Thursday, April 16, 2009

Hatiku MilikMu (Bhg 4)

Edit Posted by Anonymous with 2 comments


Banna melangkah ke gerai yang berderet-deret tersusun berhampiran dewan besar universiti sempena Mujahidah Week. Dia mencari gerai kepunyaan Kelab Penulisan. Adik kembarnya berniaga di situ. Dari jauh, Banna melihat adiknya Maziah bersama Asiah Yusro, teman baik adiknya sedang sibuk menyusun buku-buku di gerai mereka.

(Ish, Asiah Yusro pun ada?! Seganlah….)hati Banna berbisik. Dia mengakui hatinya resah tiapkali terpandang Asiah Yusro, mawar mujahidah acuan Sekolah Taman Islam yang sangat dihormati kerana ketokohannya dalam tarbiyyah dan da’wah. Lantaran itu, hatinya akan segera beristighfar. Dia tidak mahu jiwanya dibiarkan parah dibaham mazmumah.

Banna memberanikan jua kakinya melangkah mendekati gerai Kelab Penulisan.

‘’Assalamualaikum. Maziah, abang nak jumpa, jap,’’ Banna mengajak adiknya beredar sedikit daripada gerai itu. Maziah meminta izin daripada Asiah Yusro. Asiah Yusro mengangguk lembut sambil mengukir senyuman. Sebelum beredar bersama abangnya, Maziah sempat mengambil cebisan-cebisan kertas berwarna biru yang baru dikoyak dari dalam lipatan sebuah buku.

‘’Kertas apa tu?’’ Banna menjeling.

‘’Tadi, ada sorang classmate Maziah bagi. Geli Maziah membaca ayat-ayat yang ditulis lalu dengan spontan tangan Maziah mengoyaknya. Maaf, tak sempat nak tunjuk kat abang..’’ Maziah meyerahkan cebisan-cebisan kertas itu ke tangan abangnya. Banna menyambut lalu membelek-belek.

‘’Lelaki ke?’’

‘’Kalau perempuan, Maziah tak kan buat macam ni, bang…’’

‘’Hidup remaja  memang terlalu mencabar. Dugaan cinta macam ni akan datang silih berganti. Sebab tu lah kita hajat sangat pada tarbiyyah agar kita tak hanyut nanti.,’’nasihat seorang abang.

‘’Abang doakanlah selalu untuk Maziah ye. Hidayah tu milik Allah…Maziah takut hidayah tu hilang dari diri Maziah jika tergoda dengan ujian ni. Allah tak perlukan Maziah tapi Maziah memang terlalu memerlukan hidayah-Nya untuk selamat di dunia dan akhirat. Kalau kita tak jaga hidayah Allah, ia boleh pergi meninggalkan kita, kan bang?!’’

(Syukurlah Allah masih memberi kesedaran ini kepada adikku. Wanita yang ditarbiyyah adalah sebaik-baik nikmat di dunia ini)

‘’Mmm.Sama-samalah kita berdoa….’’ Banna mengangguk setuju.

‘’Kau tengok tu! Patutlah dia koyak senang-senang je kad yang aku beli mahal-mahal, rupa-rupanya dah ada pak we,’’ bentak Fathil yang berada selang beberapa gerai dari kedudukan Maziah dan abangnya.

‘’A’ah lah Fathil. Eh, eh, dia tunjuk kat pak we dia pulak kad kau tu. Aku rasa, tentu pak we dia tengah hina kau teruk-teruk. Melampau diorang ni, Fathil,’’ tambah Joe.

‘’Dating depan orang ramai pulak tu,’’ darah Fathil mendidih.

‘’Nampak je baik, tapi spesis Fika jugak ni. Yang aku bengang sangat, aku kenal pak we dia tu,’’gigi-gigi Fathil dicengkam kuat, bergemerincing.

‘’Siapa?’’

‘’Kawan roommate aku. Banna namanya. Ingatkan dia budak waro’, tapi sama setan cam aku je. Maziah tu pulak memang sengaja dating depan aku, nak sakitkan hati aku lah tu,’’

‘’Fathil, kau tengok je awek kau kena kebas depan mata? Kalau aku, aku takkan biarkan budak tu. Kena bagi penangan skit…’’

‘’Aku ni pantang dicabar, Joe. Aku tengah mendidih ni. Dah lah aku meluat ngan Fika ramai boyfriend, baru nak pikat perempuan baik, begini pulak jadinya. Kalau nak bagi penangan, bukan setakat Banna, Maziah dan Fika pun aku nak ajar sekali,’’

‘’Aku tahu kalau Fathil yang cakap memang dia buat,’’ Joe makin mengapi-apikan kemarahan Fathil.

‘’Joe,malam ni kau dan Umar ikut aku belasah Banna, nak?’’

‘’Malam ni? Kenapa lambat sangat…sekarang ni pun dah boleh belasah ngan mulut. Semburlah pedas-pedas skit kat diorang yang tengah berasmara tu,’’

Fathil makin terbakar dengan hasutan Joe.

‘’Maziah, tahu tak ziarah keluarga Hanif pada cuti semester lepas tu ada makna?’’

‘’Hanif mana ni bang?’’

‘’Alah, Hanif…kawan abang yang hitam manis tu. Dia tak de rupa sangat tapi agamanya, insyallah.’’

‘’Oh, yang ada bersama abang ketika kita jumpa hari tu?! Dia dari Sekolah Taman Islam jugak ke, bang?’’ Pergaulan yang terbatas di sekolah itu menyebabkan pelajar perempuannya kurang mengenali pelajar lelaki. Begitulah sebaliknya.

‘’Takk, dia sekolah biasa je. Tapi aktif ikut tarbiyyah kat sini. Dia dalam smart group yang sama dengan abang.,’’

‘’Maziah ingat….zaman kecil-kecil dulu, keluarganya selalu ziarah rumah  kita. Tapi, bila dah besar macam ni dia jarang ikut keluarganya ziarah. Dia tu nakal masa kecil dulu,kan abang? Maziah cukup tak suka kat dia dulu. Dia selalu ejek Maziah macam-macam,’’

‘’Alah, masa kecil semua orang nakal. Perempuan biasanya baik sikit lah. Kalau kita tahu kelemahan seseorang, kita kena ingat, no body is perfect. Kita pun ada kelemahan. Membetulkan adalah tanggungjawab kita. Maziah macam mana sekarang ni? Boleh terima ke kalau keluarga Hanif masuk meminang?’’

‘’Sebenarnya, Maziah dah fikirkan semua ni. Umi dah bagitahu Maziah awal-awal lagi. Ibubapa Hanif betul-betul berharap. Maziah tak kisah siapa pun yang bakal jadi suami Maziah, asalkan fikrahnya jelas dan dia berada di atas jalan tarbiyyah dan da’wah. Maziah tak pernah pandang rupa atau kekayaan, Maziah hanya hajat pada agama dan bimbingannya,’’

‘’Syukurlah, abang gembira dengan jawapan Maziah….’’

Tiba-tiba…..

2 comments:

joegrimjow said...

bila nak smbg ni??
adussss

Anonymous said...

hahaha...
sabo2 joegrimjow
saja nk buat sasepen..
ngehehehe