengambil briefcasenya. Satu, satu masalah dia dapat. Laju Aiman memandu kereta isterinya itu. Hari ini Syahirah tak kerja cuti sekolah jadi dia pun cuti lah. Syahirah seorang ustazah yang mengajar subjek Sirah. Justeru, Syahirah menyuruhnya membawa kereta dia.

_____________________________

“Along.. tolonglah jangan buat kecoh dekat sini..” rayu Syahirah.

“eh, kau diam lah dik..”

Aiman melangkah masuk ke rumah. “Assalammualaikum.”

“hah, sampai pun kau..” Aiman menghulurkan tangan untuk bersalam dengan abang iparnya tetapi lelaki itu tidak melayannya. Aiman menarik kembali tangannya.

“kenapa along?”

“aku nak bawak Syahirah balik..” Sentap Aiman mendengar. Matanya memandang Syahirah yang telah pun berair mata.

“..ta..tapi kenapa?”

“kenapa kau tanya? Kau tahu tak? Aku pergi dapur, tak ada makanan langsung! Macam mana kau sara adik aku ha? Lepas tu, aku dengar syarikat kau dah muflis kan?!” herdik Syahir. Sebak Aiman dengar.

“along tak boleh buat macam ni..”

“apa tak bolehnya! Tak akan kau nak adik aku sara kau pulak! Aku ingatkan abi kahwinkan kau dengan dia kau dah berubah rupanya hampeh je.”

“along,kenapa along cakap macam tu?” Syahirah yang tadi berair mata membela Aiman.

“kau diam. Dah sekarang aku nak bawa dia balik dekat rumah keluarga kami!” Syahir menarik tangan Syahirah. Syahirah sedaya upaya menarik kembali tangannya.

“saya tak akan pergi! Tempat seorang isteri di sisi suami!”

“hoi, Aiman. Baik kau izinkan. Tak akan kau nak biar isteri kau ni mati kebulur.!” Marah Syahir lagi. Ya Allah, tabahkan hati hamba. Habis satu masalah di pejabat sekarang masalah isterinya pula. Betul juga apa yang abang iparnya cakap. Dia nak bagi makan apa dekat isterinya ini. Memang kali ini dia muflis tersangat!

“abang..tolong…” sayu Syahirah meminta pertolongan Aiman.

“saya izin..” sebak.

“..saya izinkan awak balik.” Terus Syahir menarik adiknya keluar. Air mata Aiman jatuh juga. Mata di pejam.

“abang….” Teriak Syahirah sayu sempat menoleh Aiman yang membelakanginya. Aiman terduduk. Ya Allah beratnya dugaan-MU… Aiman baru selesai solat Maghrib. Sayu hatinya melihat rumahnya itu sunyi. Memang dia tidak ke surau. Rasa nak demam je. Puas dia memikirkan macam mana nak dapat duit nak selesaikan bil-bil nya. Sedang dia termenung di atas sejadah itu telefonnya berbunyi. Terus button hijau di tekan tanpa melihat nama pemanggil. Aiman terkejut mendengar esakkan di talian itu.

“awak..” Esakkan itu masih lagi berbunyi. “Ira..awak..”

“sampai.. sampai hati abang..” Aiman senyap.

“saya buat macam ni agar awak senang…”

“tak ada istilah senang kalau saya kene tinggalkan abang sorang- sorang lalui kepayahan.”

“awak tak faham..” sayu Aiman jawab. Suara serak

Syahirah berbicara lagi. “abang… biarlah susah senang kita bersama.” Aiman senyap. “abang,tolong lah abang. Saya nak jadi isteri yang solehah.” Aiman masih lagi senyap. Air matanya mengalir. Terharu dengan kata-kata isterinya. Di saat semua orang menyalahkannya tapi Syahirah tidak. “abang…tolong jangan senyap macam ni.. saya bersalah sangat ni..”

“sayang tak perlu rasa bersalah.” Terdiam Syahirah. Ya Allah….

“abang, cuba tengok kertas yang saya tampal dekat meja study saya itu..” Aiman bangun dan menuju ke meja tempat isterinya melakukan kerja- kerja. “cuba abang baca..” Rasulullah saw. bersabda: “Mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dicintai oleh Allah daripada Mukmin yang lemah. Segala sesuatunya lebih baik. Tampakanlah terhadap hal-hal yang bermanfaat bagimu dan minta tolonglah kepada Allah dan janganlah engkau menjadi tak berdaya.” (Muslim)

Aiman beristigfar. Mata di pejamkan seketika. “sayang..abang betul-betul tak kuat..” buat pertama kalinya kalimah abang itu terluah juga.

“abang, tolonglah. Saya nak berada di samping abang saat susah dan senang.”

“tapi abang tak kuat nak berhadapan dengan along dan semua orang.”

“abang, along hanya insan biasa. Abang ada kuasa untuk membawa saya kembali.…” Aiman hanya diam. “istikharahlah abang, minta petunjuk-NYA…. Assalammualaikum.” Syahirah dah tak sanggup nak berbicara lagi. Talian di matikan. Aiman menarik nafasnya. YA ALLAH……

Nasihat Nabi s.a.w kepada Ali r.a 

Wahai Ali, bagi orang ‘ALIM itu ada 3 tanda-tandanya: 1) Jujur dalam berkata-kata. 2) Menjauhi segala yang haram. 3) Merendahkan diri. 

Wahai Ali, bagi orang yang JUJUR itu ada 3 tanda-tandanya: 1) Merahsiakan ibadahnya 2) Merahsiakan sedekahnya. 3) Merahsiakan ujian yang menimpanya. 

Wahai Ali, bagi orang yang TAKWA itu ada 3 tanda-tandanya: 1) Takut berlaku dusta dan keji. 2) Menjauhi kejahatan. 3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman. 

Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tanda-tandanya: 1) Mengawasi dirinya. 2) Menghisab dirinya. 3) Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t.

“Assalammualaikum..” Aiman menoleh.

“waalaikumsalam, eh ustaz.” Mereka bersalaman. Ustaz itu senyum.

“baca artikel apa itu?”

“Nasihat Rasulullah pada Ali.”

“oh, Alhamdulillah. Dari tadi ustaz nampak kamu duduk sini. Tak balik?” Aiman senyum.

“tenang duduk dekat masjid ni.”

“dari Subuh tadi. Dah nak masuk Maghrib ni, isteri kamu tak ikut?” Aiman sentap.

“hm,dia balik kampung.”

“oh..eh, ustaz nak pergi toilet sekejap. Kamu bacalah buku ini dulu.” Aiman menyambut lembut buku nota kecil itu. Tangannya menyelak muka surat pertama.

Yakin pada Allah bukanlah mengharap terkabulnya segala harapan, Yakin pada Allah adalah meletakkan keredhaan pada ketentuan-Nya, Rasa bahagia dengan ujian walaupun perit, Air mata yg menitis terasa bernilai buat menyiram api neraka, Indahnya tarbiah Allah,tersiram rahmat dan hikmah, Diuji kita sebagai tanda sayang-Nya…. 

Terkedu Aiman. Ya Allah… Telah dua hari dia tidak berjumpa dengan isterinya. Tipu kalau dia kata dia tak rindu pada wanita yang banyak mengubah hidupnya itu. Memang perit sangat dia rasa. Urusan syarikat pula berkerja keras dia agar dapat projek untuk membayar semua bil-bil syarikatnya. Abah memang dah tak nak tolongnya. Yelah, dulu banyak kali abah tolong, tapi dia yang mensia-siakan. Tapi itu dulu… sekarang lain…

_________________________

Assalammualaikum, abang dah makan? – Syahirah.

Aiman membaca message itu dan senyum. Dia tahu Syahirah tidak mahu bercakap voice to voice dengannya. Merajuk tapi still tanya khabar melalui pesanan ringkas (sms). Comel je isterinya itu merajuk.

Waalaikumussalam, Alhamdulillah sudah. – Aiman.

Lepas beberapa minit.

Syarikat abang dah okay? – Syahirah.

Doakanlah ada projek yang masuk. – Aiman

Solat Dhuha lah abang. Solat itu membuka rezeki. insyaALLAH, kalau kita sabar berdoa dan berusaha Allah akan tolong. – Syahirah.

Aiman senyum membaca message itu.

insyaALLAH. – Aiman.

____________________________________

“Assalammualaikum, abi.” Aiman menelefon ayah mertuanya, Haji Amran.

“waalaikumsalam. Aiman, kenapa ni?” nada risau.

“abi,saya… saya..” tak terluah oleh kata-kata.

“Aiman, abi faham. Sekarang kamu buka email kamu. Abi ada hantar satu video. Kamu hayati dan kamu fikir lah baik-baik. Bersabar ya Aiman.”

“terima kasih abi.” Selepas salam berbalas. Talian di matikan. Syukur,abinya seorang yang memahami. Aiman membuka emailnya. Abinya agak moden kerana seorang dekan di sebuah university terkemuka di tanah air. Wajarlah, alongnya tak mahu adiknya Syahirah itu hidup melarat. Matanya tertala pada email versi video itu. kamu hayati dan kamu renung2kan lah. Kesian, abi tengok Syahirah. Dia sangat memerlukan kamu. Air matanya jatuh lagi saat melihat video itu. Sungguh, dia hampir melepaskan tanggungjawabnya sebagai seorang suami.

Astarfiruallahalazim. Erat Syahirah memeluk suaminya saat Aiman masuk ke dalam rumah abinya tadi. Haji Amran hanya senyum melihat mereka.

“abang please.. jangan tinggalkan saya lagi..” esak Syahirah. Aiman yang terkedu itu mengesat air mata Syahirah.

“shhtt, abang dah datang ni. jangan nangis lagi ya.” mata mereka bertentangan. Syahirah mengangguk dan memandang abi dan uminya.

“jaga dia baik-baik Aiman.” Pesan Hj. Amran.

“terima kasih abi, umi..” sayu sahaja Aiman bercakap. Teringat nasihat abinya itu. Mujur alongnya ada conference dekat Seoul,Korea. Tak perlu dia berdebat dengan alongnya itu. Terima kasih Ya Allah, KAU permudahkan urusan ini.

“kami balik dulu abi, umi.” Aiman bersalaman dengan kedua mertuanya itu di turuti Syahirah. “Assalammualaikum.”

“waalaikumsalam.”

_________________________________

“saya sayang abang.” Luah Syahirah sewaktu mereka dalam kereta perjalanan untuk pulang ke rumah. Aiman yang tengah memandu itu senyum.

“saya pun sayang awak juga.” Syahirah senyum senang.

“Ira…” panggil Aiman.

“ya?” Syahirah memandang suaminya yang tengah memandu itu. Aiman diam sekejap.

“thanks.”

“thanks untuk apa?”

“sebab awak saya dah banyak berubah.” Syahirah ketawa kecil.

“bukan saya lah tapi Allah. Allah yang ketuk pintu hati abang.”

“tapi kalau abang tak jumpa inspirasi hati abang ni, abang tak berubah..” kata Aiman. Syahirah senyum.

“saya hanya pengantara je. Semua itu telah tertulis di Luh Mahfuz.” Aiman mengangguk dengan mata yang masih lagi focus memandu.

“thanks lagi sekali.” Dahi Syahirah berkerut.

“untuk apa pula?”

“settlekan bil-bil syarikat tu..”

“kita suami isteri kene saling membantu.”

“mana Ira dapat wang banyak macam itu?” Syahirah senyap. Sebenarnya itu wang yang di kumpul sebelum kahwin lagi untuk dia menunaikan haji dan untuk kos perubatan barah hatinya yang dia rahsiakan daripada abi,umi dan along . Dia bersyukur Allah beri penyakit itu, dia rasa beruntung kerana dia akan sentiasa mengingati mati dan bertaubat atas setiap kesalahannya. Biarlah,hanya dia dan Allah yang tahu derita bahagia ini.

Aiman memandang Syahirah sekilas. “sayang..mana awak dapat wang banyak macam itu?” Syahirah terkelu.

“hm,rezeki Allah.”

“dari mana? Tak akan turun dari langit kot?” soal Aiman lembut.

“abang, jom kita makan dekat restoran tu, lapar pula rasanya.” Syahirah menunjuk ke arah sebuah retoran di sebelah kiri itu. Aiman terus lupa apa yang dia soal tadi. Kereta di belokkan. Sewaktu makan di restoran itu mereka bertukar cerita dan ketawa.

Tiba-tiba , Syahirah terbatuk. Aiman terkejut. Syahirah terkejut tangannya berdarah selepas dia menutup mulut tadi. Aiman terus menerpa ke arahnya.

“awak.” Terkelu lidah Aiman sewaktu melihat darah itu. Syahirah senyum.

“biasalah ni, panas tu yang berdarah tekak tu.”

“kita pergi klinik.” Syahirah dah pening.

“tak apa. Ni panas ni. Dah biasa.”

“no… nampak serious ni.” ujar Aiman yang melutut di sisi Syahirah yang duduk di kerusi itu. Syahirah ketawa perlahan yang di buat-buat.

“abang ni, panas je lah ni. saya nak pergi toilet jap.” Sedaya upaya Syahirah cuba melangkah. Kepalanya tiba-tiba berdenyut. Sakitnya Ya Allah. Aiman tak tahu nak buat apa. Hanya dengan pandangan dia menghantar isterinya itu. Sebak tiba-tiba hatinya. Ya Allah, semoga semuanya baik-baik sahaja.

_____________________________

“abang, bangun..” Syahirah menggerakkan Aiman di sebelahnya. “..Encik Aiman, bangun..” kejut Syahirah lagi. Kenapa tak bergerak ni. Kuat Syahirah menggerakkan Aiman lagi. “abang….abang.. bangun…” Aiman membuka matanya perlahan-lahan.

“hmm, kenapa sayang?”

“abang,jom buat qiamullai berjemaah. Kita tak pernah qiamullai berjemaah.” Aiman duduk menghadap Syahirah.

“dah pukul berapa?”

“hmm, 4.30 pagi.”

“jom.” Ajak Aiman. Kini, dia telah yakin untuk menjadi imam tidak sia-sia dia ke pondok agama hari itu.

“..sayang ambil wudhuk dulu..”

“okay.” Sebelum turun dari katil sempat Syahirah mencium pipi Aiman. Terkejut juga Aiman.

“mimpi ke reliti ni?” seloroh Aiman dan memegang pipinya yang di cium tadi. Syahirah hanya ketawa halus dan masuk ke bilik air. Selesai berqiamullai dan membaca doa Aiman bersalaman dengan Syahirah.

“abang,saya nak minta maaf kalau saya ada terkasar bahasa dan menyakitkan hati abang.” Seperti biasa Syahirah akan sentiasa memohon kemaafan pada suaminya selepas solat. “..halalkan semua makan minum.”

Aiman menarik Syahirah dalam pelukkannya. “abang pun nak minta maaf tersalah kata dan menyakitkan hati awak. Abang, minta halal juga semuanya ya.” dahi isterinya di cium.

“Allah makbulkan doa saya untuk dapat suami yang soleh.” Kata Syahirah dan senyum. Aiman hanya senyum.

“hm, nak ikut abang Subuh dekat surau tak?” Syahirah geleng.

“boleh ea abang. Saya nak sembahyang dekat rumah je. Letihlah.” Aiman mengangguk.

“oklah. Nanti abang belikan sarapan.”

“okay, saaaaayang abang !” lirih Syahirah dan senyum.

“sayang awak juga.”

_____________________________

Aiman memasukkan keretanya ke dalam porch rumah selepas pulang dari surau. Sebelum keluar dia mengambil plastik yang mengandungi dua bungkus nasi lemak. Aiman keluar dari kereta. PRRRANGGGGG!!!!!!!! Terkejut Aiman mendengar pinggan pecah. Terus dia berlari masuk ke rumah. Aiman ternampak kelibat dua orang berbaju hitam dan bertopeng. Pantas dia cuba mengejar dua makhluk yang pecah masuk rumahnya itu. Dia berlari ke dapur. Terkejut Aiman sewaktu dia ke dapur. Darah berlimpahan. Isterinya.

“Sayang !!!!” jerit Aiman melihat Syahirah yang menahan sakit akibat di tikam dengan pisau.

Aiman cuba mencari dua orang kelibat tadi, tapi malangnya ada orang telah menerkup mulutnya dengan kain yang mengandungi bahan kimia yang membuatkan Aiman tidak bernafas dan pengsan.

**********

Aiman terpisat-pisat bangun. Kepalanya seakan sakit. Sewaktu mata terbuka dia terdengar suara orang yang hendak masuk ke rumah. Matanya beralih ke kiri. Ya Allah.

“sayang..” Aiman memangku Syahirah yang lemah itu. Entah macam mana dia boleh memegang pisau. Aiman mencampakkan pisau itu.

“ha, ini tuan yang membunuhnya!” terkejut Aiman tatkala anggota polis masuk ke dalam rumahnya.

“bukan saya.”

“dah bawak dia. Cuba periksa nadi mangsa.” Tangan Aiman bergari.

“bukan saya!..” Aiman terkejut melihat abahnya juga turut di disitu. “Abah! Bukan Aiman!!! Abah!!” anggota polis itu membawa Aiman keluar rumah. Abahnya hanya menggeleng dengan air mata berlinangan.

“kalau kamu tak suka dia pun janganlah sampai macam ni…” sayu abahnya berbicara.

“bukan Aiman bah!!” Sewaktu keluar. Memang dah ramai orang di luar rumahnya. Aiman memandang abi,umi dan alongnya. “abi, bukan saya, umi!!” meronta-ronta Aiman.

“sedangkan orang gila tak mengaku dia gila, inikan kau yang waras nak mengaku kau bunuh adik aku!” herdik abang iparnya yang mata merah mungkin sebab menangis. Aiman cuba meronta.

“bukan saya! Abi!! Umi!! Percaya saya..”

“cepat bawa dia!” arah alongnya. Ya Allah dugaan apa yang KAU berikan ini. Ya Allah izinkan hamba dapat berjumpa dengan isteri hamba. Ya Allah…………. Semoga dia selamat. Air mata Aiman jatuh tika pandangan rumahnya makin hilang. Sayang… Bantu hamba Ya Allah……… Haji Amran melawat menantunya di penjara.

“abi..percayalah saya..” Haji Amran senyum.

“sabar Aiman, kebenaran akan terungkap, bersabarlah..”

“abi, macam mana keadaan Syahirah?” Haji Amran senyap. Air matanya bergenang. Sebak dadanya. “abi kenapa dengan isteri saya?” Haji Amran hanya senyap dan senyum terpaksa.

“bersabarlah Aiman, berdoa banyak-banyak. Doa itu senjata muslim gunakan sebaik- baiknya.” Haji Amran bangun dari kerusi itu.

“abi,jawab saya abi. Syahirah macam mana?” mengalir air mata Aiman tatkala ayah mertuanya tidak menjawab soalan.

“abi,kene pergi dah ni. banyak-banyakkan bersabar. Ingat Allah sentiasa. Assalammualaikum.” Haji Amran terus keluar dari bilik itu. Lemah lutut Aiman mendengar kata-kata abinya itu. Ya Allah, hamba tak kuat…..

*********** 

“abang, cuba tengok kertas yang saya tampal dekat meja study saya itu..” Aiman bangun dan menuju ke meja tempat isterinya melakukan kerja- kerja. “cuba abang baca..” Rasulullah saw. bersabda: “Mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dicintai oleh Allah daripada Mukmin yang lemah. Segala sesuatunya lebih baik. Tampakanlah terhadap hal-hal yang bermanfaat bagimu dan minta tolonglah kepada Allah dan janganlah engkau menjadi tak berdaya.” (Muslim)

***********

“Encik,saya nak sejadah dan tafsir Al-Quran..” kata Aiman pada warden yang menjaganya itu.

Alhamdulillah,sepanjang dia di penjara itu. warden-warden di ditu berlembut dengannya. Terima kasih Ya Allah, KAU melindungi aku. Aiman membuat solat sunnat. Selepas itu dia membaca Al-Quran. ‘Al-Quran, the love letter from Allah’ – isterimu. Air matanya terus mengalir sewaktu membaca ayat-ayat suci itu. Basah tafsir itu dengan air matanya. Allah…

________________________________

Belajar DIAM dari banyaknya BICARA
Belajar SABAR dari sebuah KEMARAHAN
Belajar KESUSAHAN dari hidup SENANG 
Belajar MENANGIS dari suatu KEBAHAGIAN 
Belajar KEIKHLASAN dari KEPEDIHAN 
Belajar TAWAKKAL dari UJIAN
Belajar REDHA dari satu KETENTUAN.. 

“Alhamdulillah.” Berulang-ulang ayat itu keluar dari mulutnya. Haji Amran hanya senyum melihat wajah menantunya itu.

“bebas juga saya abi..” kata Aiman.

“Alhamdulillah, Allah tunjuk kekuasaanNYA dengan anggota polis yang menemui kain yang menerkup kamu itu dan dompet perompak yang tercicir itu.” Aiman senyum. Terima kasih Ya Allah.

“abi,jom jumpa Syahirah.” Bicara Aiman ceria. Haji Amran tersentak. Dia hanya mengangguk. Aiman duduk di bahagian sebelah memandu. Abahnya telah berangkat ke umrah, sebagai tanda bersyukur Aiman tak bersalah. Aiman hanya senyum sepanjang jalan. Tak sabar hendak bertemu isterinya. Rindu. Hampir sebulan dia tak bertemu. Haji Amran berhenti di hospital. Aiman terkejut.

“abi, kenapa di sini?”

“turun dulu Aiman. Jom.” Ajak Haji Amran. Aiman hanya menuruti. Sewaktu tiba di depan wad Aiman terkejut melihat ramai orang. Dia merenung dari luar sebuah bilik itu. Dia nampak abang iparnya dah duduk menangis. Dia nampak uminya tengah menangis. Dia nampak doctor. Perlahan Aiman melangkah ke arah bilik itu.

“maaf, dia tak dapat di selamatkan.” Lemah lutut Aiman dengar. Bukan. Salah ni. Aiman menghampiri katil itu. “barah hatinya dah kriktikal, effect. Dia tak dapat nak survive. Bersabarlah.”

Kaki Aiman hampir di tepi katil itu. Ya Allah… Air matanya cuba di tahan. Sakit! Dia lihat Syahirah baring tenang di atas katil itu. Aiman mengangkat sedikit kepala isterinya itu dan di kucup dahi isterinya lembut. Selepas itu, kakinya sangat lemah. Ya Allah beratnya ujian ni..

“TAK!!!!!” jerit Aiman dan terduduk. Dia menangis. Haji Amran menenangkan menantunya itu.

“sabar Aiman…bawa mengucap.”

“bukan Ira abi..bukan dia…” tangis Aiman. Haji Amran mengusap bahu Aiman.

“dah di tentukan ajalnya..” sebak Haji Amran.

“tak…tak…bukan dia..” sayu Aiman mengungkap. Sekali lagi dia memandang wajah jenazah isterinya itu. Sakit. Ya Allah sakitnya rasa ini. Sakit sangat! Kenapa Ya Allah. Syahirah………. Air mata lelakinya deras mengalir.

 ***********

“lagu apa?” “tajuknya Cinta Kita nyanyian Teuku Wisnu dan Shireen Sungkar” Syahirah mengambil mp3nya di almari yang terletak di ruang tamu itu juga. Aiman hanya memerhati.

“ .. haa, nah..” dia menghulurkan earphone pada Aiman.

“hm, awak ambil satu..” kata Aiman dan menghulurkan sebelah lagi pada isterinya. “..er..kita dengar sesama..” teragap-gagap Aiman.

“ok.” Ceria Syahirah menyambut earphone itu. Aiman menarik tangan Syahirah agar duduk di sebelahnya. Mudah untuk dengar mp3 itu.

“Abang kita jadikan lagu kita nak?” Aiman diam seketika. Huh, lagu ni rasa macam nak nangis je Aiman dengar. Tak tahu kenapa.

“hmmm.”

***********

kenapa harus begini….. Aiman menutup buku agama yang di bacanya itu. Buku itu di letak di sisi katil. Pelipisnya di gosok. Ya Allah. Sedar tak sedar hampir masuk setahun setengah Syahirah pergi menemui Ilahi. Sungguh, hampir 5 bulan dia cuba kembali ke reality. Abah dan abinya puas meredhakan hatinya. Puas mereka menghantarnya berubat. Waktu itu, hanya tuhan sahaja yang tahu bertapa sedihnya dia kehilangan orang yang di sayangi dalam sekelip mata. Benarlah, ajal maut ketentuan tuhan. Akhirnya, dia akur. Setiap hari tak pernah dia lupa untuk membacakan Yassin untuk isterinya. Isterinya yang solehah. Inspirasi Hatinya. Aiman turun dari katil dan keluar dari biliknya.

Kini, dia kembali tinggal bersama abah dan mamanya di villa mereka.

“Aiman, nak pergi mana?” Dia senyum.

“ma..” Aiman menghampiri mamanya dan di cium tangan wanita itu. “nak keluar.”

“pergi mana malam-malam ni?” soal abahnya pula. Aiman bersalaman dengan abahnya pula.

“hm, pergi masjid. Aiman pergi dulu. Assalammualaikum.”

“waalaikumsalam.”

_________________________________

Aiman meletakkan kereta sportnya di hadapan masjid itu. Senyumnya terukir. Dia keluar dari kereta. Kaki melangkah masuk di pintu utama masjid. Setelah berwudhuk. Aiman melakukan solat sunnat masuk masjid. Setelah itu dia melakukan solat sunnat taubat dan solat sunnat yang lain. Selesai melakukan solat dia membaca Al-Quran pula.

“Assalammualaikum.” Sapa seorang lelaki separuh umur. Aiman memberhentikan bacaannya.

“waalaikumsalam.”

“anak musafir ke? Dah lewat malam ni.” Aiman senyum. Dia tahu dah hampir 12 tengah malam.

“saya ingat nak tidur sinilah pak cik.”

“oh, kalau begitu pak cik balik dulu lah ya.” Aiman mengangguk.

Setelah hampir satu juzuk Aiman baca matanya sudah mahu terlelap. Aiman menyimpan semula Al-Quran itu ke rak. Sejadah di ambil untuk di jadikan bantal. Aiman membaringkan badannya.

***********
“Abang jangan lupa sebelum tidur baca surah Al-Mulk” pesan Syahirah. “baik sayang.” Terdiam Syahirah. Aiman senyum je.

“lagi?”

“er..abang jangan lupa baca doa tidur sebelum tidur..” Aiman menadah tangannya untuk membaca doa tidur.

*********** 

Ya Allah, rindunya hamba pada dia. Air mata Aiman mengalir. Dia baring mengiring ke kanan. Mata cuba di lelapkan. Tiba-tiba, mata Aiman terpandang seseorang. Sayang. Aiman bangun. Dia menghampiri Syahirah yang senyum memandangnya dengan siap bertelekung.

“sayang..” Aiman menggenggam tangan Syahirah. “jangan tinggal abang lagi.” Tangan itu di kucup. Syahirah hanya senyum dan menarik tangan Aiman agar mengikutinya.

______________________________

Lemah lutut Dato Rahimi dan isterinya sewaktu mendapat berita itu. Cepat mereka bergegas ke masjid yang di katakan pemanggil itu.

“tu lah Dato. Malam tadi saya jumpa dia sebelum arwah meninggal. Dia kata nak tidur masjid. Saya ya kan je lah. Tak tahu pula saya yang ajalnya dah makin tiba.” Sebak Dato Rahimi mendengar.

“terkejut saya pagi tadi melihat dia tidur. Saya kejutkan dia untuk bangun Subuh tapi tak bergerak-gerak, tu saya suruh orang check nadi dia. Dia menemui Ilahi.”

Mengalir air mata isteri Dato Rahimi. Ya Allah, semoga roh anak kandung dan menantunya di bawah rahmat-MU. Al-Fatihah.

Thursday, November 3, 2011

This is what am I doing right now

Edit Posted by Anonymous with No comments
Stalking people's blog and my own blog. Heh.

Hari Benak Perut

Edit Posted by Anonymous with No comments
Howdy, everyone ? Yeeeehaaa~


Here's my story about yesterday, just wanna make you feel jealous. Eheh ! *aish berterabur English aku. Haha*

Ok, back to the topic. Malam sebelumnya, maknanya hari Selasa la tuuu... Cik Mida, budak ofis aku minta tolong hantar dia ke Kepong Sentral. Aku okay je. Esoknya aku tanya nak buat apa pergi Kepong Sentral. Dia kata nak jumpa adiknya untuk ambil tiket balik raya haji ni. Jadi, aku pun okey sajalah lagi...

Cik Mida, Cik Syu, Cik Aziah (semua budak ofis ni - Cik Aziah je praktikal, yang lain dah kerja tetap) dah berpakat nak belanja aku McD sebab aku tolong diaorang pindah angkat barang masa diaorang nak pindah rumah baru hari tu.

Sementara nak tunggu adik Cik Mida sampai ke Kepong Sentral, waktu rasmi makan tengah hari sedang berlalu. Aku pula teringin nak makan nasi. Walaupun kejap lagi diaorang nak belanja McD. Aku cakap,

"Takpe la.. Ni makan nasi sekarang. Nanti McD makan je la lagi. Hehehe" *lebih kurang je lah ayat aku kan*

Semua terkezut termasuklah Naim + Lukman (budak praktikal ofis aku) sebab aku makan banyak. Hahahaha. Aku tak kisah dan tak malu dan selamba. Memang tengah nafsu kuat makan sekarang.. Ihikss~ ;p

Ok, lunch aku makan nasi. Dalam pukul 2 lebih macam tu adik Cik Mida pun sampai. Kitaorang pun pergilah. Selesai saja urusan, kitaorang menuju ke McD Mutiara Damansara. Teragak-agak aku nak order apa mula-mula, risau bajet diaorang yang nak belanja aku ni lebih. Sekali diaorang kata tak kesah berapa pun. Plus, aku juga tak selalu dengan McD. Jadi, pelbagai makanan dia aku tak berapa familiar & tak pernah merasa. Ada satu, dua jenis saja biasa aku merasa.

Maka.. aku pun pilih.. Jeng jeng jeng !



Spicy Chicken McDeluxe ! Hihihi..

Sebab aku pilih ? Aku teringat Cik Nad, housemate aku sekarang, pernah cakap dia suka yang ini. Nak-nak aku pun tak pernah rasa, jadi inilah kali pertama julung-julung kalinya aku merasa Spicy Chicken McDeluxe ! Fuh ! Melelehhhhh.. sedap ;D + pedas. Nama pun spicy kan.

Aku memang kenyang gila kaw-kaw walaupun dah sampai malam kat rumah. Kat rumah Cik Nad pula lapar. Dia dengan Cik Pikah pergi shopping barang nak masak malam tu dalam pukul 10 gitu. Diaorang masak Koew Teow Sup.

Ok, aku confirm tak nak join sebab perut aku masih benak lagi rasanya. Walaupun mulut ada rasa mahu mengunyah dan mengunyah lagi, tapi perut dah kurang space lah. Tak boleh tak boleh ! Cik Nad + Cik Pikah ajak aku makan sekali sebab banyak lebih koew teow tu. Tapi aku tolak. Sekali tengah tengok TV, Cik Pikah letak pinggan yang siap dihidangkan dengan Koew Teow Sup tu betul-betul kat tepi aku... Haish. Dia pun kata, "Allahhhh.. tak sengaja terbubuh." Senget punya budak 2 hekor ni ! Cik Nad gelak2.

Haish.. aku pun habiskanlah juga. *nampak macam alasan tak ?* hahahaha.. tapi actually aku banyak ratah ayam dari makan koew teow ;p

Kembong sekembong-kembongnya perut aku semalam ! Huh. Mana tak boncet, makan tak berhenti. Lepas tu lemak-lemak sekalian terkumpul kat satu tempat. Ish. Bila nak diet ni entah. My ehem ehem suruh stabilkan BMI sebab tak nak aku sakit kemudian hari *or itu hanya alasan lelaki ? wallahu'alam* but he got point.

Aku belum capai tahap obesiti lagi, dan aku harap dapat stabilkan BMI satu hari nanti sebelum kahwin. Hihihi.. Doa-doakan. *Doa saja tak menjadi cik kak oi, kenalah usaha sama. Ish* haaa.. masalah aku, keazaman tak cukup kuat. Hahahahaha. InsyaAllah, suatu hari nanti pasti ada ;D

Sekian. Jeles tak ? Jeles tak ? Jeles la... pelisshhhhh.. ;(

Cerita dari,
Cik Dandelion chumey~

This post actually a re-post - Best ! ;)

Edit Posted by Anonymous with No comments
20/4/2011


Baru lepas main badminton dengan Athirah + Kak Suri.. saja2 keluarkan peluh, sebab mandom sangat. Macam2 aksi yang jadi.. sambil gelak2. hahahaha. paling best tadi, aku balas pukulan tepat kena "tuuut" atie.. ahahahahahahhahahaha. sampai terbaring aku atas tempat jalan tu, gelak punya pasal.. kelakar giler. Atie terkaku. Nasib baik tak kuat katanya. adoi laa..

Sebelum tu, 2 hari lepas main badminton gak. tapi petang. Paling best bila aku nak balas pukulan, sekali kepala raket terlepas ke seberang pihak lawan. Bulu tangkisnya tinggal kat aku. Wakakakaka.. yg tu memang gelak giler2.. bukan aku je baring atas tempat jalan tu, atie pun sama. Masa tu ada aney skali. Aahahaha.. macam2 betul. Best main sambil release tension. Nak2 tengah study week di kala final semester di UMP.. dah semester 6. Huhuh sedih pula rasa. sebab terlalu banyak kenangan yang sini. ada pahit, manis, gembira, duka. yg penting semua mengajar aku. Huhuhu..

Wednesday, November 2, 2011

Idea

Edit Posted by Anonymous with No comments
Any idea about what I should update in this blog? Lai lai lai ~ Feel free to drop you comment.

Thank you.

Friday, October 7, 2011

Semangat baru !

Edit Posted by Anonymous with No comments
Hai guys~

Hahahahahahaha.. saja nak habaq aku suka dengan template baru aku ! Simple, tapi pink gituwwww... awww~ Memang mata perempuanlah aku ni. Eh, jangan salah faham okayy ! Dari dulu kini dan selamanya, saya seorang perempuan ;D

Sekian, itu sajalah aku nak cerita. Cerita happy aku. Weeee~~~




* Yay ! Congratulation to me ~*

Tuesday, September 13, 2011

Monday, September 12, 2011

Haish~

Edit Posted by Anonymous with No comments
Aku sebenarnya pun dah tak tahu apa motif blog ni. Haish~ nak cerita apa pun tak tercerita. Haish~ Macam mana ni? Haish~

Tuesday, May 17, 2011

Demi mu PSM..

Edit Posted by Anonymous with No comments
Apa itu PSM? Projek Sarjana Muda laaaa.. a.k.a FYP.

Bila bercerita pasal PSM, semua orang cuak. Bila bercerita pasal PSM, senior-senior pesan suruh buat awal, takut tak sempat. Well, perasaan mahu buat awal memang aku ada. Tapi tak terbuat-buat juga sudahnya. Bertangguh-tangguh. Sampailah bulan 5. Aku ada 4 bulan free masa tu. Aku buat apa je untuk develop system aku? Header je.. Ni kira last minute punya kerjalah.

Presentation PSM telah diumumkan 16/5/2011 hari Isnin. Dan aku mula betul bekerja awal bulan 5. Hebat tak aku? Orang lain bulan Januari dah start. Aku bulan Mei. Memang confirm lah markah aku antara yang 'terhebat' lah di alam fana ni. Tapi aku sentiasa berdoa dalam hati agar dipermudahkan-Nya walaupun usaha tu kureng sikit.

Bila bahang PSM semakin terasa panas, aku gandakan kerja aku lagi. Aku selalu merantau ke FSK 3 tempat orang buat PSM. Jauh aku berjalan dari KK4. Hari Sabtu minggu sebelum tu dari pagi sampai ke petang aku bekerja buat PSM non-stop. Eh! No no no.. dari pagi sampai ke pagi esoknya.. Lepas tu tidur kejap sebab dah terlalu penat dan tak boleh berfikir dengan betul lagi, and terus sambung kerja. Kerja, kerja, kerja lagi... demi menyiapkan PSM aku yang hancus! Penat memang penat.. Penat gila dan sangat~

Aku teruskan juga buat PSM walaupun harapan tu dah nampak tipis. Aku tak kisah makan, aku tak kisah mandi, aku tak kisah tidur. Dah tak ada feeling nak makan, mandi, tidur. Tak mandi lebih dari 24 jam. Sekali makan, itulah breakfast, itulah lunch, itulah dinner dan itulah juga supper. Sampai masuk angin perut aku. Gara-gara mahu juga siapkan PSM aku. Aku teruskan lagi.. dan masih terus bekerja untuk PSM sebab masa dah terlalu suntuk. Aku dah tak kisah orang nak kata apa pasal aku, asalkan PSM aku berjalan.

Sana sini aku tanya orang minta tolong dalam PSM aku, minta tunjuk ajar dan tengokkan. Kalau tak ada mereka, tak tahulah apa jadi pada PSM aku.... Dari sini, baru aku tahu siapa kawan yang sanggup susah bersama-sama dengan kita atau pun tidak, walaupun mereka pun ada juga kerja sendiri. Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Dari sini juga, kerana PSM, aku dapat ramai kenalan baru ;)



Hari Ahad aku semakin tertekan. Esok dah nak present. Aku betul-betul hampir putus asa. Selalu aku macam tu. Hampir-hampir putus asa tapi tetap masih bertahan. Dah nyawa-nyawa ikan. Tapi masih bertahan. Ada beberapa kawan aku yang dah menangis kerana PSM. Aku tetap utuh, tak menangis. Teruskan lagi buat walaupun dah nak putus asa. Bila berdoa, aku betul-betul minta pada-Nya permudahkan urusan PSM aku. Waktu itulah baru aku nak bergenang air mata.. Terasa berat benar beban di bahu dan hati aku.

Hari Isnin dah tiba.. Aku yakin semua final year student yang ambil PSM rasa dup dap dup dap.. Macam mana aku tahu? Sebab aku pun macam itu. Pagi-pagi sudah kelam kabut. Huhuhu.. Dalam kereta Cik Wani on the way ke Astaka, tempat presentation PSM aku sempat lagi buka Adobe Dreamweaver CS4 taip coding. Wuuuu.. Gigih tak aku?

Masuk dalam Astaka lekat poster di board, alas meja dengan kain batik *itu je yang aku mampu. Aku orang kampung je* dan buka laptop. Menanti evaluator. Lambatnya rasa... Aku nak cepat habis. Sesekali aku merayau melihat booth orang lain. Ada booth yang berjiran dah kena present Cuak! Masa tu lah nak sakit kepala, sakit perut and bagai lagi. Haish... Si dia yang ku chenta ada jenguk-jenguk karnival PSM. Bila aku cakap cuak, kena bebel fule ;( Huhuhu..

Reda sekejap sakit kepala aku. Setelah lama menanti, evaluators aku Puan Roslina Sidek dan Prof. Wan Maseri datang juga. Waktu nak mula present tu tiba-tiba sakit kepala datang balik. Aduiihhh.. So, aku present dengan apa adanya. Yang termampu dek aku. Usaha dan kerja aku. Alhamdulillah.. selesai dengan pantasnya. Cik Wani boothnya sebelah aku je. Dia cakap aku present kejap je. Tapi aku yang bercakap ni.. rasa lama gila! Huhuhu..

Memang system aku tak perfect, banyak lobang-lobang nya. Aku budak network tapi buat PSM based on software punya things. Jadi, mereka consider. Bersyukur sangat dapat evaluator yang memahami. Tapi markah tak tahulah aku.. risau! Kata Prof. Wan Maseri,

"Kalau ikutkan nak komen pasal you punya system, mmg ada. Tp memandangkan you student SN, so it's not fair for you."

"So, macam mana? you rasa senang ke susah programming?"

Kata Puan Roslina Sidek pula,

"It is a good effort."

Aku memang dari awal sudah menerima dengan hati yang terbuka apa yang bakal dikatakan oleh evaluators. Jadi, lepas habis present, aku terus jadi macam ni....


Senyum sokmo! Aku sukaaaaa.. aku legaaaaaaaaaaa sangat. Orang pun tegur aku muka bahagia ;p Ibarat kata Cik Farah Abdullah, bila habis je present terasa beban tahun 3 tu jatuh dari bahu kita. Benar, terasa beban hilang. Alhamdulillah, lega sangat-sangat walaupun PSM kita tak bombastic and semua tic tic lah macam orang expert.

Seberat mana pun ujian, kita tetap boleh redah. Kita tetap akan berjaya laluinya, lepasi ujian tu. Allah S.W.T dah pun menjanjikan pada hamba-Nya. Dia tak akan memberi sesuatu ujian jika Dia tahu hamba-Nya tak mampu menghadapinya. Yang penting, ada kesabaran. Bertahanlah.

Apa-apa pun, masa aku dah pun lepas. Lepas ni, junior-junior pula. Hehehe.. Aku cerita ni sebab aku mahu jadikan kenangan merasa buat PSM.

Dari aku untuk :

- Cik Farah Abdullah.. terima kasih sebab push aku buat PSM. Terima kasih sebab banyak tolong aku dalam development process system aku. Terima kasih tak terhingga.

- Si dia yang ku chenta Samsuri Nasrudi.. terima kasih banyak bagi moral support. Bila masa benar-benar memerlukan seseorang, kamu ada. Walaupun tak banyak tengokkan coding, tapi tetap ada bersama saya. Stay by my side ;) Teringat lagi kata-kata kamu masa karnival PSM,

"Jangan salahkan PSM. Salahkan diri sendiri. Siapa suruh buat lambat?"

Uuuuu.. kena bebel ;(

- Cik Afifah Mazukee dan Syafiq Johari.. thank you bagi contoh coding korang untuk certain parts ;)

- Solihin.. terima kasih tolong tengokkan coding aku and betulkan and tunjukkan aku. Terima kasih banyak-banyak.

- Abdul Hadi, Shafwan Radzi, Adam Kamel, dan Abang Fairul.. thank you tolong tengokkan masalah system aku dan banyak bagi suggestion dan tolong tengokkan apa yang patut. Korang ni kira expert-expert lah. Terbayek! ;D


Sekian, dari Cik Dandelion yang chumey ;p


Saturday, March 19, 2011

Ujian

Edit Posted by Anonymous with No comments

Dari satu, ke satu ujian yang aku terima. Aku tak pasti sama ada ini pembalasan atas setiap dosa yang aku lakukan atau apa. Hatta dosa sekali pun, itu menunjukkan Allah masih sayang hamba-Nya ini supaya aku sedar kekhilafan yang banyak aku lakukan. Atau pun, Allah beri ujian kerana ingin menguji kesabaran aku.

Sesungguhnya bersabarlah kamu dalam menghadapi suatu penyakit, kerana penyakit itu menghapus dosa.

Sabar.. sabar.. Fuhhh.. fuhh.

Antara ujian-ujian yang aku ingat dan meninggalkan kesan :

1) Hubungan dengan teman baik.

Yang ni maha hebat apa yang aku rasa waktu itu. Sebab mereka kesayangan aku waktu dan ketika itu walaupun tingkah laku dan layanan aku pada mereka tak menunjukkan macam tu. Mungkin mereka tak tahu, hanya Allah yang tahu. Tapi tak apalah, masing-masing sudah pun 'melepaskan' perkara ni dan jadikan pengajaran saja buat diri masing-masing. Tak semua indah akan berkekalan.

2) Kereta aku.. wuwuwuwuwu ;(

Melayang duit woo. Terpaksa pinjam si dia yang ku chenta itu sebab terlalu kering kontang dompet aku nih. Huhuhu.. Terlalu banyak bergantung pada dia dan terlalu banyak menyusahkan dia dan juga terlalu banyak jasa dia taburkan untuk aku. Aku susah, dia mesti ada tolong dan support aku dari segi material atau pun moral. Terkadang rasa dia akan semakin jemu dengan aku. Entahlah, kalau dah sayang.. macam mana, kan? Bagaimana pun, dia tetap manusia biasa.. seperti aku.

3) Alergik, yang sekarang masih ada. Tengah berlaku. Dan tengah sabar.

Klinik UMP dah pergi, private klinik pun sudah *pukul 3 pagi lagi pergi yu! Kena inject. Hukhuk* , hospital kerajaan pun sudah.. Tinggal nak jumpa pakar 31 Mac ni. Masuk hari ni, dah 6 hari aku alami alergik ni. Yang agak felik sikit lah kan, malam je selalu naik. Siang turun. Tapi ada juga gatal-gatalnya waktu siang. Hishhhhh... Lambat lagi kot nak jumpa pakar.. Seksa aku kalau macam ni setiap malam sebelum nak sampai pada 31 Mac tu.. Adoiyai.

Ada je yang berlaku pada aku. Tak kosong tanpa ujian dari-Nya. Everything happens for a reason. Adalah tu hikmahnya.. Sabar ya.

Happy~~~ Peace! ^____^

Alhamdulillah..