Wednesday, March 4, 2009

Aduyai.....

Edit Posted by Anonymous with 4 comments
Ish geramnya!

Tak pernah aku rasa sebegini geram bila dapat suatu assignment baru. Sebab apa aku rasa begitu? Sebab rasa macam aku ni dihempap batu-bata yang menyakitkan. Batu-bata itu umpama assignments. Pertama, aku tak kisah jika assignment yang diberikan pensyarah, dengan kemahuannya sendiri. Yang aku geram, 1 assignment bertambah kerana kelalaian seseorang untuk meng'silent'kan telefon bimbitnya semalam masa kelas Operating System. Seorang lalai, semua kena. Tak perlulah aku nyatakan siapa di sini. Mulanya, aku berasa kasihan padanya, kerana melihat kemurungan wajahnya selepas kejadian. Aku tahu dia tertekan. Dan, aku cuba mengambil fikiran yang positif : Tak kisahlah assignment bertambah pun, hendak bagi pelajar-pelajar pandai juga. Sedikit membebankan tak apa, asalkan ilmu yang bakal diperoleh berguna pada masa akan datang.

Itu kisah semalam........ Tapi... hari ini! Assignment bertambah lagi.. Bukan 1, tapi 2! Subjek yang sama, System Analysis & Design. Aku berfikir, andai katalah perkara yang semalam tak berlaku, pasti assignment kami semua berkurang 1. Aku jadi geram! Assignments yang sedia ada pun dah tak tertanggung, ini tambah lagi 3. Due date pula hampir-hampir saja semuanya. Mana aku nak cari IBM Rose ni weyy... Masa suntuk dah! Sementara aku menaip ini pun, aku masih mencari kekuatan untuk positifkan minda aku terhadap dugaan yang menimpa aku dan rakan-rakan seperjuangan aku di C16....

**Terukkan aku ini? Tak patut aku rasa begini, tapi ini jujurnya. Huhuhuhu... Positifkan minda, kekalkan emosi! Rileks..rileks... Fuuuhhh...~~

Wassalam.