Wednesday, February 25, 2009

Laranya hati aku ketika ini........

Edit Posted by Anonymous with 7 comments
Assalamu'alaikum dan salam sejahtera..

Hari ini ingin aku bercerita.. Lebih kurang jam 9 malam, masa dalam meeting PETAKOM, Azri H5P4 text aku, katanya Aizat dah meninggal. Aku tidak percaya, aku rasa sejuk sangat ketika itu.. Azri suruh aku call Adam. Lalu, aku pun meminta excuse dari Safuan, Presiden PETAKOM, untuk membuat panggilan, Urgent kataku..

Aku call Adam, Adam mengesahkannya dengan menyatakan yang dia call abang kepada Aizat bertanyakan bila dan bagaimana meninggalnya. Aku seakan tidak percaya kerana aku tahu Aizat dan Adam jenis yang suka bergurau. Aku menangis semasa Adam call. Adam juga tidak percaya kawan baiknya telah tiada.. Adam kata, dia tidak berani untuk tanya lebih2, kerana khuatir menambahkan kesedihan di hati keluarga Aizat.. Adam juga menceritakan Atikah juga call dia, sambil menangis teruk.. Katanya, Aizat ajaknya berjumpa. Baru saja Aizat call hari Jumaat (20/2/09) Atikah.. Kemudian, aku call Jijah pula.. Aku menangis lagi. Berkongsi duka lara sebentar bersama Jijah.. Kemudian, aku pulang ke meeting dengan wajah yang sugul kerana baru lepas menangis. Azam tanya aku, "Kau okey ke?" Aku cuma menjawab, "Okey, tak ada apa2".. Sedangkan hati aku ketika itu tidak dapat tumpu apa pun, aku terasa ingin menangis lagi.. tapi aku masih waras, bukanlah di hadapan MT2 dan EXCO PETAKOM...

Aku pulang, aku makan.. aku harus makan juga walau tidak selera. Sebab semalam aku sudah membazir makanan. Aku tidak mahu membazir lagi memandangkan duit dalam bank sudah tinggal sedikit.. Sambil2 itu, aku call Farah Azeera, Lu, dan Chiang. Tapi hanya Chiang saja yang angkat..rupa2nya Chiang sudah mengetahui hal ini kerana Jijah telah beritahu lebih awal. Kemudian, Farah Azeera text pula, rupanya dia baru habis discussion.. Aku pun call dan memberitahu. Dia sangat terkejut dan asyik mengulang "Ei kesiannya kau pikah" , "Aish kesiannya"..

Aku mengadap laptop, dengan harapan untuk menceritakan pada seseorang tentang duka laranya hati aku ketika ini.. Secara tiba2, rasa kesalku bertandang. Aku tidak pasti apa yang aku kesalkan.. Akhirnya, aku memilih Kak Aisyah.. dia benarkan aku menangis dahulu. Aku menangis lagi, tumpah lagi mutiara jernihku.. Sama seperti orang lain, yang menasihati apabila orang yang kita kasihi pergi selamanya.. "Sabar", "jangan bersedih sangat", "banyakkan berdoa", dan sebagainya.. Aku tahu itu hakikat. Tapi aku perlukan masa untuk tenang. Buat masa ini aku masih tidak boleh terima apa yang aku baru tahu mengenai sahabat yang aku kasihi, Muhammad Aizat............ Masih terbayang-bayang perawakannya di mindaku. Aku menyenangi dia sebagai sahabatku.. yang aku pernah rapat sebelum arwah berkawan rapat dengan Atikah.. Jijah beritahu abang kepada Aizat call dia. Aku pun call Jijah untuk mendengar kisahnya. Kata Jijah, aku tidak ingat hari apa, datuk Aizat meninggal dunia.. Aizat kata dia rindu sama datuknya. Abang Aizat juga kata, Aizat agak pendiam beberapa hari ini.. Cuma bergurau dengan abangnya, dan mungkin orang terdekat... Hari Ahad (22/2/09), Aizat mahu ke KLCC (on the way pergi minum..entahlah, aku tidak pasti).. Arwah jatuh dari moto, ketika itu dalam terowong.. Badannya terhempas ke dinding terowong, jantungnya pecah.. masa post-mortem diberitahu.. Aku sangat sedih ketika mendengar kenyataan ini. Abangnya juga kata, masa memandikan jenazah, ada lebam di badannya.. Aku tidak percaya Aizat pergi.. Aku terbayang dia dimandikan.. Betulkah itu Aizat??

Kesalku yang bertandang ini, mungkin kerana aku tidak sempat menyatakan betapa aku menghargai kehadirannya dalam hidup aku.. Walaupun Aizat yang aku kenal, kadang2 suka menipu, tapi aku tahu tujuannya untuk menyenangkan hati kawannya, agar tidak rasa terasing apabila bersamanya.. Teringat lagi aku semasa di matrikulasi, ada quiz yang aku kena repeat, sedangkan dia tidak.. Aku tanya dia, sama ada dia kena repeat ke tak, katanya, dia pun kena repeat. Masa hari repeat, dia tak ada pun.. aku tanya dia sekali lagi, dia kata dia tak mahu aku terasa sangat yang aku seorang. Dia mahu aku rasa yang dia ada bersama aku... Aku tak nampak di sebalik 'muslihat' dia ini.. dia seorang sahabat yang baik. Aku juga kesal kerana tidak sempat menyatakan yang aku sayangkannya... Aku sayang kau, Aizat! Aku kasihkah kau... Aku kesal kerana tidak sempat beritahu semua ini. Aku rindu sangat sama kau.... Terasa benar kehilangan kau di hati aku ni.. Aizat.. Aku menangis lagi tika ini.......

Ya Allah, hambaMu yang hina ini, pohon sejuta kesejahteraan buat sahabatku yang baru mengadapMu Ahad yang lalu, 22/2/09... Kau cucuri rahmat ke atas rohNya.. Tempatkan dia di syurgawi milikMu Ya Allah.. Dia sahabatku yang baik, Kau jagalah dia, Kau jagalah sahabatku.. Ampunkan segala salah silap khilafnya terhadap sesama manusia, Ampunkan dosanya terhadapMu Ya Allah.. Ampunkan segala kelalaiannya Ya Rahman... Lapangkanlah 'rumah'nya kini, terangkanglah ia dengan cahaya kasihMu Ya Allah.. Ya Rahim, Angkatkanlah darjat sahabatku, sebagai hambaMu yang amat Kau kasihi dan Kau nantikan.. Berkatilah, redhailah, rahmatilah, sahabatku yang aku kasihi, Muhammad Aizat....

Aizat... Aku harap kau tunggu aku di taman idaman umat Islam sedunia.. Nantikan aku, sahabatku... =(

Ya Allah~~Bersemadilah dengan penuh ketenangan, Allahyarham Muhammad Aizat...

"Ahad, 22 Februari 2009, bersamaan 26 Safar 1430 Hijrah".



**Aku menangis kini...............**

Friday, February 20, 2009

I've been tagged? Oh NO~~

Edit Posted by Anonymous with No comments
Assalamu'alaikum and salam sejahtera...

Huwaaaaa.... this is my second tag since I was involved in blogging world. Huhuhu.. Tagged by Kak Tiqah TKD...ish3...


1) Anda rasa anda hot??
~> Definitely... baru lepas training neh. Peluhh.. fuhh..fuhh...


