Sunday, August 29, 2010

Maaf!

Edit Posted by ~ f i Q ~ with No comments

Assalamu'alaikum dan salam sejahtera,

Walaupun blog aku ini semakin usang dimamah waktu, tiada pengunjung lagi tu, aku tetap mahu menulis entry ini. Sebab apa? Sebab aku rasa terpanggil untuk mengimarahkan semula blog aku ni. Hehehehe.. mungkin tak secara aktif seperti dolu2, budak remaja sekarang kata. Tapi adalah sedikit2. Eheh..

Mana aku dapat panggilan tu? Haa.. ni aku nak cerita ni. Hati terdetik, terdetak, dan ter ter semuanya lah, bila mengimbau kembali memori berbuka puasa di bilik Cik Adeq Abang. Beliau tanya aku, "Fiq, bila nak aktif blogging balik?" Wah! Terkesima sebentar.. sebenarnya sudah lama istilah blogging tidak melintas dalam kepala otak berjambul aku ni. Maka, sejak dari hari itu, sesekali istilah itu akan melintas.. macam panggil2 je aku ni. Huhuhu.. Apa2 pun, inilah dia!

Tapi, aku bukan berjanji. Maaf! Mungkin aku akan terus berblogging.. mungkin aku akan berhenti. Hari esok, siapalah tahu? Perancangan dan takdir Allah itu yang Maha Terbaik. Hohoho~

Aku juga mohon maaf tak upload2 detail model di entry yang lepas dan juga gambar yang aku katakan. Huhuhu.. Rasanya tak upload dah kot. Semacam malas pula rasanya. Heh. Blame me, okay? Ngeee~ Sorry!

Aku berseorangan sekarang di One Stop Centre UMP. Buat assignment Network Analysis & Design. Ada bran?! Hoh. Dah buhsan tahap gaban dah ni. Nak melayan Encik Facebook pun dah buhsan. Main game pun dah sudah. Tapi assignment tak juga settle2. Adeyh~ Sebab tu la aku tulis entry ni.. Huhuh.. Majoriti budak U macam aku ni kot... Kan? Kan? Kan?

Teeeeettt.. *speechless* buhsan tahap nak guling2 dari Gambang ke Kuantan sejauh 32 KM. Fuhh! Chaiyok2! Semangat mesti kuat! Kuat untuk mengguling!

Wassalam, aku buleh! Yeeehaaa~~


0 comments: