Saturday, May 30, 2009

MASUM 2009

Edit Posted by Anonymous with No comments
Bermula 21 Mei 2009, team aku, team taekwon-do, bersama team sepak takraw dan team squasy, bertolak ke Universiti Utara Malaysia. Kami perlu berkumpul di Kompleks Sukan UMP jam 8.30 malam untuk sampai awal pagi di UUM. Tapi, macam biasalah, nama pun janji Melayu, jam 9.30 malam baru betul-betul bertolak. Untuk pertama kali, aku menaiki bas baru UMP.. Hehehehe.. Tak biasa naik lagi. Yang menaiki bas tu cuma team taekwon-do, 2 orang dari team squasy, Sir Raja (jurulatih taekwon-do) bersama 2 orang driver. Best2.. Sebab lapang gila! Nak tidur senang, nak letak barang senang. Ngeh3... Bas yang satu lagi ramai sedikit, dan semuanya lelaki.


Aku kira, pemandu bas bawa agak laju sebab kami tiba di UUM lebih awal dari yang dijangka. Tak apalah, lebih cepat sampai, lebih mudah. Tapi nasib baik juga pemandu bawa cermat walaupun laju. Erk.. Boleh pakai ke ayat tu? Huhuhuhu...

*Terlalu lama post ni aku biarkan sebagai draft. Sekarang dah tak tahu nak cerita apa. Hahaha. Tapi yang pasti, lebih banyak duka dari suka ;) *


Monday, May 18, 2009

Doa Seorang Anak

Edit Posted by Anonymous with 2 comments
Suatu keheningan pagi, si anak terjaga dari tidurnya... Mimpi yang baru saja dialami menggetarkan jiwa si anak. Dia berharap apa yang dimimpikan sebentar tadi tidak menjadi kenyataan... Lalu, si anak ini pun berdoa :

"Ya Allah Ya Tuhanku, panjangkanlah umur ibuku. Lanjutkanlah tempoh ibadah ibuku. Matikanlah ia dalam keimanan...."

"Ya Allah Ya Tuhanku, panjangkanlah umur ayahku. Lanjutkanlah tempoh ibadah ayahku. Matikanlah ia dalam keimanan...."

"Ya Allah Ya Tuhanku, panjangkanlah umur opahku. Lanjutkanlah tempoh ibadah opahku. Matikanlah ia dalam keimanan...."

"Ya Allah Ya Tuhanku, panjangkanlah umur adik-adikku. Lanjutkanlah tempoh ibadah adik-adikku. Matikanlah mereka dalam keimanan...."

Selesai berdoa, si anak terlalu berharap agar doanya diperkenan-Nya. Kerana si anak terlalu bimbang kehilangan semua insan-insan yang disayanginya, terutama ibunya. Walaupun dia tahu satu hari itu akan tiba, si anak takut kehilangan dan tidak dapat menerimanya. Mungkinkah si anak terlalu pentingkan dirinya....?

Casting by : Aku (Si Anak)

Monday, May 11, 2009

Dah Bersarang

Edit Posted by Anonymous with 1 comment
++ MASUM 2009 ++

Penat. Takde idea. Malas mahu update. Full stop.