2) Upload gambar kegemaran anda
3) Kenapa anda suka gambar ini?
~> Huhuhu.. nice sangat! Malam dinihari.. berlegar di ruang yang sangat romantik pencahayaannya. Muahahaha... Cantik sangat kat corner ni! Ada lagi gambar2 yang aku suka.. tapi ni sajalah aku paparkan. Huhu...
4) Bila kali terakhir kamu makan pizza?
~> Not really in love with pizza... Last year I guess. Aku suka korek benda yang aku tak suka atas pizza tu.. leceh!
5) Lagu terakhir yang kamu dengar?
~> Alasanmu by Exists... memang tengah dengar kat Windows Media Player. Huhu.. No choice.
6) Apa yang anda sedang buat sekarang ini selain menyelesaikan tag ini?
~> Listening music, chatting with MFH3003.. I don't know where this guy come from. Hohoho..
7) Selain nama kamu sendiri, apakah lagi nama yang kamu suka orang panggil kamu?
~> Kalau ikut kesukaanku, aku suka orang panggil nama penuh. But there's a few name that people used to call me...
~> Kak Yong.. Most of my family members call me this. May be because I am the eldest sister and my background is from Perak. But there also outside people call me this, because I am "akak" to them.. hehe.. or, they used to hear my mom call me this.
~> Ika.. Only a few people call me this, including Kak Daia Samat. Ngeh3...
~> Fiqah / Fiqa / Piqa / Pikah.. Most of my friends call me this, since I was in taski until now.. Hoho...
~> Fiq.. I don't know where my friends got this idea to call me this. In matriculation life.. Huhu.. Kekal until now.
~> Nur.. Rarely I hear people call me Nur, just in my chatting world. Only 1 of my aunty, call me this when I was little. Now, she calls me Kak Yong. But, in UMP, there's 1 friend of mine, call me Nur..Huhu.. Wan Zainuddin TKD..weh..mana dapat idea nak panggey aku Nur ha???? Adoiiii.. lama takde org panggil aku Nur tau. Hoho...
8) Tag lagi lima orang
~> Cik Sofie Afiza
~> Cik Marissa Norfis
~> Cik 'Aziemah
~> Cik Shafiqah
~> Cik Nurul Farhana McNa
9) Siapa orang nombor satu?
~> Sahabat di C16 yang memula aku buat kawan sejak aku masuk dalam seksyen ni.. Huhuhu.. Lup u sopie..
10) Orang nombor tiga ada hubungan dengan siapa?
~> Sahabat di C16.. hubungan dgn Abg Zub.. ahahahahha... Jomlah 'Azie ikut aku ke UniMAP, jumpa Zub... aku kena tapis dia dulu, ingat tu.. wahahahaha...
11) Katakan sesuatu berkenaan org nombor lima
~> Hana.. kekadang spontan, nampak sopan.. semestinya baik, sesuai dibuat bini. Sesapa rasa nak tackle dia, contact aku..aku arrangekan. Ahahahahaha..
12) Bagaimana pula dengan orang nombot empat?
~> Pikah jugak namanya.. banyak persamaan, banyak perbezaan.. ngeh3.. Bekas debater, tapi kurang kembangkan sayapnya dalam arena perdebatan kat bumi UMP neh.. aduyai sis, you got talent tau..
13) Siapakah orang nombor dua?
~> Marissa... Sahabat di C16.. sempoi2.. ada masalah pun cam tak ada masalah.. biasalah tu, nak lupakan sekejap. Seorang debater English, suka dengar slumber nya dia bertutur dlm English even English Malaysia nyer.. Aku tidak seperti dia. Huaaaa...
Sekian, terima kasih. Huhuhu...
Wassalam.

Thursday, February 12, 2009

Doa Imam Makkah

Edit Posted by Anonymous with No comments
Assalamu'alaikum dan salam sejahtera...


Petikan Nukilan Oleh abdinabu- TranungKite Online



Doa Imam besar Mekah hingga menangis. Beliau telah ditangkap selepas selesai doa tersebut... semoga ALLAH menetapkan imannya.

Sekadar renungan bersama... Dalamilah, hayatilah.



Ya Allah, Yang memiliki segala Keagungan dan Kebesaran. Ya Allah, Yang maha Berkuasa, Yang Agung, Yang Maha Besar, Yang Maha Tinggi. Kami memohon Keagungan dan Kekuasaan-Mu. Dan kemenangan bagi seluruh mujahiddin yang berjuang pada jalan-Mu. Ya Allah, tetaplah di sebelah mereka dan bersama-sama mereka. Anugerahkanlah kejayaan, dan perkukuhkanlah kedudukan mereka. Ya Allah, satukan wawasan mereka, tetapkanlahlah sasaran senjata mereka, dan teguhkanlah kata-kata mereka, Ya Allah, cekalkanlah hati-hati mereka. Ya Allah, uruskanlah dan musnahkanlah musuh mereka.Ya Allah, usirkanlah perhimpunan mereka, hancurkanlah integriti mereka, lemahkanlah kekuatan mereka, dan tanamkanlah ketakutan ke dalam hati mereka.



Ya Allah, nasib kami ditangan-Mu, dan urusan kami akan dikembalikan kepada-Mu, dan keadaan kami tidak terlindung dari pengetahuan-Mu, Kepada-Mu serahkan kesengsaraan kami, Dan jiwa kami, dan kepada-Mu kami mengadu, Kepada-Mu dan hanya kepada-Mu sahajalah kami mengadu tentang kekejaman mereka yang menindas, Dan kekejaman "Faajirin", Dan kemarahan mereka yang dikhianati oleh penjenayah. Hanya kepada-Mu, Ya Allah, kami mengadu tentang kekejaman dendam Kristian, Ya Allah, kegelapan penindas telah dipanjangkan, Ya Allah, kegelapan penindas telah dipanjangkan, (lagi) Ya Allah, kegelapan penindas telah dipanjangkan, (dan lagi) Ya Allah, kegelapan penindas telah dipanjangkan, (lagi) Ya Allah, kegelapan penindas telah dipanjangkan.Dendam golongan atheis telah berterusan jauh. Dan ... Pemimpin penjenayah Ya Allah, (berhenti) Ya Allah, Kirimkan kepada mereka tangan-tangan kebenaran ... Untuk mengangkat dengannya penghinaan kami, Dan untuk mengembalikan kepada kamu penghormatan kami, Dan untuk memusnahkan musuh kami dengannya.



Ya Allah, (berhenti) Ya Allah, Engkau uruslah sumber kekejaman dan penindasan, (lagi) Engkau uruslah sumber kekejaman dan penindasan, Ya Allah, Kirimkan Kekuasaan-Mu menentang Amerika, Pusat kekufuran dan fasaad (lagi) Kirimkan kekuasaan-Mu menentang Amerika, (lagi) Pusat kekufuran dan fasaad, Ya Allah, kami menyedari tentang mereka, Mereka menyebarkan fasaad di bumi-Mu.Dan mereka membunuh hamba-Mu, Dan mereka menghina agama-Mu (lagi) Ya Allah, kami menyedari tentang mereka, Dan di atas mereka segala kekuatan, Ya Allah, Kirimkan kekuasaan Kamu menentang mereka, (lagi) Ya Allah, Kirimkan kekuasaan Kamu menentang mereka.



Ya Allah, hantarkan kepada mereka ribut kaum Aad, dan tangisan kaum Thamud, Dan taufan kaum Nuh, Ya Allah, Hantarkan kepada mereka sesuatu yang diturunkan dari langit, Dan dari apa yang keluar dari bumi, Ya Allah, Engkau pecah-belahkan negara mereka, Ya Allah, Jadikanlah negara mereka berpecahbelah dan pisahkanlah mereka, Ya Allah, Yang Maha Hidup dan Maha Berkuasa, Engkau tundukkanlah mereka di bawah genggaman hamba-Mu, (lagi) Engkau tundukkanlah mereka di bawah genggaman hamba-Mu, Ya Allah, Jadikanlah ribut taufan melanda mereka berterusan. (Lagi) Ya Allah, Jadikanlah ribut taufan melanda mereka berterusan.(berhenti 30 saat)



Ya Allah, bebaskanlah saudara-saudara kami yang ditawan, Ya Allah, bebaskanlah mereka, Ya Allah, berilah kekuatan kepada mereka, Ya Allah, Teguhkanlah keimanan mereka, Ya Allah, jadikanlah segala kemungkinan untuk mereka, Ya Allah, urusilah orang-orang yang menyiksa mereka. (Lagi) Ya Allah uruskanlah orang-orang yang menyiksa mereka, Ya Allah hapuskanlah mereka dengan kuasa-Mu dan Kekuasaan-Mu,Ya Allah, jadikanlah perancangan mereka menentang kami sebagai sebab kepada kehancuran mereka, Dan kelicikan mereka, sebagai kelicikan terhadap mereka, Ya Allah, Tuhan sekalian alam, Yang Maha Hidup, Yang Maha Berkuasa, Yang Maha Besar dan Yang Maha Pengasih, Yang Mendengar segala doa, Yang terdekat, untuk menerima doa, Kami berdoa kepada-Mu, menyedari janji-janji- Mu, dan penerimaan-Mu. Kerana Engkau telah berfirman dan kata-kata-Mu adalah benar: "Mintalah kepada-Ku, Aku akan menerima permintaanmu", Ya Allah, terimalah doa kami, (lagi) Ya Allah, terimalah doa kami.

Ya Allah, Yang Maha Kekal, Yang Maha Agong, Yang Maha Berkuasa di atas segala yang ada di langit dan bumi, kami memohon agar Engkau selamatkan al-Aqsa daripada kejahatan Yahudi, (lagi) Ya Allah, selamatkan al-Aqsa daripada kejahatan Yahudi, Ya Allah, bebaskanlah al-Aqsa daripada setiap kegelapan hati orang-orang kafir, Ya Allah, rehatkanlah kami dalam membebaskan Aqsa, dan kalahkanlah dendam Yahudi, Ya Tuhan yang Maha besar lagi Maha Pengasih, Seluruh makhluk merendah diri kepada-Mu, patuh, ... Ya Allah, Penciptakami dari satu ruh, Ya Allah, Yang Maha Tinggi kedudukan-Mu, Ya Allah, Yang mempunyai kekuatan yang Maha Kuat, kami memohon kepada keagongan Islam dan umat Islam.Ya Allah, Yang Maha Hidup, Yang Maha Berkuasa, Ya Allah, lindungilah para ulama yang berkerja keras (lagi) lindungilah para ulama yang berkerja keras, Dan teguhkanlah mereka yang ikhlas menyeru manusia pada jalan-Mu, Dan angkatlah kedudukan mereka yang menyeru kepada yang maaruf dan mencegah dari yang mungkar, Dan anugerahkanlah keampunan yang sama kepada umat Islam yang menyertai mereka.

Ya Allah, Yang Maha Hidup, Yang Maha Berkuasa, Ya Allah, Yang Maha Besar lagi Maha Pengasih, Ya Allah, dia yang menyerah diri untuk menghancurkan mereka, Yang bercakap untuk memburukkan kehormatan mereka, Dan mencari tempat perlindungan mereka, Dan mereka yang tidak Engkau berikan petunjuk, Ya Allah, jadikanlah kesengsaraan destini mereka, Ya Allah, kekacauan di jalannya, Ya allah, tukarkanlah kesihatan mereka kepada kesakitan, Dan kekuatan mereka kepada penyakit, Dan kekayaan mereka kepada kemiskinan, Dan kekuasaan mereka kepada kelemahan.Amin Ya Rabbal 'alamin!

## sumber :
http://www.tranungkite.net/v7/modules.php?name=News&file=article&sid=5246http://ambuyatel-binangkit.blogspot.com/


Wassalam.

Cara Wanita Berjalan

Edit Posted by Anonymous with 5 comments
Assalamu'alaikum dan salam sejahtera..

Di sini ada sedikit info yang hendak saya kongsikan bersama. Agak menarik, hanya untuk bacaan sahaja... bukan untuk mempercayainya.

1. Jika berjalan, dari belakang kelihatan seperti tidak memijak tanah. Golongan wanita yang jalannya berginjat, konon wanita ini adalah wanita yang tidak jujur, kalau berbual, mulutnya laser dan menyinggung perasaan orang lain. Wanita yang berjalan seperti ini juga terkenal dengan sikap egonya. Lebih parah, wanita ini biasanya pemboros atau suka membazir wang tanpa berfikir sebelum berbelanja. Padahal, wang yang dimilikinya itu masih banyak kegunaannya. Tapi jangan berkecil hati, kerana wanita seperti ini biasanya menjadi pujaan ramai lelaki.

2. Jika berjalan, sering menoleh ke kanan and kiri. Wanita seperti ini biasanya pandai menyimpan rahsia. Walaupun ramai yang menganggap wanita seperti ini tidak jujur, suka menipu teman sendiri,dan merugikan teman bualnya, namun, ramai lelaki yang berusaha untuk menakluk hatinya. Konon wanita seperti ini senang diatur dan diuruskan.

3. Jika berjalan suka menunduk. Cara berjalan melambangkan wanita seperti ini memiliki sifat yang tertutup. Ia hanya akan berbual dengan orang-orang yang rapat dengannya dan boleh dipercayai untuk menyimpan rahsianya. Wanita seperti ini biasanya sukar untuk ditakluk hatinya. Disamping sikapnya yang dingin, wanita seperti ini tidak peduli dengan kehidupan cinta. Namun, jika ada lelaki yang berjaya menawan hati wanita dengan cara berjalan menunduk ini, dijamin akan mendapat kebahagiaan. Sebab, wanita jenis ini sangat setia, dan dia tidak akan mengkhianati lelaki yang dicintainya.

4. Jika berjalan menatap lurus ke depan. Wanita seperti ini biasanya memiliki pendirian yang teguh, bukan senang hendak menggoncangkan imannya. Jangan sekali-sekali menentang apa yang pernah dikatanya, jika anda tidak mahu mendengar dia berleter panjang lebar. Meski pendiriannya teguh, tapi dia selalu berselisih pendapat. Jangan hairan jika wanita seperti ini hanya mahu berbual dengan orang yang berpengalaman luas.

5. Jika berjalan badan bergerak ke kanan dan kiri. Wanita yang berjalan dengan gaya yang sedemikian tidak ambil kisah dengan masalah yang berlaku. Apa pun masalah yang ada dihadapannya, dia dianggap kecil. Padahal masalah itu sebenarnya memerlukan kebijaksanaan untuk diselesaikan. Kerana sifatnya yang suka ambil mudah ini, banyak persoalan yang akhirnya tidak dapat diselesaikan dan akibatnya merugikan dirinya sendiri.

6. Jika berjalan badan tampak tegak. Wanita ini tegas menentukan sikapnya sendiri. Dia tidak mahu urusan peribadinya dicampur oleh orang lain. Gaya bicaranya serius seperti ingin menunjukkan dia memiliki pendirian teguh. Yang menarik dari wanita ini, dia bertanggungjawap terhadap apa yang pernah dilakukannya. Dia menyenangi lelaki yang berdikari tanpa meninggalkan sifat-sifat romantiknya.

7. Jika berjalan seperti zirafah. Maksudnya, ketika melangkahkan kaki ,badannya ia kelihatan bergerak ke depan dan ke belakang. Wanita jenis ini sangat lemah perasaannya. Dia seorang yang mudah terasa dan mudah tersinggung. Jadi, jika anda berbual dengan wanita seperti ini kenalah menjaga perasaannya agar tidak tersinggung, kerana wanita ini mudah mengalirkan air mata.

Bagi sesiapa yang mengenali saya, agak-agaknya saya berjalan bagaimana ek? Hehehehe.. Sila..sila.. bagi pendapat..

Sekian, wassalam.

Tagged by Cik Marissa Norfis

Edit Posted by Anonymous with No comments
Assalamu'alaikum and Salam Sejahtera...



#1 describe 10 things about the person who tag u



- her name Cik Marissa Norfis binti Omar Firdaus Kumar
- always smile... but sometimes I lose her smile when she sad or depress
- funny
- love to laugh
- first person who tagged me
- big as I am

- 'slumber' yaaayyaaa
- sometimes 'blur'
- the way she walk... cute! Ahahahaha~~~
- helpful and kind-hearted person



#2 describe 10 things about you



- the eldest among 4

- just love to talk

- fall in love with sleeping habit

- particular person (especially in writing aspect)

- sometimes 'sengal'

- moody

- hard to smile to people I don't even know

- love to laugh with my friends

- ego.. (I guess..hohoho)
- like Cik Marissa said.. Hate liars!



#3 at the end you need to choose 10 people to be tagged and list their names.

- Syahril Azeem Ong (TKD)

- Najmie (TKD)

- Kak Fani (TKD)

- Kak Atiqah (TKD)

- Adam Malik (TKD)
- Fikri Aziz (TKD)

- Jumain (Senandika)

- Eqa (Senandika)

- Safuan (PETAKOM)

- whoever read this, please reply yah.. muahahahahaha..



Wassalam.