Thursday, April 16, 2009

Hatiku MilikMu (Bhg 8)

Edit Posted by Anonymous with No comments

Dada Umar berombak kencang tatkala melihat Banna, Hanif, Hizbi, Syamil, Faizi dan Dr Azmin sedang mengadakan smart group di situ.

Umar menolak Fika dari pelukannya. Dia mencapai selendang Fika lalu memakainya. Kacamata hitam milik Fika turut dipakainya.  Fika hairan melihat tindakan Umar disusuli ketawa manja. Dia menyangka Umar sedang berlawak untuknya.

‘’Kenapa abang pakai selendang Fika? Luculah abang ni!’’ Fika mencubit paha Umar.

‘’Fika, apa yang kita buat ni berdosa!’’ Umar bersuara tegas menyebabkan Fika mengkeriukkan dahinya. Umar semakin diburu rasa bersalah tatkala melihat sahabat-sahabatnya.

(Ya Allah, aku harap mereka tak nampak aku!) hati Umar menaruh harapan. Dia tidak sedar bahawa sahabat-sahabatnya sudah sekian lama memerhati gelagat mereka berdua.

‘’Tapi…ini bukti cinta kita, bang! Fika bahagia dalam pelukan abang. Fika sayang abang,’’

‘’Mampuslah dengan cinta! Nak kena tangkap basah?’’ Umar tiba-tiba meradang. Jiwanya takut sekali.

‘’Jom balik!’’ Umar mengajak pulang.

‘’Abang, Fika tak fahamlah! Kenapa tiba-tiba nak ajak balik? Fika belum puas lagi bersama abang!’’wajah Fika penuh keliru.

‘’Fika ada sakitkan hati abang ke? Kalau ada, tegurlah Fika, jangan buat Fika tertanya-tanya macam ni. Fika tak nak kehilangan abang sebagaimana Fathil tinggalkan Fika. Fika sayang abang!’’

‘’Abang nak balik…’’ Umar berdiri lalu berjalan meninggalkan Fika.

‘’Abang Umar, pulangkan tudung Fika!’’ Fika menjerit kuat membuatkan semua sahabat-sahabat Umar berpaling ke arah Umar. Umar turut terhenti langkahnya dan memandang sahabat-sahabatnya. Mata mereka bertembung.

Hanif tiba-tiba tergelak kuat melihat keadaan Umar yang cuba menyembunyikan dirinya dengan memakai selendang perempuan. Dr Azmin menyiku Hanif. Hanif tunduk terdiam. Umar membuka selendang yang dipakainya. Dicampak ke lantai. Air mata lelakinya bergenang. Ditahan sekuat hati agar tidak tumpah. Sahabat-sahabatnya datang menghampiri. Fika berdebar melihat lelaki-lelaki itu lalu diambil selendangnya sambil cepat-cepat berlalu pergi.

(Pegawai pencegah maksiat ke ni? Baik aku lari. Padan muka kau, Umar. Kau hadapilah seorang diri!)

 
‘’Antum semua dah nampak. Ana jahat!!!’’ Umar meluahkan. Suaranya sebak.

‘’Umar, kalau kami tak nampak pun, Allah tetap nampak! Dia berada dimana sahaja!’’ Dr. Azmin bersuara.

‘’Umar, nta harapan agama, harapan ummah! Kembalilah mencari hidayah Allah,’’ Dr. Azmin bersuara lagi.

‘’Ana rasa berdosa.Kotor! Tak layak untuk menerima hidayah Allah!’’ luah Umar penuh kesalan.

‘’Kita tak layak atau tak nak? Itulah hebatnya kita ada Allah dalam hidup kita. Sejahat mana pun kita, Dia tetap sayangkan kita. Kembalilah Umar….kembali bersama kami,’’ Banna memujuk.

‘’Ya, Umar. Nta tetap sahabat kami sampai bila-bila. Jangan sia-siakan potensi diri nta. Kami masih menaruh harapan tinggi pada nta,’’ lembut kata-kata Hizbi.

‘’Umar, di mana hilangnya Umar Al-Khattab abad ke-21 yang bertunas di Taman Islam dulu?’’ Banna mengingatkan saat kegemilangan Umar, Ketua Pengawas Sekolah Taman Islam yang berwibawa.

Syamil dan Faizi turut memberikan kata-kata perangsang untuk menaikkan semangat Umar agar kembali di atas jalan da’wah dan tarbiyyah.

‘’Tadi, nak luruh jantung ana bila antum nampak maksiat yang ana buat. Tak tahu macam mana nak berhadapan dengan  Allah bila Allah nampakkkan semula maksiat tu di padang mahsyar nanti,’’ Umar betul-betul menyesal.

‘’Umar, bertaubatlah. Allah  Maha Pengampun. Manusia memang sentiasa ada kederhakaannya pada Allah, sebab tu lah kita hajat pada tarbiyyah untuk memelihara diri kita. Kita tak boleh hidup sorang-sorang di dunia yang banyak perangkapnya ni. Musang akan cepat menyambar kambing yang duduk sorang-sorang,’’ Faizi mengatur kata. Umar memeluk Faizi. Seterusnya Dr Azmin, Syamil,Banna, Hanif dan Hizbi turut dirangkul erat. Jiwanya sebak.

(aku bertuah kerana ada sahabat macam korang semua…Aku bosan dengan perjuangan, tapi aku tak pernah bosan ada kawan macam korang. Aku tahu, roh perjuangan yang aku cuba lari darinya itulah yang menjadikan korang sebaik ini…)

*************************************************************

‘’Keluarga Hanif merisik nti? Alhamdulillah… Bertuah nti kerana akan dapat sahabat kita nanti. Ana teringatkan kak Safar, kak Aisyah, kak Husna, kak Akmal dan kak Farah. Mereka semua sanggup tak kahwin lagi semata-mata menanti pinangan sahabat-sahabat kita. Bukan mereka tak laku, tapi mereka nak bersama orang yang boleh membawa mereka terus istiqomah di atas jalan tarbiyyah dan dakwah,’’ Asiah Yusro tumpang gembira dengan berita yang terpancul dari mulut Maziah namun berita itu membawanya terkenang kepada beberapa orang sahibah sefikrah yang masih belum berumah-tangga.

‘’Ana pun ada mendengar tentang kak Akmal yang  dipaksa kahwin oleh keluarganya dengan seorang lelaki. Lelaki tu bukan dalam kalangan sahabat kita dan kurang pula kefahamannya tentang tarbiyyah dan da’wah,’’ tambah Maziah.

‘’Kasihan kak Akmal. Dia mengalami konflik dengan keluarganya sekarang ni,. Sama-samalah kita doakan dia, Apa yang ana kesalkan,tak de sorangpun sahabat yang tampil berkorban untuk selamatkan kak Akmal sedangkan isu ni dan lama dibangkitkan,’’ Asiah Yusro bersuara kesal.

‘’Masakan tidak, ramai sahabat nak cari orang luar. Selalunya, dalam bab a’mal Islami yang lain kita boleh berpadu kefahaman dan tindakan tapi dalam bab memilih jodoh, ramai sahabat yang nak cari sendiri. Mereka tak nak lagi ambil Islam secara menyeluruh. Yang cantik je menjadi pilihan, yang kurang cantik dipinggirkan,’’ Maziah mencebik bibir. Lipatan tudungnya dibetulkan.

‘’Betul. Sepatutnya mereka mengambil pengajaran daripada hadith yang menyuruh mereka lebih memandang agama seseorang gadis melebihi kecantikan, harta atau keturunannya. Semua itu akan pudar dan hilang kecuali iman si gadis,’’  Asiah Yusro menyokong kata-kata Maziah.

‘’ Tapi, tak semua sahabat begitu…nak tak nak, kita kena baik sangka juga dengan sahabat-sahabat kita. Tengok, ramai yang berjaya bina baitul da’wah mereka. Kita patut bersyukur kerana kita pun antara orang yang dilahirkan daripada baitul da’wah. Malah, berpeluang pula menjadi bekas pelajar di Sekolah Taman Islam bersama-sama kebanyakan generasi semaian baitul da’wah,’’  Asiah Yusro berbaik sangka.

‘’Tengoklah juga Hanif, dia tetap memilih sahibah…’’ Asiah Yusra mengusik Maziah yang kelihatan terdiam seketika.

‘’Astargfirullah! Lagho ana nanti…’’ Maziah membulatkan mata.

‘’Maaf, ana gurau je..’’ Asiah Yusro tersenyum manis. Maziah geram diusik. Dia berfikir sesuatu,

‘’Yusro, nti pun tentu menjadi rebutan sahabat,’’ Maziah pula yang mengusik.

‘’Ish, tak de lah. Siapalah ana….’’ Asiah Yusro merendah diri.

‘’Alah, bukan ana tak tahu, nti pernah dicuba sahabat tapi nti menolaknya,’’ Tercengang Asiah Yusro mendengar kata-kata itu.

(Ya, Umar Al-Mujahid pernah merisikku. Tapi, aku tak pernah menolak. Aku cuma diam pada  risikannya. Jauh di sudut hati, aku harap dia faham bahawa diam itu tanda setuju)

‘’Mana nti tahu?’’ dia terkejut bila rahsianya terbongkar.

‘’Umi nti kan kawan baik umi ana. Umi nti yang cerita….

 
Baru-baru ni pun, mas’ulah kita, Dr. Sal ada minta biodata dan gambar nti, kan?! Dah tentu ada sahabat yang berkenan kat nti tu,’’Maziah tertawa kecil melihat telatah Asiah Yusro yang mula tertunduk malu.

 

Di ingatan Asiah Yusro, terimbas kembali bagaimana Umar Al-Mujahid pernah beberapa kali menghantar mesej untuk merisik dirinya sebaik sahaja mereka dipertemukan kembali dalam universiti yang sama. Tetapi, mesej Umar terbengkalai tanpa apa-apa jawapan. Bukan Asiah Yusro tak sukakan Umar Al-Mujahid, namun dia terlalu terkejut dengan tindakan berani Umar. Justeru, dia mengabaikan mesej-mesej Umar begitu sahaja agar perasaan terkejutnya kembali tenang. Dia terkejut kerana dirisik oleh sahabat yang paling dikaguminya di Sekolah Taman Islam. Malah, dia sering melarikan diri daripada bertembung dengan Umar kerana terlampau malu. Hatinya resah.   Memang, Asiah Yusro tak dapat lagi menipu diru. Dia juga turut  merasakan bahawa hatinya menaruh harapan terhadap Umar. Namun, hari-hari yang pantas berlalu, dia terus disibukkan dengan akademik, Kelab Penulisan, program-program tarbiyyah dan da’wah daripada berfikir soal itu. Dia langsung tidak mengambil tahu perkembangan Umar di universiti. Asiah Yusro terlampau menjaga hatinya agar tidak rosak, sakit dan mati kerana diracuni nama seorang lelaki. Baginya, cinta adalah ujian yang paling berat dan besar fitnahnya di alam remaja. Dia bermujahadah untuk tidak terjebak ke dalam sumur buta itu.

(Entah bagaimana keadaan Umar sekarang…masihkah dia setia menantiku? Ahh, ku tepis rindu ini! Aku yakin, dialah orang yang meminta biodataku dari Dr. Sal sebab tu aku tak kan tanya Dr. Sal tentang hal ni. Moga,  Allah memudahkanku untuk membina baitul da’wah idaman bersamanya…) Asiah Yusro bermonolog sendiri. Memang sesekali hatinya tidak dapat mengelak daripada berfikir tentang Umar.

0 comments: