Wednesday, December 22, 2010

Angin oh angin!

Edit Posted by ~ f i Q ~ with No comments

Assalamu'alaikum & salam sejahtera..

Aku selalu terfikir macam mana nak buang 'angin' dalam badan aku ni melalui sendawa dan prooott!!~ *ooppsss* .. banyak betul angin dalam badan. Aku selalu rasa tak selesa sebab aku dapat 'rasa' angin tu tengah berlegar-legar dalam badan aku, tapi susah nak keluar. Bila rasa macam nak sendawa, mesti rasa tak lepas. Huaaarrrggghhh... tak best rasanya!

Selain picit memicit dan mengurut tempat di badan aku yang aku rasa ada possibility tinggi mengandungi angin, ada juga aku cuba-cuba pakai detox foot patch tu. Aku beli dari senior di UMP. Memang banyak angin keluar, tak puas aku. Tapi kena belilah pula. Itu yang menjadi keberatan aku sikit, sebab duit pun laju mengalir bak air longkang yang baru lepas kena hujan. Eh, bukan. Lebih laju dari tu! Jadi, sekali itu sajalah aku beli.. 1 set 10 packet. Huhuhu~

Sekarang ni aku pakai Mustajab Extra Halia hampir tiap-tiap malam sebelum tidur. Kadang-kadang lepas mandi pun aku pakai. Hehehe.. semangat tak aku? ;D aku yang minta Ibu aku belikan. Tapi tak puas juga pakai krim tu. Tak banyak sangat keluar anginnya, sikit-sikit saja. Mula-mula aku pakai benda alah tu, menggelupur! Panas gilersssss~~ tapi lama-lama dah biasa, hilanglah gedik-gedik menggelupur tu.. Hahaha. Teringat pula rumet aku, Cik Ainy Suraya, masa dia mula-mula pakai Mustajab tu.. menjerit, menggelupur, rupa seksa aja aku tengok. Kah kah kah~ kelakar ini budak ;D

Hari tu masa aku sakit perut teruk yang aku kira jarang aku dapat, si dia yang ku chenta ;p suruh aku minum air teh halia sebab aku dakwa mungkin angin dalam perut yang menyebabkan kesakitan tu. Aku tak mahu sebab aku tak suka halia! Maafkan aku halia.. walaupun kau tak bersalah, tapi aku tetap tak suka pada mu. Aku tidak benci, cuma aku tak suka. Tapi.. demi perut yang banyak berjasa dengan aku, aku gagahkan juga pergi kedai makan lepas habis kuliah order air teh halia suam. Yuck! Yerkkk~~ Bluerrkkhh. Ptuih ptuih!!~ Tak sampai suku gelas aku pun chow sin chi dari situ. Lepas tu, kena pula bebel dengan si dia.. Huhuh~ ;(

Memang halia dapat buang angin.. Tapi selagi ada cara lain, aku nak cuba. Guys, any idea? Hehehe~ jangan malu, jangan segan kalau ada pandangan dan pendapat. Petua petuwi ka?

~Jasa mu dikenang~

Hihihi.. *peace* ;D

Saturday, December 4, 2010

Hati Itu...

Edit Posted by ~ f i Q ~ with No comments

Assalamu'alaikum & salam sejahtera buat semua reader *kalau ada la.. hehehe*


Saja aku nak kongsi satu cerita @ artikel yang aku terbaca masa tengah 'bersiar-siar' kat iluvislam.com tu.. Aku tertarik kisah ni, meruntun jiwa aku, tersentuh naluri hamba aku, terkesan di hati muda aku.. Huhuhu.. Jom baca.

*************************

Insyirah mengintai ke luar jendela yang dibuka sedikit untuk melihat mentari tengahari. Menyaksikan padang universitinya yang dibasahi hujan yang turun sejak subuh tadi. Sudah tiga hari hujan turun tiada hentinya. Keadaan ini biasa berlaku di negeri-negeri di pantai timur.

Hujung tahun bermakna mulanya musim tengkujuh. Tidak pernah terdetik di fikirannya akan tercampak ke negeri Terengganu ini. Masakan tidak, dari kecil hingga kini, tak pernah dia berenggang dengan keluarganya sejauh ini.

Seluruh perasaan masih merintih akan masalah yang masih memberati fikirannya. Saban masa, dia bersungguh-sungguh berdoa agar Allah membendung perasaan kasihnya terhadap seseorang yang membuatkan hatinya kini gundah gulana. Alangkah merananya dia dalam keadaan ini. Hatta ibarat terkena minyak pengasih.

"Ya Allah, suburkanlah cintaku pada-Mu.." rintih Insyirah.

Insyirah terduduk dan beristighfar.

"Susahnya bila ada masalah hati ni," keluh Insyirah.

Dia mengeluh sambil tangan menarik kerusi belajar. Usai duduk, dia mencapai buku mikrobiologinya. Otak sudah diset untuk menyiapkan lab report yang tertunggak sedari pagi tadi dek kerana melayan lamunan yang entah apa-apa. Seketika, dia membaca doa belajar yang ditampal di dinding meja studinya.

Sedang tangan ligat menulis introduction of morphology dan characteristic of bacteria pada kertas kajang, azan Zohor berkumandang dari masjid berdekatan. Sayup-sayup saja kedengaran laungan kemegahan itu dek kerana kedudukan masjid itu yang jauh.

Habis saja dia membaca doa selepas azan, dia mengejutkan Aishah, rakan sebiliknya yang sedang tidur. Qailullah (tidur sebentar sebelum waktu Zohor) katanya.

"Sha, Sha bangun. Dah azan dah.." sambil memanggil, dia mengoyang-goyang bahu Aishah.

Usai solat zuhur berjemaah di surau asrama yang dipimpin oleh seorang muslimin, Insyirah masih berteleku di atas sejadah. Memikirkan masalah 'hatinya'.

'Ya Allah, kenapa masalah ini juga yang terbayang-bayang? Berdosanya aku mengabaikan-Mu.'

Insyirah memejam mata sambil tangan kiri memicit pelipisnya. Tanpa disedari, bibirnya mengeluh. Cukup kuat untuk didengari Aishah yang sedang melipat sejadah.

Aishah memandang Insyirah sekilas.

"Syirah.." Aishah memanggil lembut.

Dalam mata yang masih terpejam, Insyirah masih bermonolog.

'Tu la syirah, kenapa tak jaga pandangan tu..'

"Syirah.." Aishah masih setia memanggil.

"Kan susah sekarang. Bukan kau sendiri tak tahu, daripada pandangan yang tidak terkawallah, hati boleh rosak."

"Syirah.." kening Aishah sudah berkerut.

"Parah ni. Tiga kali panggil tak berjawab."

Lantas, kaki melangkah ke arah Insyirah. Bahu rakannya itu disentuh lembut. Mata Insyirah terbuka. Memandang Aishah yang merenungnya dengan senyuman.

"Masih fikirkan masalah yang enti cerita kat ana semalam?" Aishah akhirnya duduk di sebelah Insyirah. Tangan yang dibahu, dibawa ke jari-jemari Insyirah pula. Digenggam erat.

Insyirah tersenyum tawar tanpa gula.

"Susahlah ukhti nak jaga hati ni. Tak terdaya rasanya" Insyirah meluahkan.

"Ukhti, Ukhti... memanglah susah ukhti nak jaga hati ni. Siapa kata senang? Sebab itu kita kena ada banteng kita sendiri. Ingat tak ceramah Ilaajul Qulub kelmarin? Ingat tak apa ustaz tu cakap. Err...apa nama ustaz tu? Aa Allah...ana lupa pula." Aishah mengaru dagunya sambil matanya memandang dinding surau, cuba mengingati nama ustaz tersebut.

Terimbas seketika ceramah bertajuk "Al-Qalbu kunci dalam mencorakkan peribadi unggul" yang dianjurkan oleh Persatuan Mahasiswa Usuluddin di universitinya. Memang bagus ceramahnya. Terasa bi'ah solehahnya di dewan itu yang rata-ratanya dihadiri kakak-kakak Fakulti Kotemporari Islam(FKI) yang majoritinya bertudung labuh. Ada juga yang berpurdah.

"Ukhti ni... Ustaz Syed Hadzrullathfi lah nama ustaz tu.." Syirah menjawab. Mahu tergelak juga rasanya bila melihatkan Aishah yang bersungguh sangat memikir nama ustaz tersebut.

"Oh ye ke, ana lupa la ukhti. Ha, ingat tak apa ustaz tu cakap untuk menjaga hati ni?"

Insyirah menghela nafas panjang. "Ala Aishah ni, orang tanya dia, dia tanya orang balik."

"Jangan pernah redha dengan maksiat?" Insyirah menjawab kembali dalam nada bertanya.
"Lagi?"
"Tak bersungguh nak berubah?"
"Lagi?" Aishah seronok bertanya sambil tersenyum nipis.
"La...enti ni. Ana tanya enti, enti tanya ana balik." Insyirah menampar bahu Aishah.

Ketawa Aishah pecah.

"Sakitlah ukhti."Aishah memegang bahunya. Terasa sengal seketika.
"Tu la, buli orang lagi."

Aishah menarik nafas dalam. Memandang Insyirah sekilas sebelum memulakan bicara.

"Apa yang ana dapat tangkap pasal ceramah semalam, hati ini ukhti, kalau tak dididik, tak ditarbiyah, tak dipupuk, lama-lama hati kita ini akan kotor. Dan ruang untuk menjadi orang yang ingkar terbuka luas. Cuba enti semak kembali macam mana mutabaah (jadual muhasabah ibadah) enti sampai enti ada masalah hati dengan muslimin ni. Ana kira, andai kita betul-betul menghayati dan menjaga mutabaah kita, insyaAllah, hati kita terpelihara. Betul tak ukhti?"

Insyirah mengangguk. Mengiakan. Seketika cuba bermuhasabah kembali mutabaahnya yang tak terjaga akhir-akhir ini disebabkan terlalu banyak mesyuarat untuk program islamik yang dikendalikannya. Mungkin inilah sebabnya aku jadi begini.

"Enti cakap kat ana semalam, enti mula ada masalah hati dengan muslimin ini bila enti dilantik untuk uruskan program tu kan?"

Sekali lagi Insyirah mengangguk. Ya, dari situlah aku mula kenal dengan muslimin itu.

"Ukhti, enti kena ingat. Yang enti nak buat ni program islamik tau. Nak menyampaikan dakwah kepada masyarakat di luar sana. Andai enti sendiri sebagai pemimpin dah tersilap langkah, berdakwah dengan hati yang lagho, bagaimana dakwah enti nak berkesan?"

Senyuman masih tak lekang dari wajah bersih Aishah.

"Ukhti, ingat tak apa kak Mardiyah pernah cakap masa usrah kita? Dia kata, jangan ingat enti buat maksiat ni, tidak memberi apa-apa kesan dalam hidup kita. Dan ana sangat terkesan dengan ayat tu. Ana ingat sampai sekarang ni."

Insyirah diam tak terkata. Tertunduk dia seketika sambil memintal hujung telekung yang masih tak dibuka. Kini, tinggal dia dan Aishah sahaja di dalam surau tersebut. Jemaah yang lain sudah lama beransur pergi.

"Asas segala kelalaian dan nafsu syahwat adalah kerana kita redha dengan nafsu dan maksiat yang kita lakukan. Dan asas ketaatan kepada Allah adalah kesedaran untuk merubah diri kita. Ana tak nafikan ukhti, dalam kita bermujahadah tak nak melakukan maksiat, ramai antara kita tersungkur kembali. Itu memang fitrah ukhti sebab bila kita nak berubah, kita takkan boleh secara mendadak. Kena perlahan-lahan.."

Insyirah merenung kembali Aishah, cuba menghadam point-point yang dilontarkan.

"Dan itulah yang enti perlu lakukan sekarang ni. Bangkit semula ukhti. Ingat, enti adalah dai'e! Jangan mengalah pada syaitan yang takkan mahu kita bangkit kembali apabila kita dah tersungkur! Cuba ya ukhti. Jangan risau. Ana akan sentiasa bagi sokongan kat enti. Bila hadiri meeting nanti, cuba tajdid (perbaharui) niat dan kawal pandangan."

"Tapi kan ukhti, ana perasan, bila ada meeting je ana akan rasa excited. Entah la mungkin sebab dapat jumpa dengan dia tu? Tapi dalam masa yang sama, ana cuba jaga pandangan. Ana tak tahulah ukhti. Kadang-kadang terserempak dengan dia pun ana dah jadi tak betul," Insyirah akhirnya bersuara.

"Astaghfirullahal'azim Syirah..jangan macam tu. Rosak hati enti nanti bila enti berterusan begini. Ingatlah ukhti, sifat soleh muslimin tu, Allah yang ciptakan. Maka cintailah Dia yang menciptakan sifat soleh itu sendiri. Ana faham masalah enti ni. Bukan menimpa enti sorang sahaja. Bahkan, menimpa juga para dai'e di luar sana yang gagal menjaga hati dalam melakukan dakwah."

"Jangan putus asa, Insyirah. Allah Maha Bijaksana. Kita sama-sama muhasabah kembali. Cinta Allah itu sendiri kita masih merangkak-rangkak untuk mencari apatah lagi mahu mencari cinta manusia pula. Kita ni sebagai hamba-Nya akan sentiasa diuji. Dan ujian setiap orang itu berlainan."

"Ada yang diuji pelajarannya, ada yang diuji kekurangan kasih sayang daripada ibu bapa, ada yang diuji kemiskinan, penyakit yang tak dapat diubati..tapi bagi enti, Allah sediakan ujian sebegini," Aishah mengulas panjang.

Alhamdulillah,kata-katanya itu semua ilham daripada Allah SWT untuk disampaikan kepada sahabat di depannya ini. Sayangnya dia pada Insyirah hanya Allah yang Mengetahui. Mungkinkah itu yang dinamakan ukhuwah fillah (persaudaraan kerana Allah SWT)?

"Tapi ana tengok kawan-kawan yang lain tu ok je. Tak rasa apa-apa pun bila berdepan dengan muslimin?" Insyirah mencelah.

Aishah menarik nafas sedalam mungkin. Namun, senyum masih menghiasi raut wajahnya.

"Mungkin ada antara mereka yang sudah ada benteng mereka sendiri. Come on ukhti. Evaluasi diri. Jaga mutabaah, sibukkan dengan benda-benda baik, insyaAllah akan buat enti tak fikir-fikirkan masalah ni ok," tangan Aishah merangkul bahu Insyirah.

Insyirah tersenyum kelat. Tanpa berkata apa-apa.

Beliau bersyukur kepada Allah SWT kerana walaupun dia sering lalai, tak kuat mengharungi jalan perjuangan ini, tetapi masih ada sahabat yang saling mengingatinya. Sudah pasti ia adalah satu anugerah dari Allah SWT.

Sungguh, Allah itu ada di sisi hamba-Nya.

Sifat pengampun-Nya mendahului kemurkaan-Nya.

"Dah la tu. Jom pergi makan tengahari. Nanti sakit perut pulak. Pagi tadi makan biskut je kan," kata-kata Aishah mematikan lamunan Insyirah.

Dalam sepi dingin malam, Insyirah muhasabah diri. Usai membersihkan badan tadi, dia mengerjakan solat sunat. Berdoa dan bersujud kerana dirinya terasa jauh daripada kemanisan ibadah.

Dia akui, belakangan ini, dia sudah hilang kemanisan dalam solatnya, zikirnya dan tadabbur Al-Qurannya.

Terasa diri hina kerana sibuk menagih cinta manusia yang ternyata bersifat fana. Dan kini, di sepertiga malam ini, dia menyembah dan bersujud pada Dia yang memiliki segala cinta.

Dia rindukan saat dan rasa nikmatnya ibadah itu. Sungguh, dia ini hakikatnya hamba Allah yang tak punya apa-apa.

Dia tahu benar, andai hambaNya kembali dengan selangkah langkahan taubat, pastinya Dia mengampunkan dosa hambaNya. Namun, disebabkan nafsu, hatinya menafikan kemurahan sifat Tuhan sang pencipta.

Syira, syira..tidakkah kau nampak semua itu?

Mata terasa panas.

Insyirah bersyukur kerana Allah masih memaut hatinya ke arah kebenaran. Apa pun takdir yang menimpa dirinya adalah atas kehendak Allah swt. Maka, sebagai hamba yang fakir, dia wajib redha dan ikhlas.

Insyirah menoleh ke arah Aishah yang masih lena. Dia memandang wanita itu dengan segumpal perasaan sayang yang mendasari jiwanya kala ini. Sebagai manusia biasa, jauh di lubuk hati, terdetik satu cetusan rasa kagum dengan peribadi Aishah yang begitu menjaga cinta yang belum layak lagi diserahkan kepada mereka yang tidak halal.

Apatah lagi mereka berdua masih lagi bergelar mahasiswi. Cita-cita perlu didahulukan daripada cinta itu sendiri.

Kejarlah cita-cita sebelum mengejar cinta. Kejarlah cinta Allah yang kekal abadi.

Pandangan mata Insyirah masih tertumpah pada Aishah. Roomatenya itu selalu mendoakan dan membantu dirinya menghadapi pertarungan ini. Juga mebimbing dia ke jalan kebenaran yang diredhai Allah.

Bibir diketap. Hatinya sayu mengenangkan dosa-dosa. Akhirnya, titisan jernih mengalir jua di pipi wanita itu. Lama sudah dia membelakangi Allah.

Ya Allah, ampunkanlah aku yang hina ini. Tak tertahan rasanya ya Allah dugaanMu ini. Ku pohon ya Rahman, jadikanlah cintaMu itu lebih aku hargai daripada dunia dan seisinya. Ya Jabbar, sesungguhnya aku memohon cintaMu dan cinta orang-orang yang mencintaiMu serta cinta yang dapat mendekatkan aku kepada cintaMu.

Ya Rahim, apa saja yang Engkau anugerahkan kepadaku daripada apa yang aku cintai, maka jadikanlah ia kekuatan untukku mencintai apa yang Engkau cintai. Dan apa saja yang Engkau singkirkan daripada apa yang aku cintai, maka, jadikanlah ia keredaan untukku dalam mencintai apa yang Engkau cintai.

Jadikanlah cintaku kepadaMu lebih aku utamakan daripada cintaku kepada keluargaku, diriku sendiri dan dunia seisinya. Hidupkanlah aku dengan cintaMu dan jadikanlah aku bagiMu seperti apa yang Engkau cintai.

Ya Allah, jadikanlah aku mencintaiMu dengan segenap cintaku dan seluruh usahaku demi keredhaanMu. Aku memohon perlindunganMu daripada cinta yang sia-sia. Aku hambaMu yang lemah ya Rabb. Tak mampu menolak ujian hati sebegini andai tiada bimbingan dan kekuatan daripadaMu.

Ucapan taubat itu benar-benar ikhlas dilafazkan. Rintihan taubat menjadikan seseorang hamba dapat mengecapi hidup dengan penuh rasa yakin serta bebas daripada perasaan putus asa. Dosa adalah penyakit dan istighfarlah syifa'nya. Bagi mengelakkan hati menjadi lalai maka dengan istighfar, insyaAllah, berupaya menjadikan seseorang hamba semakin menebal takwa dan imannya. Itulah yang cuba dilakukan Insyirah.

******

Dua tahun sudah berlalu. Masa berjalan begitu pantas. Udara sejuk bumi Scotland mengelus lembut pipi Insyirah. Terasa baru semalam kaki memijak bumi orang putih ini. Rasa baru semalam berpisah dengan umi, abah, opah, kak long, adik-adik dan semestinya Aishah.

Terbangnya dia ke bumi Scotland ini untuk menyambung masternya di University of Edinburgh, Scotland dalam bidang microbiologi.

Dia membuka tingkap apartment. Sekarang ini musim sejuk dan salji turun dengan lebat. Tergelak dia tatkala mengingatkan dirinya yang sangat teruja melihat salji pertama kali di depan mata.

Terasa sejuk, dia mengenggam tangan. Asap nipis keluar daripada mulutnya. Pandangan mata tumpah pada sesuatu di jemari kanan. Bibir mengukir senyuman manis. Cincin belah rotan tersarung kemas di jemari halus wanita itu.

Ya, dia tidak keseorangan di bumi Scotland ini. Ada suami yang menemani. Seorang lelaki yang halal untuk dicintai. Benarlah, sekiranya cinta sebelum nikah itu betul-betul dipelihara, kemanisannnya akan sangat dirasai setelah bernikah. Ada hikmahnya mengapa dia diuji dengan ujian hati dahulu. Dia selepas itu lebih berhati-hati agar cintanya tidak dilempiaskan pada yang sia-sia.

Duhai diriku, ingatlah Allah di mana-mana saja, nescaya Allah tidak sekali-kali melupakanmu. Sujudlah pada Allah, berlindunglah dari segala kejahatan yang nyata mahupun tersembunyi, dari kejahatan seluruh makhluk dan paling penting, berlindunglah pada Allah daripada kejahatan diri sendri. Memang perit bermujahadah itu tapi yakinlah, perjalanan yang sukar pasti ada hikmahnya. Bersabarlah...

Biarkan Allah yang mengatur segala...
Semuanya akan baik-baik saja...
Semua Akan Indah Pada Waktunya...


Sumber : http://www.iluvislam.com/karya/cerpen/915-hati-itu.html

Friday, November 19, 2010

Kau permata~

Edit Posted by ~ f i Q ~ with No comments
Entri ini mungkin sedikit berlainan dari entri2 yang lain..

Diam aku tidak bermakna aku tak ambil peduli. Diam aku menahan gelodak jiwa. Menutup apa yang sebenarnya dirasai aku. Penting diri kan aku? Aku minta maaf atas sebab itu. Jika itu yang diukur sebagai kejujuran, aku minta maaf tidak jujur dengan menyelindungkan apa yang aku rasa sebenar-benarnya. Sebagai manusia yang masih punya rasa (aku minta maaf sekali lagi jika mereka merasakan aku seorang yang tidak berperasaan), aku ada rasa marah, kecewa, sedih, terkilan, dan bagai2 lagilah rasa.

Dari kaca mata mereka, mereka merasakan mereka adalah di pihak yang benar, dan aku salah. Dari kaca mata aku pula, aku merasakan keliru atas salah apa yang telah aku lakukan yang mereka anggap terlalu teruk dan yakin tidak salah (kerana aku sangat ego orangnya), tetapi aku tak rasa mereka juga salah. Aku minta maaf atas kekeliruan aku itu. Aku minta maaf juga atas sikap egois aku. Mereka yang mula mengabaikan aku dengan melayan aku endah tak endah dengan harapan mahu beri pengajaran pada aku, tetapi aku masih bersikap biasa ketika itu melayan mereka seadanya walaupun waktu itu sememangnya aku sudah jauh hati. Tapi aku masih mampu buat biasa seperti tiada apa yang berlaku. Aku minta maaf lagi kalau mereka rasa aku tiada hak pun untuk berasa kecil hati, tapi sepatutnya mereka. Sebab itu memang hakikat rasa aku waktu itu.

........................

*Cerita hati, cerita lama.. yang berlalu biarkan. Jadikan kenangan, sebagai warna gelap hidup yang juga menjadi penyeri. Teruskan hidup dengan sebaiknya, InsyaAllah*

=)

Sunday, September 26, 2010

Seindah-indah kejadianNya.. =)

Edit Posted by ~ f i Q ~ with 1 comment

Assalamu'alaikum dan salam sejahtera..


Aku sekadar berkongsi apa yang aku telah baca. Para wanita, enjoy it!


Sumber : http://www.facebook.com/note.php?note_id=152509431450048&id=100000621085374&ref=mf


Perempuan begitu penting dalam kehidupan seorang lelaki. Jika tidak, Allah tidak akan menjadikan Siti Hawa a.s dari tulang rusuk Nabi Adam a.s sendiri untuk memenuhi rasa sunyinya yang keseorang di dalam syurga.

Perempuan begitu bererti bagi seorang lelaki, kerana tanpa perempuan:

1. hidup seorang lelaki tidak akan sempurna.

2. tidak akan bertambah zuriat di muka bumi.

3. tidak akan bergelar seorang suami.

4. tidak akan menjadi pemimpin dalam rumahtangga.

5. tidak teman untuk bergurau senda.

Kejadian perempuan adalah lemah kerana dijadikan dari tulang rusuk yang bengkok. Ini menyebabkan ada kalanya ia sukar dibentuk kecuali dengan hikmah dan kebijaksanaan yang tinggi oleh lelaki yang dapat membimbingnya ke arah kebaikan.

Perempuan tidak boleh :

1. menjadi wali

2. menjadi rasul atau nabi

3. memberi talak

Tetapi dua per tiga daripada perempuan menjadi penghuni neraka.


Keadilan Allah kepada perempuan :

1. kelonggaran dalam soal-soal ibadah kerana kedatangan haid dan nifas.

2. tidak perlu berjemaah di masjid atau di surau.

3. tidak wajib menunaikan solat Jumaat.

4. tidak disentuh api neraka,jika ikhlas berkhidmat untuk suami dan keluarganya serta memelihara kehormatan diri dan suaminya.

Banyak lagi kebaikan dan keistimewaan yang Allah beri kepada perempuan yang tidak diberi kepada lelaki ,ini membuktikan betapa kasihnya Allah swt kepada hambanya yang bergelar perempuan, wanita, gadis, isteri, ibu atau nenek ini.


KEDUDUKAN DAN KEMULIAAN PEREMPUAN

Allah telah menetapkan kedudukan perempuan adalah di belakang lelaki sebagaimana firmanNya dalam surah an-Nisaa ' , ayat 34 yang bermaksud:


"Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka atas sebahagian yang lain dan kerana mereka telah menafkahkan sebahagian daripada harta mereka."


Sebab itu wanita solehah ialah yang taat kepada Allah dan memelihara diri ketika ketiadaan suami sebagaimana yang Allah tetapkan. Namun tidak bermakna perempuan hanya menjadi pak turut tanpa ada kuasa menyatakan pendirian, pegangan, pendapat atau lain-lain. Jauh tersembunyi, perempuan sebenarnya dianugerahkan dengan kuasa pengaruh yang jika digunakan dengan tepat, lelaki bersedia menurut kehendaknya dan memberi segala haknya. Hal ini ditegaskan oleh Allah dalam firmannya, surah Aali-Imran, ayat 14 yang bermaksud :


"Dihiasi dunia itu (pada pandangan manusia) dengan kecintaan kepada perempuan".

Sabda Rasulullah saw tentang besarnya peranan perempuan ini ialah :

"Perempuan itu tiang negara, jika baik perempuan di sesuatu negara itu, maka baiklah negara itu, begitulah sebaliknya."

KUASA PUJUKAN PEREMPUAN

Kehebatan perempuan dalam pujuk rayu tidak dapat disangkal lagi. Tidak ada perempuan yang tidak mahir dalam seni ini. Kaum lelaki boleh dipujuk dan dirayu untuk melakukan apa sahaja mengikut kehendaknya.


Beberapa contoh keruntuhan empayar yang dibina oleh lelaki disebabkan daya pujukan wanita :

1. Napoleon Bonarparte dan Josephine.

2. Anthony dan Cleopatra

3. Hitler dan Matahari

4. Samson dan Delila

5. Abu Lahab dan Hendon


Beberapa contoh wanita yang menjadi kekuatan kepada kepimpinan seorang lelaki sehingga berjaya mengatasi segala ujian dan cabaran tanpa melemahkan semangat juang mereka dalam menegakkan kebenaran dan kekuatan agama :

1. Nabi Muhammad saw dan Siti Khadijah serta isteri-isteri beginda yang lain.

2. Nabi Ayub dan Siti Rahmah.

3. Nabi Ibrahim dan Siti Sarah serta Siti Hajar.

4. dan banyak contoh lagi orang-orang muslim yang lain.


KUASA KEJELITAAN PEREMPUAN

Hal ini diketahui oleh semua orang. Kejelitaan perempuan boleh menumbangkan ramai lelaki hingga banyak yang terarah melakukan perkara-perkara yang tidak wajar. Sebaliknya kuasa jelita yang ada pada kaum muslimah boleh menimbulkan kecintaan yang tinggi terhadap Allah di mana seorang isteri boleh mempengaruhi suami dalam hal-hal yang diredhai Allah.

KUASA LAYANAN PEREMPUAN

Kaum lelaki mudah goyah dan alah dengan layanan yang baik, apa lagi dari perempuan yang sangat dikasihi seperti isteri dan ibu. Layanan baik yang disalurkan kepada orang yang berhak menerimanya, bukan sahaja mendatangkan keredhaan Allah tetapi memungkinkan apa yang diminta akan dipenuhi dengan mudah.


KUASA DOA PEREMPUAN

Doa perempuan lebih makbul dari lelaki kerana sifat penyayangnya lebih kuat dari lelaki. Sebagaimana hadis Rasulullah saw :


"Doa ibu itu lebih cepat makbul." Orang bertanya :" Kenapa ya Rasulllah ?" Jawab baginda :" Ibu lebih penyayang dari bapa dan doa dari orang yang penyayang tidak akan sia-sia."


KUASA TAKWA PEREMPUAN

Ketakwaan adalah kuasa paling sempurna dan terbaik dalam menangani apa jua masalah. Orang yang paling bertakwa adalah orang yang paling dikasihi Allah. Allah tidak akan membiarkan orang yang dikasihiNya melainkan dipelihara serta sentiasa dirahmatiNya.


Kuasa takwa lebih mudah diperolehi oleh perempuan berbanding lelaki kerana kehalusan budi yang ada pada perempuan adalah merupakan penjara daripada melakukan hal-hal yang mendatangkan dosa. Berbanding lelaki yang sebahagian hidupnya berada di luar rumah serta terdedah kepada pelbagai godaan, cubaan dan ujian.


Kekuasaan takwa ini pula oleh kemuliaan yang diberikan oleh Allah swt sehingga setiap lelaki pasti memerlukan perempuan untuk menghirupkan udara ini atau dalam perkataan lain setiap lelaki pasti dilahirkan oleh perempuan kecuali Nabi Adam a.s. Sekuat-kuat lelaki, kuat lagi perempuan kerana lelaki itu sendirinya datang dari perut perempuan yang menghamilkannya dan melahirkannya ke dunia, kemudian menatih, mendidik,memelihara dari kecil hingga dewasa.


Kemuliaan perempuan akan lebih nyata, jika ditambah dengan ketaatan kepada kaum lelaki yang berhak atasnya sebagaimana maksud hadis Rasulullah saw :

"Perempuan yang taat kepada suaminya, semua burung diudara, ikan di air, malaikat di langit, matahari dan bulan : semuanya beristighfar baginya (isteri) selagi mana ia masih taat kepada suaminya dan diredhainya (serta menjaga solat dan puasanya)."


KEKALKAN KEMULIAAN PEREMPUAN

Kalau demikian tinggi dan hebat kemuliaan dan kedudukan perempuan,wajiblah dipelihara dengan sebaik-baiknya kerana jika Allah mencabut kemuliaan itu, perempuan akan menjadi amat hina hingga tiadalah tempat lain yang lebih berhak baginya kecuali neraka. Maka berdoalah kamu..

"Ya Allah, kekallah kami sebagai perempuan yang penuh dengan kemuliaan dan berkedudukan tinggi di sisiMu dan peliharalah kami dari ujian yang tidak mampu kami lakukan dan kami memohon kepadaMu agar diberikan kekuatan dalam melaksanakan kebaikan kepada meraka yang berada di sekeliling kami. Amin ya rabbal ' alamin."


PANDUAN UMUM AL-QURAN DAN AS-SUNNAH TERHADAP KEDUDUKAN WANITA

Wanita dan lelaki adalah sama dari segi kemanusiaan. Mempunyai hak dan kewajiban yang sama dalam melaksanakan tugas-tugas agama.

- Islam menghapuskan tuduhan yang dilemparkan oleh ahli-ahli agama sebelum Islam yang merendahkan kedudukan wanita.

- Islam memerintahkan manusia supaya memuliakan wanita sebagai anak kecil, isteri dan ibu.

KEDUDUKAN WANITA DALAM SYARIAT ISLAM

Islam menganjurkan supaya wanita diberi peluang untuk mendapatkan pendidikan/pelajaran yang sama dengan kaum lelaki. Islam menetapkan asas-asas institusi keluarga yang menjamin kepentingan wanita.

TANGGUNGJAWAB DAN KEWAJIBAN WANITA MENURUT SYARIAT ISLAM

- Tanggungjawab sebagai hamba Allah

- Tanggungjawab sebagai isteri

- Tanggungjawab sebagai pemimpin yang membantu suami dalam urusan rumahtangga

- Tanggungjawab sebagai pendidik generasi akan datang.


Wallahu'alam. Semoga kita sentiasa berusaha untuk jadi wanita yang terbaik dalam menggapai redha Allah... InsyaAllah.



Thursday, September 2, 2010

Pintu Masuk Syaitan ke Dalam Hati Manusia~

Edit Posted by ~ f i Q ~ with No comments

Assalamu'alaikum dan salam sejahtera kalian yang sudi menjenguk blog usang aku..

Sekadar perkongsian kepada semua, sebab aku baru alami salah satu yang disenaraikan di bawah. Huhuhu.. *peringatan untuk diri sendiri sebenarnya*

Anyway, jika all of you ada yang berminat nak tahu, silakanlah.. I memang suka sharing2 ni. Tapi bukansharing suami tau.. No No Nooo~~ *gedix tak hengat dunia* ;D


Pintu Masuk Syaitan Ke Dalam Hati Manusia


1. Kebodohan.

2. Amarah.Kerana amarah merupakan bara dari api neraka,dan ini merupakan kesempatan bagi Syaitan untuk mengganggu.

3. Cinta keduniaan,sebab ia merupakan pangkal segala kesalahan.

4. Angan-angan yang manis,sebab ia merupakan gambaran kekerasan hati,tipuan terhadap harga diri,dan sasarannya tentu kesenangan duniawi.

5. Bercita-cita besar (gelojoh),kerana ia melahirkan perasaan tamak dan menimbulkan kerakusan.

6. Kikir/Kedekut/Bakhil - Kerana ianya merupakan pintu kerosakan.

7. Kibr (Takbur) - Kerana di dalamnya terdapat kesombongan terhadap nikmat Allah.

8. Suka dipuji,kerana ia merupakan pintu tipu daya.

9. Riak,kerana ia adalah watak asli kemunafikan.

10. Ujub dan kesombongan.

11. Mengeluh dan tidak sabar,yang bererti merupakan kelemahan iman.

12. Mengikuti hawa nafsu,kerana ia menyeret kepada nafsu syahwat dan tunduk kepadanya.

13. Bersangka buruk,kerana ia dapat menimbulkan keretakan hubungan dan segala sesuatu hanya didasarkan kepada prasangka belaka.

14. Meremehkan orang lain,kerana ia merupakan kebun kedengkian dan pintu kebencian.

15. Menganggap enteng dosa,kerana ia menimbulkan sikap acuh tak acuhterhadap dosa itu,meremehkan dosa kecil dan akhirnya menyeretnya kepada dosa besar.

16. Merasa aman dari ancaman Allah.

17. Putus asa dari rahmat Allah.Ini merupakan bencana paling besar yang mendorongnya terus-menerus berbuat derhaka kepada Allah dan menganggap sempit dunia yang luas terbentang ini.

Jadi, sama-samalah kita memperbaiki diri & saling mengingati antara satu sama lain. Sudah menjadi tanggungjawab sesama Muslim untuk saling mengingati. Yang baik datang dari Allah S.W.T, dan yang buruk itu juga datang dari-Nya tetapi disebabkan kelemahan dan kelalaian kita sendiri.. Wallahu'alam.

Wassalam.


Sumber :