Wednesday, February 25, 2009

Laranya hati aku ketika ini........

Edit Posted by Anonymous with 7 comments
Assalamu'alaikum dan salam sejahtera..

Hari ini ingin aku bercerita.. Lebih kurang jam 9 malam, masa dalam meeting PETAKOM, Azri H5P4 text aku, katanya Aizat dah meninggal. Aku tidak percaya, aku rasa sejuk sangat ketika itu.. Azri suruh aku call Adam. Lalu, aku pun meminta excuse dari Safuan, Presiden PETAKOM, untuk membuat panggilan, Urgent kataku..

Aku call Adam, Adam mengesahkannya dengan menyatakan yang dia call abang kepada Aizat bertanyakan bila dan bagaimana meninggalnya. Aku seakan tidak percaya kerana aku tahu Aizat dan Adam jenis yang suka bergurau. Aku menangis semasa Adam call. Adam juga tidak percaya kawan baiknya telah tiada.. Adam kata, dia tidak berani untuk tanya lebih2, kerana khuatir menambahkan kesedihan di hati keluarga Aizat.. Adam juga menceritakan Atikah juga call dia, sambil menangis teruk.. Katanya, Aizat ajaknya berjumpa. Baru saja Aizat call hari Jumaat (20/2/09) Atikah.. Kemudian, aku call Jijah pula.. Aku menangis lagi. Berkongsi duka lara sebentar bersama Jijah.. Kemudian, aku pulang ke meeting dengan wajah yang sugul kerana baru lepas menangis. Azam tanya aku, "Kau okey ke?" Aku cuma menjawab, "Okey, tak ada apa2".. Sedangkan hati aku ketika itu tidak dapat tumpu apa pun, aku terasa ingin menangis lagi.. tapi aku masih waras, bukanlah di hadapan MT2 dan EXCO PETAKOM...

Aku pulang, aku makan.. aku harus makan juga walau tidak selera. Sebab semalam aku sudah membazir makanan. Aku tidak mahu membazir lagi memandangkan duit dalam bank sudah tinggal sedikit.. Sambil2 itu, aku call Farah Azeera, Lu, dan Chiang. Tapi hanya Chiang saja yang angkat..rupa2nya Chiang sudah mengetahui hal ini kerana Jijah telah beritahu lebih awal. Kemudian, Farah Azeera text pula, rupanya dia baru habis discussion.. Aku pun call dan memberitahu. Dia sangat terkejut dan asyik mengulang "Ei kesiannya kau pikah" , "Aish kesiannya"..

Aku mengadap laptop, dengan harapan untuk menceritakan pada seseorang tentang duka laranya hati aku ketika ini.. Secara tiba2, rasa kesalku bertandang. Aku tidak pasti apa yang aku kesalkan.. Akhirnya, aku memilih Kak Aisyah.. dia benarkan aku menangis dahulu. Aku menangis lagi, tumpah lagi mutiara jernihku.. Sama seperti orang lain, yang menasihati apabila orang yang kita kasihi pergi selamanya.. "Sabar", "jangan bersedih sangat", "banyakkan berdoa", dan sebagainya.. Aku tahu itu hakikat. Tapi aku perlukan masa untuk tenang. Buat masa ini aku masih tidak boleh terima apa yang aku baru tahu mengenai sahabat yang aku kasihi, Muhammad Aizat............ Masih terbayang-bayang perawakannya di mindaku. Aku menyenangi dia sebagai sahabatku.. yang aku pernah rapat sebelum arwah berkawan rapat dengan Atikah.. Jijah beritahu abang kepada Aizat call dia. Aku pun call Jijah untuk mendengar kisahnya. Kata Jijah, aku tidak ingat hari apa, datuk Aizat meninggal dunia.. Aizat kata dia rindu sama datuknya. Abang Aizat juga kata, Aizat agak pendiam beberapa hari ini.. Cuma bergurau dengan abangnya, dan mungkin orang terdekat... Hari Ahad (22/2/09), Aizat mahu ke KLCC (on the way pergi minum..entahlah, aku tidak pasti).. Arwah jatuh dari moto, ketika itu dalam terowong.. Badannya terhempas ke dinding terowong, jantungnya pecah.. masa post-mortem diberitahu.. Aku sangat sedih ketika mendengar kenyataan ini. Abangnya juga kata, masa memandikan jenazah, ada lebam di badannya.. Aku tidak percaya Aizat pergi.. Aku terbayang dia dimandikan.. Betulkah itu Aizat??

Kesalku yang bertandang ini, mungkin kerana aku tidak sempat menyatakan betapa aku menghargai kehadirannya dalam hidup aku.. Walaupun Aizat yang aku kenal, kadang2 suka menipu, tapi aku tahu tujuannya untuk menyenangkan hati kawannya, agar tidak rasa terasing apabila bersamanya.. Teringat lagi aku semasa di matrikulasi, ada quiz yang aku kena repeat, sedangkan dia tidak.. Aku tanya dia, sama ada dia kena repeat ke tak, katanya, dia pun kena repeat. Masa hari repeat, dia tak ada pun.. aku tanya dia sekali lagi, dia kata dia tak mahu aku terasa sangat yang aku seorang. Dia mahu aku rasa yang dia ada bersama aku... Aku tak nampak di sebalik 'muslihat' dia ini.. dia seorang sahabat yang baik. Aku juga kesal kerana tidak sempat menyatakan yang aku sayangkannya... Aku sayang kau, Aizat! Aku kasihkah kau... Aku kesal kerana tidak sempat beritahu semua ini. Aku rindu sangat sama kau.... Terasa benar kehilangan kau di hati aku ni.. Aizat.. Aku menangis lagi tika ini.......

Ya Allah, hambaMu yang hina ini, pohon sejuta kesejahteraan buat sahabatku yang baru mengadapMu Ahad yang lalu, 22/2/09... Kau cucuri rahmat ke atas rohNya.. Tempatkan dia di syurgawi milikMu Ya Allah.. Dia sahabatku yang baik, Kau jagalah dia, Kau jagalah sahabatku.. Ampunkan segala salah silap khilafnya terhadap sesama manusia, Ampunkan dosanya terhadapMu Ya Allah.. Ampunkan segala kelalaiannya Ya Rahman... Lapangkanlah 'rumah'nya kini, terangkanglah ia dengan cahaya kasihMu Ya Allah.. Ya Rahim, Angkatkanlah darjat sahabatku, sebagai hambaMu yang amat Kau kasihi dan Kau nantikan.. Berkatilah, redhailah, rahmatilah, sahabatku yang aku kasihi, Muhammad Aizat....

Aizat... Aku harap kau tunggu aku di taman idaman umat Islam sedunia.. Nantikan aku, sahabatku... =(

Ya Allah~~Bersemadilah dengan penuh ketenangan, Allahyarham Muhammad Aizat...

"Ahad, 22 Februari 2009, bersamaan 26 Safar 1430 Hijrah".



**Aku menangis kini...............**

7 comments:

sufiyafizayusuf=) said...

FIQ
KO BYKKAN BERSABAR, BYKKAN BERDOA SUPAYA ROH AIZAT DICUCURI RAHMAT...AMIN..
LIFE IS GO ON FIQ...

Sengal Ubi said...

moga arwah ditempatkan di kalangan orang yang dikasihi-Nya. la tahzan fiq.

Anonymous said...

To : ~ f - i - e ~

Tq Sofie.. tp ntah lah, masih x prcya.. bila teringat aku sedih...

To : Sengal Ubi

Harap2 gitulah Amir.. cuma buat masa ni kesedihan dalam ati xley ilang..

Atiqahtuty said...

be strong bebeh

~bUttErfLy_1207~ said...

piqa..be strong ok...
smua yg berlaku pasti ada hkmahnya
Allah lebih menyayanginya dr kita
jgn cdey2 lg k...
=)

Ruzzaida said...

sabar ye fiq..
akak fhm perasaan kamu..
akak rase kehilangan itu..
ade hikmah di sebaliknye..
semoga dia ditempatkan di kalangan yg dikasihi..
insyaAllah

Anonymous said...

To : ~FaNieKa~

Thanks kak fani..betul kata akak, Allah lebihn sayangkan dia.. =|

To : Ruzzaida

InsyaAllah, fiq sentiasa doakan Allah akan jaga dia kat sana bagi pihak fiq... Kak Ida pun sama? Huhu.. =( mesti kak ida thu cane rasa...