Tuesday, December 18, 2012

Aku tengah ada mood nak tulis blog

Edit Posted by Anonymous with 1 comment
.. tapi masalahnya tak ada idea !!! tekanan jiwa~ huh. dan aku juga laparlah.

Saturday, August 11, 2012

Petua : Mengecilkan liang pori pada wajah

Edit Posted by Anonymous with 2 comments

Assalamu'alaikum and morning all..

Ok, aku baru lepas meng-gugel-kan macam mana nak kecilkan liang pori pada wajah. Sebenarnya, ni second time aku cari pasal ni. Sebab? Liang pori pada wajahku besar laaaa... ;(   *agak mengganggu pandangan mata tapi takde la beriya and taksub giler kan*

So, I want to share something lah with you all and utk diri sendiri of course, walaupun belum pernah cuba. Tapi akan dicuba. Bila nak cuba tu yg wallahu'alam.... malas dengan rajin je ceritanya. Dari pembacaan aku, jadi aku rasa cara terbaiknya :

1. Steamkan muka sendiri dalam 15 minit dengan mengambil besen, bubuh air panas dan tutup kepala dengan towel supaya wap-wap tu tak merebak kat luar. Bagi kena muka saja. Tujuannya nak buka liang pori pada wajah sehabis-habisnya. Fuh! 

2. Kemudian, cuci muka dengan facial cleanser. 

3. Pakai Toner @ Penyegar yang sejuk dengan tisu muka untuk tutup dan kecilkan liang roma. Nak best try bubuh ice cube jom? Ice cube sesuai untuk kecilkan liang pori tu..

4. Pakai scrub 2 @ 3 kali dalam seminggu. Lepas pakai srub je tempek mask. Mask ni pula aku rasa boleh cuba 2 cara :

a. clay mask. Selain kecilkan pori boleh juga untuk tanggalkan blackhead and whitehead. Boleh cari katfarmasi or mana-mana tempatlah yg korang rasa ada  *aku pun tak tahu apa menatang clay mask ni tapi depa kata ada brand Mary Kay Botanical Mask la, ada Khiels la, yg ni tentulah berduettt kan*

b. Yang ini cara 'orang kampung' sikit. Ambil 2 sudu mayonese + perahan lemon. Then, sapukan pada wajah sebagai masker dan juga sebagai pelembap wajah.


Ahaaa.. itu sajalah ceritanya hari ni. Gonna try someday. Hehehe.. Ada bran? Siapa rasa nak cuba, I wish all the best :D


Sunday, August 5, 2012

Petua : Menghilangkan 'sunburn' di muka

Edit Posted by Anonymous with No comments

Assalamu'alaikum.. Hari ni saja aku buang tabiat nak share petua yang aku baca dari internet. Rupanya banyak je barang-barang di rumah *sudah confirm murah* berbanding dengan produk yang dah ready kat pasaran.

Korang mesti pernah rasa kan 'sunburn' terutama sekali lepas balik dari pantai.. mandi laut. Perghhh! Pedih aw aw aku rasa. Nak pegang pun 'terasa' bangat. Warna muka pula macam kena bakar.. macam kena panggang pun ada. Jadi di sini, petua nak hilangkan 'sunburn' ni :

1. Ambil sebiji tomato dan belah dua.

2. Ambil separuh biji tomato yang telah dipotong tadi dan picit buah tomato perlahan-lahan. Lepas tu tekapkan perlahan-lahan kat seluruh muka. Bukannya apa.. dah la muka tengah pedih aw aw, so buatlah perlahan-lahan takut sakit.

3. Masa tekap kat muka ni, mungkin ada masanya korang rasa kulit korang gatal. Tapi, awas! Sila tahan diri dan jangan garu. Ok?

4.  Biarkan sehingga betul-betul kering. Kemudian, bilas dengan air biasa.

5. Bila dah bersih, ambil air sejuk dalam peti ais @ ais ketul yang jadi air sejuk *mau yang sejuk gilerrr punya tuh* then lalukan air tu di muka. Buat sampai air sejuk habis.

6. Dah siap, air kat muka tu jangan dilap. Biarkan kering sendiri di muka.

7. Dah habis!

Keberhasilannya, wallahu'alam.. Aku tak pernah buat lagi benda alah ni. Almaklumlah, pantai pun aku jarang2 pergi. Khemah2 ni pun jarang. Tapi InsyaAllah aku akan cuba petua ni kalau jadi kat aku.

Kalau korang pernah cuba, share2 lah yek experience korang? :D

Tomato yang chumel
Adios :)

Saturday, July 7, 2012

Blouse/Top in Da House yaww~

Edit Posted by Anonymous with No comments
Assalamu'alaikum & Salam sejahtera buat semua..

Kali ni saya ada ready stock terbayek punya utk anda. Jom shopping ramai-ramai !~ Harga berpatutan.. Blouse/Top yang nice... Umph lagi ! Semua harga TERMASUK postage. So, anda tak perlu risau kos tambahan kalau anda menetap di Sabah/Sarawak.. Haaa, special bukan? Apa lagi, jom terjah !

Eh, sebenter mbak. Ada lagi yang special.. Kalau anda beli 2 pcs, maka 20% diskaun pasti menjadi milik anda! Menarik, kan? =)


Code : BS 04-A
Colour : White
Status : Available


RM 34 including postage


Code : BS 03-A
Colour : Peach
Status : Available

RM 34 including postage


Code : BS 02-A
Colour : Purple
Status : Available

RM 34 including postage



Code : BS 01-A
Colour : Grey
Status : Available

RM 34 including postage



Ouch! Item has been SOLD.. sorry~
Code : BS 02-B
Colour : Peach

RM 34 including postage



Code : BS 01-B
Colour : Black
Status : Available

RM 34 including postage



Code : BS 01-C
Colour : Peach
Status : Available
** I would recommend this to L-size girl **

RM 35 including postage



Code : BS 02-C
Colour : Light pink
Status : Available
** I would recommend this to L-size girl **

RM 35 including postage


Code : TP 01-B
Colour : Dark brown
Status : Available


RM 34 including postage

Material : Cotton
Bahu : 14 inch
Lengan : 26 inch
Labuh Baju : 30 inch



Ouch! Item has been SOLD.. sorry~
Code : TP 01-A
Colour : Coffee

RM 33 including postage



Ouch! Item has been SOLD.. sorry~
Code : TP 01-C
Colour : Black

RM 33 including postage


Berminat ? Apa lagi.. SMS/call lah saya, Syafiqah 017 486 9859 / 013 584 1989. Saya lebih prefer SMS, senang nak rujuk rekod. Kalauuuuuuu lah segan sangat-sangat pun nak SMS/call saya, janganlah segan-segan untuk emel saya pertanyaan/tempahan lanjut di syafiqahtermidi@gmail.com

P/S : Serious buyer only!

Thanks for the view, guys ;D







Wednesday, July 4, 2012

Sudah 2 Orang

Edit Posted by Anonymous with No comments
Hi and hi and hiiiii lagi.. assalamu'alaikum.

Tadi aku bersembang chat dalam Facebook sekejap dengan kawan sekelas masa Tingkatan 5 dulu, Diyanah. Dah kahwin dan mempunyai seorang anak pun. Saja.. cerita ceriti semula kisah kenangan-kenangan yang lalu.. Terutamanya melibatkan arwah 'abang angkat' aku, Allahyarham Abang Hanif a.k.a kekasih hati Diyanah ni.

Baru sekarang ni aku buka cerita pada Diyanah mengenai mimpi aku masa mula-mula arwah tinggalkan kami. Diyanah pun cerita mimpi dia juga. Apa yang aku rasa ajaibnya, keadaan Abang Hanif dalam mimpi kami serupa, tapi situasi berbeza.

Menurut Diyanah, dia mimpi arwah pimpin tangan dia untuk pergi ke suatu tempat. Bila ditanya hendak pergi mana, arwah hanya senyum tidak menjawab.. Tapi dalam mimpi tu, Diyanah yang menangis sempat rentap tangan dia dan lepas tu, terjaga. Tempat tu putih saja..

Cerita aku pula, 3 malam aku menangis sepemergian arwah.. Malam terakhir aku menangis, aku mimpi arwah. Kelilingnya putih bercahaya, selain dari itu gelap. Arwah senyum pada aku.. walau tidak bersuara, tidak menuturkan kata melalui bibir, tapi aku tahu apa yang arwah nak sampaikan pada aku. Pesannya, jaga diri. Huhuhu..

Cerita Diyanah lagi, ayah arwah pun pernah mimpi arwah berjubah, berkopiah putih, dan di dalam masjid. Juga senyum tidak bercakap. Semua mimpi-mimpi kami arwah tidak bercakap, tidak bertutur, tapi senyum.. Ajaib kan? Arwah memang sangat baik.. tiada galang ganti. Aku mentafsirkan sendiri mengikut pendapat aku, arwah bakal ahli syurga.. InsyaAllah.

Sebelum arwah ada hubungan istimewa dengan Diyanah, aku pernah ada hati sekejap dengan arwah. Ada hati yang biasa-biasa saja.. tidak menzahirkan. Orang kata, admire gituuuuu.. *pengakuan berani mati ni. Kepada kawan-kawan lama aku yang membaca terutama Atiyah + Diyanah, usah dikata apa-apa ya.. miahahah* Last-last decide, dia tetap 'abang' aku. Okay, ini pertama.

Masa aku kat matrik dulu, aku pernah minat seorang classmate aku ni, Aizat. Admire gituuuu... Juga sudah meninggal dunia.. kemalangan moto. Sama macam arwah Abang Hanif.. Arwah ni nakal sedikit, tapi masih tetap baik. Arwah jaga hati kawannya yang seorang ni *aku la tu* walaupun dia terpaksa menipu. Mula-mula, rapat juga dengan dia.. Tapi makin lama, makin renggang sebab ada orang lain dah syok kat dia. Kunun bagi peluanglah ni, walhal aku chillexxx je =)

Masa dengar berita pemergian arwah *masa ni aku kat UMP dah*, sangat-sangat-sangat-sangat tidak disangka-sangka.. sebab a few months back aku ada berhubung dengan dia. Menangis jugalah kan, sebab orang yang pernah kita rapat. Ada hati lagi pula tu. Aku sampai SMS ke nombor lama arwah, pesan pada keluarga dia jangan ditutup nombor telefon tu. Alhamdulillah.. permintaan aku ditunaikan. Walau sudah bertahun arwah pergi, SMS aku tetap masuk dalam handphone dia dan keluarga arwah kadang-kadang balas mengucapkan terima kasih sebab masih ingatkan arwah..

Inilah 2 orang yang pernah aku simpan rasa, dan telah pun pergi selama-lamanya.... Takkan sesekali kembali. Semoga tenang roh di sana, menjadi kalangan ahli syurga, dan mari sama-sama sedekahkan Al-Fatihah untuk kedua-duanya, Allahyarham Abang Hanif dan Allahyarham Aizat. Al-Fatihah~

Aku ucapkan terima kasih kepada yang sudi sedekahkan al-Fatihah..

Apa-apa pun, semuanya dah menjadi kenangan dan sebahagian dari perjalanan hidup aku. Kenangan yang *tengah buat thumbs up ni.. nampak takkkkk?? *

Adios.