Wednesday, October 1, 2014

Kisah Sedih : Kerana 2 kupang

Edit Posted by with 1 comment

Assalamu'alaikum..

Aku dapat tahu, harga RON95 akan diturunkan nilai subsidi sebanyak RM 0.20 @ erti kata lain harga minyak naik 2 kupang bermula 12.01 pagi, 2 Oktober 2014.

Aku tak pasti nak react apa, hampir 99% kat fesbuk news feed aku semua keluar cerita yang sama. Harga minyak naik.

Aku pun jelajah dan jelajah lagi... Kat fesbuk aku. Aku pegi kat page Najib Razak, banyak gila post by rakyat kepada PM kita. Banyak aku baca, macam macam post keluar. Yang berdukacita, yang menjadi sarkastik pun ramai.

Makin lama aku baca post post tu, aku tetiba rasa sedih yang amat sangat. Hampir saja nak menangis ni. Kenapalah depa buat macam ni, aku ni dah lah sempit kewangan, bertambah sempit lagi.

Kita ni populasi takdelah kecil sangat, memang kerajaan takkan dapat memantau punya kenaikan harga barang barang lain akibat dari kesan naiknya harga minyak ni.

Kalau naik 2 kupang setelah total, takpelah. Ni naik 2 kupang PER LITER. Laaaaaagii buat aku rasa sedih sangat.

Tahun 2014 ni berapa kalilah depa nak naikkan harga minyak. Sampai hati depa buat aku macam ni......

Depa gaji dah mahai, dapat privilege free macam macam lagi (hasil cakap rakyat, wallahu'alam). Rasa macam tak perlu kut.

Aku nak solat Isya', mengadu kat Allah S.W.T

Wassalam.