Monday, November 16, 2009

Kerana Dia Seorang Wanita~

Edit Posted by Anonymous with No comments

Seorang anak laki-laki kecil bertanya kepada ibunya "Mengapa ibu menangis?"

"Kerana aku seorang wanita", kata sang ibu kepadanya.

"Aku tidak mengerti", kata anak itu.

Ibunya hanya memeluknya dan berkata, "Dan kau tak akan pernah mengerti".

Kemudian anak laki-laki itu bertanya kepada ayahnya, "Mengapa ibu suka menangis tanpa alasan?"

"Semua wanita menangis tanpa alasan", hanya itu yang dapat dikatakan oleh ayahnya.

Anak laki-laki kecil itu pun lalu tumbuh menjadi seorang laki-laki dewasa, tetap ingin tahu mengapa wanita menangis.

Akhirnya ia menghubungi Tuhan, dan ia bertanya, "Tuhan, mengapa wanita begitu mudah menangis?"

Allah berfirman:

"Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia; namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan "

"Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya "

"Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh "

"Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya "

"Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya "

"Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu"

"Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan dan ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan."

Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya. Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya.. Tempat dimana cinta itu ada.


Setiap Wanita itu Cantik~

Wallahu'alam.

Sunday, November 15, 2009

33 Larangan Rasulullah S.A.W. Terhadap Wanita

Edit Posted by Anonymous with No comments
Assalamu'alaikum & salam sejahtera.. sekadar berkongsi ilmu.

Secara ringkasnya :

1. Wanita mendedahkan aurat.

2. Wanita berpakaian menyerupai lelaki.

3. Wanita bergaul bebas dengan lelaki bukan muhrim.

4. Wanita bersalaman dengan lelaki bukan muhrim.

5. Wanita berpakaian menyerupai pakaian orang kafir.

6. Wanita menyambung rambut.

7. Wanita mencabut, mencukur, atau menipiskan alis.

8. Wanita mengikir gigi.

9. Wanita melakukan tatu.

10. Wanita melihat aurat sesama wanita atau bergabung dalam satu pakaian.

11. Wanita melakukan musahaqah (lesbian).

12. Wanita memakai wangian agar dikagumi orang lain.

13. Wanita memasuki pusat rawatan kecantikan awam.

14. Wanita berkhalwat dengan lelaki bukan muhrim.

15. Wanita tidak melayani kehendak suami.

16. Wanita menceritakan rahsia hubungan suami isteri kepada orang lain.

17. Wanita menerima tetamu lelaki bukan muhrim tanpa izin suami.

18. Wanita keluar dari rumah tanpa izin suami.

19. Wanita membenci dan menyakiti hati suami.

20. Wanita mengingkari perintah suami yang baik.

21. Wanita bermusafir tanpa muhrim atau suami.

22. Wanita menceritakan sifat wanita lain kepada suaminya.

23. Wanita puasa sunat tanpa izin suami.

24. Wanita menginfak harta suami tanpa izinnya.

25. Wanita kufur terhadap kebaikan suaminya.

26. Wanita menyumpahi anak.

27. Wanita memaksa suami menceraikannya.

28. Wanita memakai pakaian mas dengan sombong dan megah.

29. Wanita menyakiti jiran tetangga.

30. Wanita mencakar dan merobek pakaian ketika mendapat musibah.

31. Wanita meratapi kematian.

32. Wanita berkabung atas kematian seseorang melebihi 3 hari.

33. Wanita menziarahi kubur diiringi tangisan.



Sumber :
"33 Larangan Rasulullah S.A.W. Terhadap Wanita"
Penerbit : Al-Hidayah Publications
Disusun oleh : DRS. Haji Hanafi Mohamed, MA