Tuesday, April 28, 2009

Antara Berjaya dan Gagal

Edit Posted by Anonymous with 1 comment
Assalamu'alaikum dan salam sejahtera,

Dah lama post ni aku biarkan sebagai draft sebenarnya. Entah, lupa gitu saja. Yang pasti, ini kisah agak thriller dari aku. Hahahaha.

Kejadian ni masa tahun pertama aku di Universiti Malaysia Pahang, sebilik dengan Cik Mai + Cik Shy + Cik Meme. Tapi Cik Meme dah hilang.. tak tahu dia pergi mana. Dia senyap begitu saja.

Masa tu aku tak ingat dah aku keluar bilik C1-104 kitaorang pergi mana. Cik Mai ke bilik sebelah, lepak-lepak. Aku ingatkan dia bawa kunci, sebab selalunya dia macam itu. Aku pula mungkin terlupa. Cik Shy aku tak hengat di manakah beliau.

Sekali bila aku pulang semula ke bilik, dan mencari Cik Mai nak ambil kunci, dia kata ada dalam bilik. Berderau darah aku. Fuh ! Dah lah malam. Tak tahu nak masuk macam mana. Kami pun pergilah jumpa warden blok C4. Beliau sangat baik, tidak kisah untuk menolong. Aku ikut dia ke bilik utama warden di blok C11, semata-mata mencari master key.

Nak jalan dari C11 ke C1 blok aku tu, boleh kata jauh sikitlah. Tapi warden ni baik, tak merungut pun. Kami cuba semua kunci. Semua tak boleh. Aku dah sedikit gabra. Huhuhu.. esok kelas. Macam mana ni ? Lepas tu warden cerita, masa zaman dia ada pelajar terkunci juga bilik, sama macam kes kitaorang. Dia duduk lagilah, tingkat 5 kot! Pelajar tu pergi bilik sebelah, dan panjat ikut tingkap sebab nak masuk bilik sendiri melalui tingkap. Tiba-tiba, ting ! Aku dapat idea. Aku pun nak buat juga macam tu.

Warden tu macam tak berapa setuju sebab situasi tu boleh membahayakan aku. Mungkin bukan pada nyawa, sebab bilik kitaorang tingkat 2 je. Hehehe ;p but still bahaya hokeyy..

Ok, aku tekad. Aku nak panjat juga tingkap dari bilik yang Cik Mai lepak tu ke bilik aku. Cik Mai waktu tu pakai kain batik, confirm lah tak boleh. So aku dengan berani + tak beraninya panjat. Aku sangkakan mudah aku capai tingkap aku dari tingkap bilik sebelah. Rupanya jauh juga.. baru tahu. Nampak dekat je dengan mata kasar.. Aku minta Cik Mai tolong, hulurkan payung sebagai pemegang aku untuk pergi lebih jauh ke tingkap bilik aku. Cik Mai pun peganglah payung tu.

Berdebar-debar juga situasi tu. Akhirnya, dengan keyakinan dan tekad yang ada dalam minda + emosi aku, aku berjaya capai tingkap bilik aku. Yay ! ;D legaaa... selesai satu perkara. Dan aku rasa bangga dengan diri aku. Heh heh heh *ceyh, poyo je*

Untuk pengetahuan, ni aku snap lepas aku panjat.. Nasib baiklah kitaorang jenis jarang tutup tingkap ;)





Waktu panjat, antara aku berjaya capai, atau aku gagal........

1 comments:

CIK PISANG GORENG said...

yeayyyyyyyyyy...awak berjaya..awak la hero kami sebilik..hihi