Sunday, January 11, 2009

[3] Inilah dia...

Edit Posted by Anonymous with 4 comments
Sambungan dari [2] Inilah dia... =p
ANNUAL DINNER TKD : Malam Pancawarna Pahlawan (18 Oktober 2008)

Malam Pancawarna Pahlawan ni adalah annual dinner untuk UMP Kelab Taekwon-Do ITF bagi sesi 08/09. Aku salah satu jawatankuasanya, Publisiti & Siar Raya dan juga bekerjasama dengan Kak Aada. Dinner ni bagi aku sangat2 la best sebab konsepnya santai tapi gempak… Memang meriah ah! Thanks to akak Project Manager, Kak Daia. Memang brilliant lah akak! Heheheh.. Tema kitaorang malam tu, Rock Garden. Ada kisah tu di sebalik tema ni, menurut Pengarah Programnya.. Bagi aku, agak unik kenapa Kak Daia pilih tema ni. Kalau korang nak tahu, tanyalah beliau.. Hehehehe.. Kitaorang buat kat Cherating, dekat2 sejam juga perjalanannya. Bagi boys TKD, mesti korang tak boleh lupa kenangan menolak bas yang tersangkut kat becak tu kan.. Hahahahaha.. Takpe, fikir positif ya korang, boleh tambah stamina. Ahahaha.. Inilah dia............

Show junior perempuan... Pergghh... Gempak sey!~ Ahahahaha..


Kami bertujuh... huhuhu.. kasihan bila mengenangkan pengorbanan kami demi menjayakan show. Wuwuwuwu...

AJK-AJK Malam Pancawarna Pahlawan bersama jemputan VIP...



Inilah wajah para peserta yang memeriahkan malam yang penuh makna...



Ahahahahaha.. Kasihan.. Tapi terima kasihlah ya, sebab korang kita boleh pulang. Hehehehe..




FINAL PROJECT : Techical English Exhibition


Sebelum exhibition day berlangsung, setiap kumpulan perlu hantar outline dulu supaya point-pointnya nanti mengikut kehendak seperti dalam modul. Setiap seorang ahli kumpulan ada bahagian masing-masing, dari Introduction, Main Part 1, Main Part 2, Main Part 3, Conclusion. Aku dengan sukarelanya nak amik intro.. tapi yang gabra lebih aku juga. Hahahaha.. Padan muka aku! Baru rasa.. Apa yang kitaorang nak pamerkan, adalah produk yang berkaitan dengan kursus yang kita ambil. Kumpulan aku pilih untuk pamerkan laptop. Hahahaha.. Simple, tapi ada sedikit kesukaran. Alhamdulillah, takdelah sampai 'wayar putus' kami buat semua ni. Bak kata para senior yang telah melalui zaman Semester 1, “Eleh..senang je, kacang je beb!” Eheh.. Pada hari kejadian, kami berpakat nak pakai pakaian warna biru. Nasib baik corak tak sama.. kalau kat tempat aku (Penang), dah dipanggil boria dah ni... Waduhh.. Tempat : Kompleks Sukan. Yang menilai presentation kami, Madam Noli Maishara. Huhuhu.. lecturer yang cute, spoting, simple, open-minded, blaa..bla..bla.. Everything about her, aku suka!~ Huhuhu.. Luv u Madam.. Inilah dia............


Bergambar sebelum present.. mengilangkan gentar. Hehehe.. Dari kiri : Cik Marissa, Cik Azie, Cik Fiq, Cik Sofie, Cik Hana @ McNa

Ada gaya promoter tak? Hikhikhik...

Cik Marissa ni tak kisah, fluent in speaking English.. Cayalah!~

Cik Sofie.. Relax okay. Jangan gabra macam aku! Huaaahhhhh...

Sempat lagi sengih Cik Hana ni...

Inilah sahaja yang dapat aku paparkan apa yang telah aku lalui sepanjang satu semester berada di Universiti Malaysia Pahang. Walaupun bukan semua aku paparkan, ini kira antara yang besar-besar. Blog ini bakal menjadi suatu memori buat aku suatu ketika nanti. Hehehehe...

Sekian, wassalam.

[2] Inilah dia...

Edit Posted by Anonymous with No comments
Sambungan kepada yang [1] Inilah dia... Hehehe..


TEATER SENANDIKA : ‘Hangout’ Berbuka Puasa (12 September 2008)


Bagi tujuan merapatkan ukhuwwah antara pelajar senior dan junior, kitaorang pakat beramai-ramai buat ‘hangout’ masa di bulan puasa. Tempat yang menjadi sasaran, Teluk Cempedak. Bebudak Senandika ni memang dah pakat nak pegi ramai-ramai naik kereta sendiri dan juga kereta sewa. Tapi di sebabkan hari tu aku perlu keluar ke Kuantan Parade, aku lambat sikit. Maka terpaksalah sebuah kereta menantiku di Jaya Gading.. Huhuhuhu..kesian korang ek. Maaflah ya.. tugas yang memerlukan aku memberi komitmen.

Nak dijadikan cerita, kitaorang terpaksa berbuka dalam kereta sahaja sebab dah lambat sangat. Bebudak dalam kereta aku dah beli siap-siap kat Bazar Ramadhan dekat simpang Gambang. Aku pulak beli kat Bazar Ramadhan Jaya Gading… Perggghhhh… Meleleh je tengok. Rasa nak angkut semua je.. Tapi nasib baik duit sekadar yang ada saja. Kalau tidak, apa ada di situ ana yang empunya..Wahahahahaha…

Kemudian, kitaorang singgah di Masjid Sultan Ahmad 1 untuk menunaikan kewajipan kepada Yang Maha Esa. Lebih kurang pukul 8 malam, tibalah kami di Ana Ikan Bakar Restaurant, Tanjung Lumpur. Kami duduk dalam 4 meja, ada panjang, ada pendek. Hehehehe.. Makanannya, perghh… sedap bangat sampai senak aku. Malam tu memang havoc gila!~ Aku perasan juga orang keliling menjeling-jeling, memandang-mandang melihat gelagat kami. Tapi, apa nak di kata, itulah kami Senandika yang sentiasa ceria dan spoting! Semua mereng-mereng dan sewel jugak.. aku pun tak terkecuali juga. Hahahahaha… Tapi mungkin aku agak pendiam berbanding yang lain.

Selesai saja makan, kitaorang bergerak menuju ke Teluk Cempedak. Believe it or not, sepanjang aku ‘menetap’ di Kuantan ni, aku tak pernah menjejakkan kaki ke mana-mana pantai lagi jika tujuan untuk jalan-jalan atau beriadah. Huhuhuhu… Macam sedih saja bunyi. Excited juga nak tahu bagaimana Teluk Cempedak seperti yang didakwa sesetengah orang. Masuk saja kawasannya, kitaorang jadi audience kepada sebuah kumpulan jalanan yang perform malam tu. Menarik juga… Buat orang terhibur. Lepas tu, aku pergi jalan-jalan di sepanjang tempat orang menjual macam-macam benda seperti botol pasir yang ada corak, pelbagai jenis gelang, ubat-ubatan dan juga lakaran batik. Kemudian, terasa ingin menuju ke pantai. Pasirnya halus dan mulus.. lama aku tak memijak pantai. Aku melihat sekeliling dan aku tergamam! Haaaa… Nak tahu apa dia? Hehehehe.. Baaaaaannnyyyaaaakkk sangat lilin yang dinyalakan dalam pasir. Cantik sangat!~ Kebanyakannya, orang Cina yang buat. Setiap keluarga Cina, buat lubang sendiri. Diaorang korek pasir lebih kurang seinci dua dalamnya dan lebarnya lebih kurang penutup periuk yang standard, lepas tu bubuh lilin di tengah-tengah lubang tu. Lubang-lubang pula banyak dan bersebelahan. Aku dan beberapa ahli Senandika yang lain seperti Syafiq A, Kak Yan dan Amir, tanyalah sebuah keluarga Cina ni kenapa diaorang buat semua ni. Aku difahamkan, ia sempena Pesta Tanglung. Entahlah, aku pun tak berapa pasti sebab aku lebih tertarik melihat daripada mendengar. Hahahahaha.. Macam mana la aku belajar yek. Hihihi…

Lepas ramai ahli tiba, kami berkumpul membentuk bulatan yang besar. Kami main lebih kurang Truth or Dare.. Tapi berlainan sikit caranya. Tak pastilah orang lain bagaimana. Kalau di tempat aku dulu, kitaorang letak sesuatu yang boleh berputar seperti botol dan letak di tengah-tengah. Malam tu, kami main pass botol mungkin sebab bulatan besar sangat kot. Lagu berhenti saja, orang terakhir memegang botol tu kena. Aku kena sekali!~ Adussssss…. Korang tahu aku kena apa? Aku kena berlakon menjadi seseorang yang tak tahan nak pergi tandas, tapi pintu tandas kunci. Haaa… macam mana tu? Korang bayangkanlah sendiri ya.. Ya ampunnnnn…!!~ Malu sey! Tapi best juga sebenarnya pengalaman ni.. Korang memang sengal la Senandika! Hahahahaha.. Lepas habis saja bersuka ria bersama, lebih kurang jam 12 aku terpaksa pulang sebab esoknya ada HOT (Hand On Test) Programming Techniques. Kalau tak ada hal, mungkin aku akan stay bersama-sama yang lain. Aku pulang bersama Kak Yan dan Bed. Huhuhuhu… Itulah malam yang best dan terasa ceria. Terima kasih semua! Senandika… Sweet sangat!~ Inilah dia............


Bergambar kenangan di tepi Ana Ikan Bakar Restaurant...


Ya Allah K.. Korang tengoklah reaksinya bila lihat makanan. Aduyaiii...


Street performance... nyanyi sama2! Gamat..gamat! Waduuhhh...


Usha-usha je... nak beli duit dah kering. Huhuhuhuhu...



Ni la yang aku kata cantik tuuuu... Di kala bawah cahaya rembulan, masyaAllah.. sangat cantik lilin-lilin ni! Wuwuwuwu..


RAKSI: Gotong-royong (11 Oktober 2008)

RAKSI (Rakan Siswa) wajib bagi sesetengah pelajar Tahun 1 pada Semester 1 dan sesetengah lagi pada Semester 2. RAKSI ni bukanlah seperti Briged Siswa yang merupakan subjek. Ia lebih merupakan guide bagi pelajar-pelajar baru ni untuk menerapkan nilai-nilai murni. Aku ada tak nilai-nilai tu ek? Hehehehe… Dalam Modul 10 (Kemahiran Bermasyarakat) kitaorang kena gotong-royong. Sebenarnya terbahagi kepada 2 kumpulan besar, iaitu kumpulan gotong-royong yang akan bergotong-royong di 3 kampung yang berbeza, dan juga kumpulan motivasi yang memerlukan pelajar-pelajar RAKSI menjadi fasilitator kepada 10 sekolah yang berbeza (jika aku tak silap).. Nama aku disenaraikan dalam kumpulan gotong-royong di Kampung Jaya Gading. Kitaorang berkumpul di masjid kampong tersebut. Lepas dibahagi kumpulan yang lebih kecil, masing-masing bergerak ke tempat yang ditetapkan… Huhuhu.. Kumpulan aku perlu bersihkan sebuah sekolah agama. Agak usang, memang kitaorang bekerja keras, berhempas pulas mencucinya.. almaklumlah kan, banyak daki-dakinya. Hehehehe… Best main-main air ni… Hikhikhikhik… Selepas semua selesai, kitaorang dijamu dengan hidangan tengah hari di masjid mula-mula kitaorang kumpul. Sedap.. Alhamdulillah.. Sempat ler pula kitaorang berfotografi ni.. =P Inilah dia............




Lepas makan, santai beb...





Cik Syai penat.. sian.. ngeh ngeh ngeh.. Tunggu bas datang lambatlah. Ahahahaha..





Suasana sekitar masjid selepas bergotong-royong...





Tengah berebut naik bas sempat lagi aku suruh Cik Wafa' posing... Ish ish ish...



