Saturday, May 30, 2009

MASUM 2009

Edit Posted by Anonymous with No comments
Bermula 21 Mei 2009, team aku, team taekwon-do, bersama team sepak takraw dan team squasy, bertolak ke Universiti Utara Malaysia. Kami perlu berkumpul di Kompleks Sukan UMP jam 8.30 malam untuk sampai awal pagi di UUM. Tapi, macam biasalah, nama pun janji Melayu, jam 9.30 malam baru betul-betul bertolak. Untuk pertama kali, aku menaiki bas baru UMP.. Hehehehe.. Tak biasa naik lagi. Yang menaiki bas tu cuma team taekwon-do, 2 orang dari team squasy, Sir Raja (jurulatih taekwon-do) bersama 2 orang driver. Best2.. Sebab lapang gila! Nak tidur senang, nak letak barang senang. Ngeh3... Bas yang satu lagi ramai sedikit, dan semuanya lelaki.


Aku kira, pemandu bas bawa agak laju sebab kami tiba di UUM lebih awal dari yang dijangka. Tak apalah, lebih cepat sampai, lebih mudah. Tapi nasib baik juga pemandu bawa cermat walaupun laju. Erk.. Boleh pakai ke ayat tu? Huhuhuhu...

*Terlalu lama post ni aku biarkan sebagai draft. Sekarang dah tak tahu nak cerita apa. Hahaha. Tapi yang pasti, lebih banyak duka dari suka ;) *


0 comments: