Thursday, April 16, 2009

Hatiku MilikMu (Bhg 5)

Edit Posted by Anonymous with No comments


‘’Ingatkan perempuan pakai tudung labuh tu baik, tapi tak sangka ala-ala setan jugak. Nak dating pun pergi tempat lain lah woiii…’’laung Fathil dengan kuat ke arah Banna dan Maziah. Mereka terkejut. Beberapa orang pelajar yang lalu lalang memandang sinis ke arah mereka dengan kata-kata Fathil yang lantang itu. Banna cuba menjelaskan keadaaan. Dia menghampiri Fathil.

‘’Fathil…dengar sini…’’

‘’Aku kenal kau. Hipokrit. Berlagak baik tapi sebenarnya setan….’’

‘’Fathil…’’ Banna cuba bersuara lagi. Terhalang.

‘’Sudahlah….tak payah nak mengaku baik lagi. Sudah terang lagi bersuluh. Nak buat maksiat pun depan-depan orang. Buat malu nama universiti je,’’ Fathil tidak mahu mendengar apa-apa penjelasan daripada Banna selepas memalukan mereka berdua di khalayak ramai. Dia puas lalu meninggalkan mereka terpinga-pinga.

Asiah Yusro melihat kejadian itu. Dia bergegas menghampiri Maziah.

‘’Sabarlah Maziah, Allah tahu nti adik- beradik,’’

‘’Manusia memang macam tu, bila timbul rasa dendam dan cemburu tak bertempat, dia mula lah nak lakukan perkara tak baik pada orang lain,’’ luah Maziah dengan gelagat Fathil, rakan sekelas yang sering mengganggunya saban hari.

‘’Maziah, pandanglah semua orang dari kacamata dakwah. Kasihan lelaki tadi, mungkin niat dia ikhlas nak mencegah mungkar di depan matanya tapi kurang teliti dengan tindakannya. Lagipun, kedudukan Maziah dan abang Maziah tadi memang boleh menimbulkan prasangka,  betul tak ?’’ Maziah mengangguk.

‘’Kita doakanlah agar orang sepertinya akan mengenal tarbiyyah dan da’wah bil hikmah dengan izin Allah,’’ Kata-kata Asiah Yusro menenangkan hati Maziah. Dia berzikir memuji Allah.

Banna datang menghampiri adiknya.

‘’Maziah, kita beristighfarlah atas kejadian tadi. Mungkin silap kita juga. Semuanya kerana salah faham,’’ Banna mengingatkan adiknya. Maziah tersenyum. Begitu juga Asiah Yusro.

‘’Insyallah, bang! Err, abang…dia lah yang menghantar kad biru tu. Maziah ada mendengar abang panggil nama dia tadi, abang dah kenal dia, ya?!’’ Tanya Maziah.

‘’Dia roommate Umar Al-Mujahid, bekas ketua pengawas sekolah kita dulu. Abang selalu ziarah biliknya,’’ Banna menerangkan. Di Taman Islam, siapa yang tak mengenal Umar Al-Mujahid.

‘’Oh, ingat tak peristiwa kat bus stop tu? Rasanya, Umar lah yang membonceng motor dia?’’ Maziah memandang Asiah Yusro. Asiah Yusro berfikir sesuatu. Hatinya resah mendengar nama Umar Al-Mujahid.

(Apa khabar dia sekarang? Masihkah dia seperti dulu? Hebat dengan tarbiyyah dan da’wah…). Tak lama kemudian, Asiah Yusro bersuara,

‘’Ana pun rasa begitu. Bersyukurlah kalau lelaki tadi sebilik dengan Umar. Mudah-mudahan Umar boleh membimbingnya mengenal tarbiyyah dan da’wah,’’

Banna terdiam dengan kata-kata itu.

(Alangkah bagusnya kalau begitu. Tapi, aku takut si Fathil pula yang membimbing Umar agar lari dari hidayah Allah. Na’uzubillah. Astargfirullah, sangka tak baik kat orang pulak aku ni. Astargfirullah)

Fathil masuk ke bilik dengan nafas kencang berombak di dada. Dipecat baju lalu dihempas kasar ke katil. Sejurus kemudian, dia merebahkan badan.

‘’Kenapa kau ni, Fathil? Masih gagal tackle Maziah ke?’’ tanya Umar yang sejak tadi memerhati. Umar baru sahaja selesai berbalas-balas sms dengan Fika.

‘’Aku bengang betul lah!’’

‘’Bengang apa?’’

‘’Maziah dating depan aku tadi lepas sesuka hati dia je koyak kad yang aku bagi. Siapa tak bengang?’’

‘’Orang dah ada pak we, cari lain je….’’

‘’Huh, tak semudah tu! Ni Fathil…dia belum kenal lagi siapa Fathil!’’

‘’Kau nak buat apa?’’ Umar ingin tahu.

‘’Aku nak belasah dia malam ni. Kalau kau kawan aku, kau kena ikut aku,’’

‘’Belasah perempuan?’’ (Gila!) bentak hati Umar.

‘’Bodoh! Belasah pak we dia lah…’’

‘’Eh, kau biar betul! Takkan sampai nak belasah orang,’’

‘’Kau memang penakut lah Umar. Benci! Bukannya aku nak belasah betul-betul. Takut-takutkan je. Joe pun ikut sekali, tak penakut macam kau! Kau bayangkanlah, dia sanggup rampas mak we aku dan sengaja ajak dating depan mata aku. Anak jantan mana tak tercabar? ‘’

‘’Bila masa kau berjaya jadikan Maziah awek kau? Orang rampas awek kau atau kau yang rampas awek orang?’’ Umar tahu Fathil tak pernah berjaya tackle Maziah.

‘’ Kau tahu apa Umar?! Tu lah…asyik gila bersms je. Kau kena ingat, kau dapat Fika pun sebab aku. Apa perasaan kau kalau aku nak berbaik balik ngan Fika dan ajak dia bermadu asmara depan mata kau?’’

Umar akhirnya mengalah.

0 comments: