Thursday, April 16, 2009

Hatiku MilikMu (Bhg 9)

Edit Posted by Anonymous with No comments

Maziah menyergahnya.

‘’Tiba-tiba berkhayal, ye?!Fikirkan masa depan? Jangan bimbang, nti wanita solehah, tentu mendapat suami yang soleh juga. Moga-moga di kalangan sahabat,’’ Maziah mengusik. Dia pula mengimbas sesuatu. Ibunya berjumpa Dr. Sal dan ibu Asiah Yusro seminggu yang lepas. Ibu-ibu mereka berkawan baik dengan Dr. Sal sejak mereka sama-sama menuntut di universiti yang sama. Tujuan mereka adalah merisik Asiah Yusro untuk abangnya, Hassan Al-Banna. Namun, ianya diluar pengetahuan Asiah Yusro.Maziah sudah lama menduga abangnya menaruh hati terhadap teman baiknya sebelum abangnya itu  berani menyuarakan hasrat hati kepada ibu. Ibu merekalah yang telah meminta gambar dan biodata Asiah Yusro daripada mas’ulah Asiah Yusro iaitu Dr Sal.

"Bang Umar, baliklah pada Fika. Fika rindu abang Umar yang Fika kenali dulu,’’ Fika terus memujuk rayu. Handset Umar sentiasa berirama dengan mesej dan panggilan daripada gadis itu.

‘’Fika, kita dah tak de apa-apa lagi. Berapa kali orang nak cakap,’’

‘’Abang, sampai hati abang! Takkan semudah ni abang nak tinggalkan Fika? Abang tak kasihankan Fika? Apa salah Fika pada abang?’’ terdengar suara tangisan Fika. Hati Umar terusik.

‘’Abang, Fika selalu jadi mangsa cinta lelaki. Selepas Fika dah menaruh harapan tinggi, senang-senang je lelaki nak tinggalkan Fika. Fika ingat Fika dah jumpa cinta sejati selepas menemui abang, tapi rupanya Fika silap. Abang pun sama macam jantan lain. Abang langsung tak kasihankan Fika?’’ Umar terus diracuni pujuk rayu dan tangisan Nur Syafika. Berbisa sungguh tangisan seorang wanita di hati seorang lelaki.

‘’Fika, abang pun masih sayangkan Fika. Tapi, abang tak boleh terima bila perhubungan kita ni atas jalan yang salah, jalan yang Allah tak redhai. Abang mengakui, abang lemah menghadapi godaan Fika. Abang tak nak peristiwa tempoh hari berulang lagi. Fika harus faham, jika Fika sayangkan perhubungan ni, Fika kembalilah mencari Allah. Bila hati kita sama-sama mencari Allah, barulah kita masih ada peluang untuk hidup bersama,’’

‘’Abang, bimbinglah Fika,’’terus merayu.

‘’Apa yang mampu abang lakukan. Pergaulan kita terbatas kerana kita adalah mahram. Kalau Fika betul-betul hajatkan bimbingan, Fika carilah seorang pelajar bernama Asiah Yusro. Abang yakin dia boleh bimbing Fika. Kalau tak silap abang, dia selalu hadiri kuliyah Tazkiyatul Nafs oleh Dr. Azmin setiap Ahad malam di department abang,’’

                *********************************************************

‘’Banna, ana tak tahan bila selalu dipujuk Fika. Ana kasihan kat dia. Ana rasa nak kahwin dengan dia,’’ Umar meluahkan kepada Banna ketika menziarahi Banna di biliknya.

‘’Umar, ana tengok nta tak pernah nak berkongsi dengan mas’ul kita tentang masalah nta ni tiapkali diadakan smart group. Kejap lagi Dr Azmin  datang.  Masalah nta ni rumit. Nta perlu ada  syuur perkongsian dengan mas’ul kita. Insyaallah dia boleh bantu,’’. Smart group minggu ini diadakan di bilik Banna. Selang beberapa minit mereka asyik berbual, Dr Azmin pun datang. Mereka bersalam berpelukan.  Tidak lama kemudian Hanif, Hizbi, Syamil dan Faizi turut menyusul. Kali ini, Umar berkongsi masalahnya dengan sahabat-sahabatnya dalam smart group. Setelah mendengar luahan Umar, masing-masing tampil memberikan hujah bernas untuk menolong Umar menyelesaikan masalahnya. Umar terharu dengan pandangan-pandangan ikhlas sahabat-sahabatnya.

 

‘’Umar, kita kena sedar matlamat kita yang nak dicapai. Perjalanan kita masih terlalu jauh dan berliku. Untuk mencapai matlamat mardhotillah yang kita idam-idamkan, kita perlukan teman yang solehah dalam membina baitul da’wah. Generasi yang nak dilahirkan adalah generasi yang boleh mewarisi da’wah kita ini,’’ Syamil berhujah matang.

‘’Kenapa nak cari orang luar sedangkan sahibah kita ramai yang tak kahwin lagi?’’ Faizi menduga.

‘’Sebenarnya, ana dah cuba tackle sorang sahibah, tapi dia langsung tak layan. Ana tahu ana tak layak untuk sahibah tu. Dia terlalu baik untuk ana. Ana ni siapa, banyak dosa! Ana betul-betul serik nak tackle sahibah lagi. Mereka semua wanita mulia,’’ wajah Asiah Yusro bermain di minda Umar.

