Saturday, September 26, 2009

Contact Lense

Edit Posted by Anonymous with No comments

Semalam buat pertama kalinya aku mula pakai contact lense. Nampak orang pakai macam senang aje kan. Tapi bila cuba, mak oii... susah juga ya. Ish, kalau tak kerana nak tukar lense kat spec aku tu mahal, tak adalah aku beli & pakai contact lense ni. Tengah pokai pula tu. Almaklumlah, muka dah expired nak dapat duit raya... Inilah padahnya.

Berbalik cerita contact lense, aku telah diberi penerangan dan amanat oleh optometrist tu mengenai contact lense. Tak cukup dengan itu, siap beliau ajarkan lagi. Lengkap dengan praktikal tu.. Masa nak masukkan contact lense kali pertama, berdebor-debor aje rasanya. Dup dap dup dap.. Risau mata aku rosak. Tapi aku gagahi juga. Hampir 4-5 kali jugalah mencubanya. Tak putus asa lagi. Dalam hati sebenarnya masih risau tentang amanat-amanat yang bagi aku agak menggusarkan hati. Antara amanat-amanat yang perlu diingat & diamalkan :-

1) Tangan mesti dicuci bersih terlebih dahulu sebelum memakai dan membuang contact lense. Khuatir bakteria ke, kuman ke, bendasing yang tak patut, melekat pada contact lense tu. Contact lense pula sifatnya menyerap. Sakit dan pedih mata. Kalau tak jaga, boleh mendapat ulser kornea.

2) Perlu pakai contact lense dulu SEBELUM make up. Buang contact lense SELEPAS tanggalkan make up. Tak boleh tenyeh mata bila dah pakai contact lense.

3) Pemakaian contact lense untuk hari pertama sebaik-baiknya hanya 4 jam sahaja untuk menyesuaikan mata dengan lense tersebut. Hari kedua tambah lagi 2 jam. Bila dah selesa, maksimum pemakaian dalam sehari adalah 8 jam, selama sebulan.

4) Buangkan terus jika contact lense terkoyak walaupun sedikit. Cepat-cepat tanggalkan contact lense jika mata merah. Tidak boleh dibawa tidur, kerana mata akan sakit dan pedih sebab contact lense tak dapat oksigen yang cukup.

5) Casing mesti letak ditempat yang kering dan perlu selalu bersihkan. Setiap kali pemakaian contact lense, solution dalam casing perlu ditukar. Elakkan pemakaian di tempat yang ada air-cond. Solution tahan hanya 3 bulan selepas pembukaan pertama. Bulan ke-4 perlu ditukar walaupun solution yang lama masih ada.

Itulah antara amanat-amanat Kak Jamilah optometrist tu... Huhuhuhu.. Ingat? Tak ingat? Ingat ke??

Alhamdulillah... =)