Saturday, August 11, 2012

Petua : Mengecilkan liang pori pada wajah

Edit Posted by ~ f i Q ~ with 2 comments

Assalamu'alaikum and morning all..

Ok, aku baru lepas meng-gugel-kan macam mana nak kecilkan liang pori pada wajah. Sebenarnya, ni second time aku cari pasal ni. Sebab? Liang pori pada wajahku besar laaaa... ;(   *agak mengganggu pandangan mata tapi takde la beriya and taksub giler kan*

So, I want to share something lah with you all and utk diri sendiri of course, walaupun belum pernah cuba. Tapi akan dicuba. Bila nak cuba tu yg wallahu'alam.... malas dengan rajin je ceritanya. Dari pembacaan aku, jadi aku rasa cara terbaiknya :

1. Steamkan muka sendiri dalam 15 minit dengan mengambil besen, bubuh air panas dan tutup kepala dengan towel supaya wap-wap tu tak merebak kat luar. Bagi kena muka saja. Tujuannya nak buka liang pori pada wajah sehabis-habisnya. Fuh! 

2. Kemudian, cuci muka dengan facial cleanser. 

3. Pakai Toner @ Penyegar yang sejuk dengan tisu muka untuk tutup dan kecilkan liang roma. Nak best try bubuh ice cube jom? Ice cube sesuai untuk kecilkan liang pori tu..

4. Pakai scrub 2 @ 3 kali dalam seminggu. Lepas pakai srub je tempek mask. Mask ni pula aku rasa boleh cuba 2 cara :

a. clay mask. Selain kecilkan pori boleh juga untuk tanggalkan blackhead and whitehead. Boleh cari katfarmasi or mana-mana tempatlah yg korang rasa ada  *aku pun tak tahu apa menatang clay mask ni tapi depa kata ada brand Mary Kay Botanical Mask la, ada Khiels la, yg ni tentulah berduettt kan*

b. Yang ini cara 'orang kampung' sikit. Ambil 2 sudu mayonese + perahan lemon. Then, sapukan pada wajah sebagai masker dan juga sebagai pelembap wajah.


Ahaaa.. itu sajalah ceritanya hari ni. Gonna try someday. Hehehe.. Ada bran? Siapa rasa nak cuba, I wish all the best :D


2 comments:

Qieyla sweetstar said...

hmm,,nk try r nnti..hrp2 b'kesan..

~ f i Q ~ said...

try la..insyaAllah klu rajin hehe =)