‘’Nta terlalu cepat membuat kesimpulan daripada pengalaman yang nta lalui. Mungkin cara nta tak berapa kena membuatkan sahibah tu belum terbuka lagi untuk menerima nta saat tu. Nta patut cuba lagi dengan perantaraan mas’ul kita atau ibubapa. Mungkin cara tu lebih syaro’ dan boleh diterima olehnya,’’ Banna menasihatkan.

‘’Ye, kita kena jaga syaro’. Lelaki tak boleh dekati perempuan dan perempuan tak boleh dekati lelaki terlalu rapat walaupun dah bertunang sekalipun. Hanya perkahwinan yang menghalalkan semua tu.’’ Faizi menyokong. Umar terdiam seketika.

 

‘’Ana sedar. Itulah dosa yang ana buat dengan Fika. Semuanya setelah ana putus asa tackle sahibah tu. Kalaulah ana masih di Sekolah Taman Islam, tentu ana tak jadi macam ni,’’ sesalan Umar tidak sirna.

‘’Umar, kat sini baru kita boleh nampak kualiti sebenar diri kita. Kita harus sedar bahawa kita takkan selamanya berada dalam suasana seperti di Taman Islam. Di sinilah kita perlu berperanan untuk mengubah apa jua suasana yang kita lalui dan menjadikannya sebagai suasana mendidik, suasana tarbiyyah. Kita tak nak larut dengan suasana, seterusnya menjadi sembelihan kepada sistem,’’ Syamil tak lupa memainkan peranannya.

‘’Ana rasa nta tak boleh go on dengan Fika walaupun dia kata dia nak berubah. Nta ibarat permata yang gemilang untuk Islam. Nta kena cari sahibah,’’ Hizbi mengemukakan pendapat peribadinya.

‘’Apa pendapat Dr.?’’ Hizbi bertanya pendapat Dr. Azmin yang cuma diam berfikir. Mas’ul sudah tentu banyak pengalaman.

‘’Ana malu nak menyuruh nta cari sahibah kerana ana sebagai mas’ul pun cari orang luar dulu. Tapi Alhamdulillah, dia dah mula ada kesedaran tarbiyyah dan da’wah. Tambah-tambah lagi bila ana kahwin lagi satu dengan seorang sahibah. Banyak dia dapat manfaat daripada isteri kedua ana. Alhamdulillah mereka boleh hidup rukun damai, sama-sama berusaha mencetak pewaris da’wah daripada zuriat kami,’’ mas’ul mereka meluahkan. Mereka semua memandang tepat anak mata Dr Azmin yang jernih berkaca.

‘’Walaubagaimanapun, ana sangat-sangat bersetuju dengan saranan untuk mencari sahibah sebagai sayap kiri perjuangan. Ana dah lalui, kahwin dengan orang luar dan sahibah ni banyak bezanya. Bayangkan wanita yang tak lalui tarbiyyah dan kurang persiapan Islam menyebabkan beban da’wah kita lebih berat dalam baitul da’wah. Tarbiyyah untuk zuriat kita pun akan turut tergugat. Siapa lagi kalau bukan kita yang terpaksa pikul semua tu?’’ Dr Azmin berkongsi pengalaman berharga.

‘’Sekarang ni pun, ada beberapa orang sohibah kita yang masih tak kahwin. Siapa lagi yang nak selamatkan mereka daripada terlepas ke tangan orang yang tak faham tarbiyyah dan da’wah kalau bukan kamu semua?’’ Masing-masing terdiam.

‘’Antum semua dah di tahun akhir. Perkahwinan makin dekat dengan antum. Sekarang ni, ada seorang sohibah yang dipaksa kahwin oleh orangtuanya yang kurang faham. Dia lebih tua dari antum. Orangnya tak de rupa sangat, tapi agamanya, Masyallah….. Ada yang sanggup?’’

‘’Ana!’’ serentak Syamil, Faizi dan Hizbi menyanggupi. Banna, Umar dan Hanif terdiam seolah-olah sudah ada pilihan hati. Dr Azmin tersenyum.

‘’Bagus. Ramai yang sanggup. Ramai sahibah yang kan terselamat jika sahabat seperti kamu sanggup mengorbankan kepentingan diri. Kita tak boleh memilih dengan mengikut suara nafsu. Nafsu sudah tentu nakkan yang cantik dan pandai menggoda sahaja. Di mana kita letakkan matlamat kita ketika tu?’’ Dr Azmin membuka minda mereka.

 

‘’Ana sebenarnya bukan tak nak kahwin sahibah tapi…’’ Hanif meluahkan isi hati sambil memandang wajah Banna. Sudah lama dia memendam rasa tidak puas hati apabila keluarganya merisik adik kembar Banna untuknya. Banna mengkeriukkan dahi. Hanif faham Banna pelik dengan kenyataannya.

‘’Teruskan Hanif….’’ Sambung Banna, penuh minat untuk tahu.

‘’Entahlah, ana tak sangka keluarga ana berkenan dekat Maziah, adik Banna. Zaman kecil-kecil dulu, ketika keluarga kami saling menziarahi, ana selalu ejek Maziah sebab selalu pakai baju terbalik. Pakai kain pulak senget. Masa zaman sekolah menengah pulak, ana tahu Maziah jenis tak suka belajar masak. Kebanyakan sahibah ni aktif, tentu ramai yang tak pandai masak. Rasa tak percaya bila ana kena jadi suaminya,’’ Hanif mengkritik tanpa berselindung.

(Fathil separuh gila sukakan Maziah, dia ni pulak nak sia-siakan peluang. Entah, tak faham aku dengan dunia ni!)hati Umar berbisik.

0 comments: