Sunday, August 5, 2012

Petua : Menghilangkan 'sunburn' di muka

Edit Posted by Anonymous with No comments

Assalamu'alaikum.. Hari ni saja aku buang tabiat nak share petua yang aku baca dari internet. Rupanya banyak je barang-barang di rumah *sudah confirm murah* berbanding dengan produk yang dah ready kat pasaran.

Korang mesti pernah rasa kan 'sunburn' terutama sekali lepas balik dari pantai.. mandi laut. Perghhh! Pedih aw aw aku rasa. Nak pegang pun 'terasa' bangat. Warna muka pula macam kena bakar.. macam kena panggang pun ada. Jadi di sini, petua nak hilangkan 'sunburn' ni :

1. Ambil sebiji tomato dan belah dua.

2. Ambil separuh biji tomato yang telah dipotong tadi dan picit buah tomato perlahan-lahan. Lepas tu tekapkan perlahan-lahan kat seluruh muka. Bukannya apa.. dah la muka tengah pedih aw aw, so buatlah perlahan-lahan takut sakit.

3. Masa tekap kat muka ni, mungkin ada masanya korang rasa kulit korang gatal. Tapi, awas! Sila tahan diri dan jangan garu. Ok?

4.  Biarkan sehingga betul-betul kering. Kemudian, bilas dengan air biasa.

5. Bila dah bersih, ambil air sejuk dalam peti ais @ ais ketul yang jadi air sejuk *mau yang sejuk gilerrr punya tuh* then lalukan air tu di muka. Buat sampai air sejuk habis.

6. Dah siap, air kat muka tu jangan dilap. Biarkan kering sendiri di muka.

7. Dah habis!

Keberhasilannya, wallahu'alam.. Aku tak pernah buat lagi benda alah ni. Almaklumlah, pantai pun aku jarang2 pergi. Khemah2 ni pun jarang. Tapi InsyaAllah aku akan cuba petua ni kalau jadi kat aku.

Kalau korang pernah cuba, share2 lah yek experience korang? :D

Tomato yang chumel
Adios :)

0 comments: