Tuesday, December 23, 2008

[1] Inilah dia...

Edit Posted by Anonymous with 2 comments
Assalamu'alaikum dan Salam Sejahtera..


Aku kembali semula! Yiieeehhhaaaa... Terima kasih yang tidak terhingga utk sesiapa yang tanya bila aku nak update blog. Huhuhuhu... ada juga yang setia follow blog aku yerk. Syukran jazilan.. (terharu). Jasa kalian membaca coretan hidupku, akan ku kenang.. Huhuhu..
Untuk post kali ini, sekadar ingin berkongsi bersama semua apa yang telah aku lalui sepanjang satu semester di bumi Pahang ini.. Dan yang pastinya, pengalaman yang menjadikan aku 'seseorang' di masa akan datang!~ Very precious.... Mungkin tak teratur aku susun ni, maaflah ya.. ting tong sikit, macam aku jugak. Wakakakakaka...



BRIGED SISWA: Pertolongan Cemas (9 Ogos 2008)

Setiap pelajar Tahun 1 (ikut kumpulan.. aku kumpulan ketiga) wajib mengambil Briged Siswa kerana dikira sebagai salah satu subjek. Briged Siswa terbahagi kepada 3 bahagian, iaitu ‘Team Building Camp’, Pertolongan Cemas, dan juga Ujian Kecergasan. Aku dah melalui bahagian pertama di Sungai Lembing. Huhuhuhu.. Lepas tu, bahagian kedua pula, Pertolongan Cemas, untuk kumpulan aku diadakan di blok W. Orang yang memberi ceramah tu pula bernama Madam Mala, seorang wanita India yang sangatlah spoting dan 'tough'… Hahaha.. Jujurnya, aku tak mengantuk langsung dalam kelas beliau walaupun malam sebelum tu tidur tak cukup. Heheheheh.. Beliau pandai merangsang pelajar untuk memberi perhatian kepadanya. Ada juga kadang-kadang terselit menceritakan pengalamannya kemalangan. Lucu sey!~ Cukup dengan gaya, ayat penceritaannya, perghhh... memang sesuailah kalau masuk pertandingan bercerita. Confirm menang! Ahahahahaha… Dekat-dekat akhir masa, kitaorang perlu praktikkan apa yang diberitahu. Inilah dia............



Masa 'Team Building Camp'


Ni kumpulan aku punya kerjalah ni. Kesian Kak Suri.. Huhuhu... Macam trojan hasil kerja kami. Ahahahahaha...



Inilah kumpulan aku, para doktor tak bertauliah... bergambar bersama 'pesakit'.. ngeh ngeh ngeh..


C16 : Sesi bergambar (12 Ogos 2008)

C16 ni nama kelas aku kalau nak tahu. Dengan jujurnya, aku suka dan bahagia menjadi salah satu warga kelas ini sebab suasananya harmoni dan diaorang semua baik-baik dan kadang-kadang mencetuskan suasana meriah… (jika nak dibandingkan dengan kelas aku semasa matrikulasi). Huhuhuhu… Yang perempuan komited, yang lelaki menggamatkan suasana. Memang best! Korang memang spoting… Untuk sesi 08/09, kitaorang perlu tangkap gambar sekelas untuk tujuan tertentu. Hari yang dijadualkan bagi kelas kami, jatuh pada hari Selasa pagi. Hari itu juga tiada kelas. Jadi, adalah beberapa ahli yang lupa (tidur ler tu…) maka terlambat ke sesi penggambaran, termasuk aku.. Ngeh ngeh ngeh… Sebab aku rasa macam dah tak sempat, aku pun mengambil keputusan tak mahu mandi. Sofie, kawan baik aku di UMP, pun sarankan aku tak payah mandi. Wuhuhuhu… Ssyyyhhh.. senyap tau! Wakakakakakaka… tapi aku tempek bedak dan bersiap seperti orang yang dah mandi dan segar. Tengok… Natural kan aku?? Hakhakhakhakhak… Inilah dia............

Hatiku berbunga ketika ini.. Entah kenapa.. Hahahahaha..


With Sofie & Shahrul holding CJ7.. Heheheh.. Best! Banyak barang-barang menarik..


Payung Cina.. Heheheh..


Inilah rakan baik di UMP, Sofie, Azie, Marissa... Sengal belaka semua ni!~ kecuali aku.. Ahahaha.. jangan mareeee...



Antara item yang menarik ada di situ... Pelik pula aku tengok gambar ni. Pakai formal, kat muka tak formal langsung. Huhuhu... Kekanak ribena sungguh!


Oh roomate2ku....

Minggu tu (aku tak ingatlah pula bila.. Huhuhu..) banyak betul janji temu aku berbuka puasa. Popularlah katakan…. Ahahahahaha.. (Perasan dowh =p). Sehari lepas berbuka puasa dengan pelajar perempuan kelas aku, C16, dekat-dekat dengan warung Arirang, aku berbuka pula dengan rakan sebilik aku, 3 orang, Syai, Meme, dan Mai. Kitaorang berbuka di kawasan yang sama tapi warung berlainan sebab kawasan tu ada lebih kurang 4-5 warung. Servisnya lambat! Huhuhuhu.. tapi sempatlah juga bersuka ria dengan tangkap gambar bersama dan melihat gelagat manusia yang membanjiri warung tu. Hehehehe.. biasalah kan, bulan puasa…. Kitaorang order nasi putih beserta lauk-lauk seperti tom yam dan adik beradiknya. Hikhikhikhik… Bolehlah tahan, dah tak kisah sedap atau tidak asalkan dapat mengisi perut yang dah mula bersyair.. Hohoho… Selepas berbuka puasa, kitaorang ke bandar Kuantan untuk beli nasi lemak yang Meme kata best. Untuk buat makan tengah malam @ sahur. Hehehehe.. Awal ek kitaorang beli. Tapi tak kisahlah. Lepas tu, balik terus.. dah tak ada plan ke mana-mana lagi sebab kena jimat duit sewa kereta ni! Huhuhuhu… Inilah dia............


Meme dan Mai.. Meme, kau muncung tengok mana tu?? Huuhu...



Syai dan Fiq..

Tom yam yang menarik dan wangi... Ahahahahaha...