TKD ITF : Tautan Kasih (13 Oktober 2008)

Dalam program ni, aku bekerjasama dengan Kak Aada tapi dalam jawatankuasa yang berbeza dengan Malam Pancawarna Pahlawan. Aku dengan Kak Aada bertanggungjawab mencari penaja dan menyediakan cenderahati. Teringat lagi bagaimana seksanya, kecewanya, sedihnya hati kami berdua mencari penaja. Huhuhuhu…

Kami target sebuah kedai buku agama di Kuantan Parade sebab fikirkan mungkin diaorang boleh membantu kami menyediakan sesuatu untuk anak-anak yatim di Ampuan Fatimah (ketika itu.. dan kemudiannya bertukar tempat di Permata Camar kerana masalah-masalah tertentu). Bulat-bulat permohonan kami ditolak. Aku boleh terima jika penjelasan yang diberi secara berdiplomasi dan ayat-ayat yang tidak mengguriskan hati orang lain. Tapi aku kecewa sangat, kerana mentah-mentah kami ditolak dengan pelbagai alasan. Sudahlah tu, memandang kami serupa macam kami ini anak-anak yatim yang meminta sedekah. Senyuman pun diaorang tak ukirkan. Nampak saja berpakaian jubah dan berserban, tapi komunikasi dengan orang yang datang ke kedainya… Astaghfirullahal’azim… Panas terus hati aku dengan Kak Aada. Eeeeeiiiii…. Geram.. geram..!! Tapi tak apa, kami usaha lagi mencari penaja sekitar Kuantan Parade dan Kompleks Teruntum. Kami masih bersabar.. Awal-awal lagi sudah terima ujian. Banyak kedai yang kami pergi tak mengerti tujuan kami meminta sumbangan bukanlah meminta derma untuk anak-anak yatim, tapi sumbangan untuk mengadakan program buat anak-anak yatim tersebut.

Sampailah dekat akhir-akhir masa, kami jumpa 2 penaja yang sudi memberikan sumbangan, barulah kemudiannya kami sejuk hati.. Hehehehe.. Penaja pertama Puan Rosena yang membuka salon dan menjual makanan seperti kurma. Baik dan agak berhemah orangnya. Beliau memberi kelab sumbangan dalam bentuk cek. Manakala seorang lagi penaja, Kak Nora yang membuka kedai pakaian. Beliau memberikan sumbangan berbentuk duit raya dan sedikit hadiah buat anak-anak yatim ini. Beliau sendiri yang menyampaikannya… Terima kasih puan. Jasa puan kami kenang selalu, InsyaAllah… Masih ada lagi insan yang prihatin. Huhuhuhu… Banyak weh mereka sumbangkan!

Best jumpa adik-adik ini. Semuanya lelaki dan hampir 30 orang ramainya. Kami dikehendaki mengemas tempat diaorang dan beramah mesra. Timbul pula rasa kasihan dan kasih…Huhuhuhu… Teringin mengenali adik-adik ni lebih mendalam, tapi khuatir apa yang aku kata mengguriskan hati diaorang. Jadi, aku telan saja keinginan untuk bertanya lanjut. Uhuh… Ahli-ahli lelaki sempat lagi bermain bola sepak dengan adik-adik ni, memang meriah! Wawawawa… Kami menghabiskan masa di sini dari petang sehinggalah berbuka puasa, bertarawih bersama.
Sebelum balik, aku sempat berpesan kepada ‘adik’ aku supaya belajar betul-betul. Keputusan UPSRnya boleh tahan juga, aku nampak peluangnya cerah. Aku tanam dalam hati, jika ada peluang, aku akan menjejakkan kaki ke situ lagi… InsyaAllah..Ameen.. Inilah dia............







Jaga-jaga akak chumel.. adek comey mau jentik nih! Ahahahaha... Tengok-tengok aku kena karate dulu.. Huhuhu.. Kak Daia dan Sya perasan kamera rupanya...



Ketibaan para Datin dari Kelab Taekwon-Do ITF...


Ketibaan para Datuk dan Tan Sri dari Kelab Taekwon-Do ITF...




Dengan Cik Fiza dan 'adik' beliau... Elelelelele.. segan pula dia!




Lipat.. lipat.. jangan tak lipat. Sesi kemas mengemas locker dan katil adik-adik ini...





Sian abang-abang dan kakak-kakak yang kalah ni.. Huehuehuehue... Saiz macam adik-adik juga. Jangan marah ya.. Hikhikhikhik







Eh eh.. Mr. Pres Azeem... tunggu bola mari ke?



Whoooahhhh... Penuh gaya Tok Wan Pamie.. Ahahahahaha..





Sempat lagi bergambar dengan akak chumel masa orang tengah bagi ceramah. Ish ish ish.. Apa nak jadi nih..